Sahabat sejati: rakan karib ziarah pusara murid tahun tiga maut terjatuh dalam lubang kumbahan setiap hari. Pemergian seorang murid Tahun Tiga yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu meninggalkan kesan mendalam buat rakan baiknya.
Sahabat Sejati: Rakan Karib Ziarah Pusara Murid Tahun Tiga Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan
Sejak jenazah Abdul Fatah Khairol Rizal selamat disemadikan, sahabat karibnya, Qarnain, tidak pernah gagal menziarahi pusara arwah.
Beberapa keping gambar yang memaparkan Qarnain duduk di atas kerusi sambil meratapi kehilangan rakan sekelasnya itu tular dan menyentuh hati ramai.
Bapa Allahyarham, Khairol Rizal Mustafar, 42, berkata beliau sendiri terkesan dengan ketulusan persahabatan kedua-dua kanak-kanak itu sehingga memilih untuk memuat naik gambar berkenaan di media sosial.
“Gambar itu dikongsi oleh ayah Qarnain kepada saya dan melihatnya membuatkan saya sendiri sedih kerana anak sekecil itu sudah mengerti nilai persahabatan.
“Saya simpannya di TikTok supaya bila rindu, saya boleh tengoknya bila-bila masa,” katanya.
Ads
Menurut Khairol Rizal, anaknya dan Qarnain bersahabat rapat sejak berada di Tahun Tiga kerana mereka duduk bersebelahan di dalam kelas. Hubungan itu semakin erat selepas berkongsi kelas yang sama.
QARNAIN LEBIH BANYAK DIAM
“Saya juga ada jumpa guru kelas anak dan diberitahu tentang perubahan Qarnain yang dulunya agak aktif, tetapi sekarang lebih banyak diam.
“Saya faham dia berasa kehilangan arwah dan saya juga sudah beritahu ayahnya supaya beri motivasi dan semangat kerana bimbang kesedihannya berpanjangan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan lanjut terhadap pihak berkaitan berhubung isu penutup lubang kumbahan yang tidak selamat, Khairol Rizal memaklumkan beliau masih belum membuat keputusan.
Katanya, beliau dan isteri kini masih dalam fasa menenangkan diri dan menunggu laporan penuh hasil siasatan.
Ads
“Saya dan isteri tak fikir pun lagi. Saya tak tahulah akan datang, tapi buat masa ini kami dalam tempoh bertenang,” ujarnya.
Dalam insiden Sabtu lalu, Abdul Fatah dipercayai terjatuh selepas memijak penutup lubang kumbahan jenis fiber di kawasan sekolah kira-kira jam 9 pagi ketika acara sukan berlangsung.
Tragedi tersebut turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin.
Susulan kejadian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya akan mengambil tanggungjawab penuh bagi menjalankan siasatan terperinci.
Ads
Beliau turut memberi jaminan laporan lengkap siasatan akan disiapkan segera bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang lagi.
Setiap kali menjelang waktu sahur, ramai yang mengambil peluang untuk mengisi perut sebelum memulakan ibadah puasa.
Walaupun bukan satu kewajipan, bersahur adalah amalan sunat yang sangat digalakkan kerana ia membawa keberkatan dan memberi tenaga sepanjang hari.
Namun, ada juga yang kurang berselera untuk makan di waktu sahur dan sekadar minum air kosong, dengan anggapan ia sudah mencukupi untuk berpuasa.
Seorang doktor, Dr Hakim, menasihatkan agar tidak bersahur dengan hanya minum air kosong sahaja.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, beliau menjelaskan bahawa bersahur tanpa makanan yang mencukupi boleh menyebabkan badan menjadi lemah, lesu, dan cepat mengalami dehidrasi sepanjang hari berpuasa.
“Jangan minum air kosong sahaja semasa bersahurt. Ramai yang tidak tahu hanya minum air kosong sahaja boleh buat badan kita lemau, rasa lesu, cepat dehidrasi. Rasa tak larat sepanjang berpuasa.”
“Sebenarnya air kosong je tak cukup, badan kita sebenarnya memerlukan elektrolit untuk kekal bertenaga dan elak pening kepala, sakit badan dan lemah semasa bulan puasa terutama waktu pagi,” ujarnya.
