“Ramai Yang Tanya, Saya Tak Buat Apa-Apa Ke? Allah!.” Tak Dapat Turun Padang, Siti Hantar Bantuan Buat Mangsa Banjir!

Share

Semalam penyanyi nombor satu negara menerusi memuat naik perkongsian bagi menjawab tuduhan kononnya dia tidak turun padang membantu mangsa banjir di Pahang.

Menerusi laman instagramnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu keadaan dirinya yang sedang berbadan dua membataskan pergerakannya untuk turun ke tempat kelahirannya itu.

Begitu pun, Siti telah menghantar bantuan berupa barangan keperluan buat mangsa banjir di sekitar Pahang.

Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir. Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.

Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan. Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana.

Moga dipermudahkan buat kita semua.

IKLAN