Letak sedikit ‘celtic salt’ dalam minuman
Menurut Dr Hakim, solusi bagi perkara itu sangat lah mudah iaitu dengan hanya menambah sedikit ‘celtic salt’ ke dalam air kosong.
Jelasnya, celtic salt mempunyai garam mineral yang lebih tinggi membolehkan badan menyerap air dengan lebih ‘efficient’ (cekap).
“Apa-apa pun, jangan percaya mitos, bukan semua garam sebabkan darah tinggi. Garam celtic ini berbeza, ia membantu untuk seimbangkan mineral dalam badan kita dan elakkan kekejangan otot walaupun kita tak senaman di bulan puasa,” katanya lagi.
Jangan sesekali menilai seseorang hanya berdasarkan pakaian atau penampilan luaran. Kadang-kadang, yang nampak biasa itulah yang sebenarnya mampu lebih dari yang disangka.
Pengalaman dilayan tanpa hormat di sebuah kedai emas sebelum ini mengajar satu perkara harga diri tidak ditentukan oleh apa yang kita pakai, tetapi oleh siapa kita sebenarnya.
Hari ini, sebagai tanda puas hati, emas dibeli tanpa banyak soal. Bukan untuk menunjuk, tetapi untuk membuktikan bahawa hormat itu sepatutnya diberikan kepada semua, bukan berdasarkan luaran semata-mata
Dia yang juga usahawan, Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed berkata, layanan staf di kedai emas terbaharu adalah jauh lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini iaitu ‘membaling’ cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.
Prince Syed berkata, dia tidak menyangka dirinya telah menghabiskan hampir RM1 juta di kedai berkenaan disebabkan servis yang diterima.
“Allahu, rasa macam nak demam… Habis RM980K shopping di SMS Deen Jewellers! Lepas geram shopping raya kali ni. Itu pun dah harga selepas diskaun semua.
“Bagi saya, nilai RM980K tu sangat berbaloi dengan banyaknya emas yang dapat dibeli untuk raya kali ini. Tapi memang banyak sangat diskaun yang mereka bagi. Alhamdulillah! Memang jauh beza harga.
“Tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir RM1juta ringgit di kedai ini sahaja. “Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai itu tak penting,”ujarnya.
Lepas Geram
Tambahnya, nilai barangan kemas bernilai RM980,000 itu tidak dapat dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa berada disisinya disaat susah mahupun senang.
Moga isteriku akan menjadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup.
“Kita beli apa-apa biarlah cukup sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia, cuma janganlah berlebih-lebih. Ikut kemampuan, insyaAllah,”tulisnya menerusi satu hantaran, awal pagi tadi.
Ramai tak sangka dengan pendedahan pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson hari ini. Lebih mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto menunjukkan matanya lebam.
Bukan itu sahaja dua keping foto tersebut turut disertai kapsyen yang membuatan ramai ingin tahu keadaannya.
Menerusi kapsyennya Zahnita menjelaskan dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan kejadian sebenar tetapi terpaksa kerana keadaan yang mendesak.
Mata Lebam
Sebagaimana memetik laporan mStar, Zahnita mendakwa telah menjadi mangsa keganasaan rumah tangga.
Menurut Zahnita, dia mendakwa dipukul oleh suaminya selepas menyoal tentang hubungan suaminya dengan wanita lain. Dia juga menyatakan bahawa suaminya tidak langsung mahu berbincang, memaksanya untuk mendedahkan hal tersebut kepada umum.
Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang dia dan wanita lain tetapi langsung tak boleh bawa berbincang.
Bekas model ini turut mendakwa beberapa individu telah muncul di hadapan rumah ibunya di Kuantan, Pahang.
Individu-individu tersebut mendakwa mereka daripada sebuah agensi, namun tidak mengemukakan sebarang laporan polis atau waran tangkap. Mereka dilaporkan cuba membawanya ke balai polis untuk memberikan keterangan.
Zahnita kini sedang menunggu kehadiran peguamnya di Kuantan bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Peminat titip doa
Meninjau di ruangan komen rata-rata peminat mendoakan kesejahterannya. Ada juga rakan artis menasihati supaya mendapatkan bantuan untuk keselamatannya.
“Oh no Zanny, i hope u’re ok.. May Allah protect u babe!”
“I doakan u and the kids are protected.”
“This has to stop babe. U r a great mum. No one deserves to be treated this way n this is NOT OK..”