Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Ads
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
Ads
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Pendedahan pelakon Ombak Rindu mengenai bapa tirinya sedikit mengejutkan. Sementelah sebelum ini dia tidak pernah bercerita mengenai hal tersebut.
Menerusi perkongsiannya semalam, Dato’ aaron Aziz bercerita mengenai zaman kecilnya yang tidak dibesarkan oleh bapa kandung. Sebaliknya dia hanya mendapat kasih sayang yang dicurahkan bapa tirinya, Abdullah Md Dawood.
Menurut Aaron, selepas ditinggalkan oleh bapa kandungnya ketika masih kecil, dia tetap berbangga kerana dididik dan dibesarkan oleh bapa tirinya biar tiada pertalian darah.
“Bagi saya individu yang sentiasa membuatkan saya tersentuh ialah seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik tanpa meminta balasan. Bapa tiri saya, Abdullah Md Dawood merupakan insan yang dimaksudkan itu.
“Dialah satu-satunya figura bapa yang saya kenal sejak bapa kandung saya tinggalkan saya sejak kecil,” kongsi Aaron menerusi entri di Instagramnya.
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan bapa tirinya yang sentiasa menggembirakan hati ibunya serta adik-beradik lain.
“Dia menggembirakan hati ibu saya, menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh adil. Malah, dia juga melayan kami adik-beradik seperti anak kandungnya sendiri dan sampai ke hari ini dia tiada langsung anak yang berbinkan namanya.
“Walau kami tidak di’bin’kan atas namanya, dia sentiasa menyayangi kami tanpa pernah meminta balasan,” tambahnya.
Perkongsian Aaron turut mendapat respon daripada bapa tirinya yang menganggap cucu-cucunya adalah hadiah tidak ternilai dalam hidupnya.
“Terima kasih anakku. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melihat anak-anak saya terus gembira. Kamu semua telah berikan saya hadiah tak ternilai dalam hidup iaitu cucu-cucu saya semua,” tulis Abdullah.
Anak kedua Linda Hashim masuk hospital, melecur terkena air panas – “Doakan kesembuhan untuk Anggun Cassandra.” Anak kepada pasangan pelakon popular, Linda Hashim dan Beego, iaitu Anggun Cassandra, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan melecur akibat terkena air panas.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kedua-dua selebriti berkenaan menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing. Dalam hantaran tersebut, mereka memohon doa orang ramai agar anak kedua mereka segera pulih daripada insiden yang tidak diduga itu.
“Mohon segala doa kesembuhan untuk anak saya Anggun Cassandra yang melecur terkena air panas,” tulis Linda dan Beego di media sosial.
Dalam pada itu, Linda turut berkongsi momen dirinya berada di dalam ambulans bersama anaknya. Katanya, meskipun hatinya hancur melihat keadaan Anggun menahan kesakitan, dia tetap berusaha kelihatan tabah agar anak kecil itu merasa sedikit tenang.
“Kali ini mommy tak kuat tapi acah-acah kuat depan Anggun,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Anggun Cassandra. Ramai yang berharap agar anak perempuan pasangan selebriti ini kembali sihat seperti sediakala dalam masa terdekat.
Saat mengetahui bakal menimang cahaya mata lagi, ibu dan bapa adalah orang yang paling gembira. Lebih-lebih lagi sudah lama menantikan untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Tetapi bagaimana pula dengan penerimaan anak sulung?
Tidak dinafikan sesetengah anak sulung sukar untuk menerima situasi tersebut, bimbang kasih sayang teralih kepada adik baru. Tetapi ada juga yang teruja bakal bergelar abang atau kakak.
Jadi, untuk memastikan anak sulung menerima keadaan tersebut dengan baik, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam hal ini. Bimbang emosi anak terganggu dengan kehadiran ‘adik’ nanti.
Jom baca perkongsian puan Mastura Mohd Ismail ,ibu anak tiga ini berkenaan isu ini.
LAHIR JE ANAK KEDUA, ANAK SULUNG LAH YG PERLU DIBERI KEUTAMAAN
Teringat saya tentang pengalaman tak berapa nak indah ketika saya melahirkan anak kedua saya.
Sejujurnya, saya belajar banyak sgt tentang parenting melalui KESILAPAN KESILAPAN saya. Sebab tu saya suka sharing2 dengan kalian semua supaya kita semua tak melakukan kesilapan yg sama. Huhu
Masa saya mengandungkan Aleya, anak kedua saya, saya langsung tak bagitahu Amna yg dia bakal dapat adik. Err pernah la jugak bagitau sekali dua camtu tapi sekadar bagitau camtu je la entah la dia faham ke tidak.
Time tu, saya masih houseman lagi. Dugaan houseman (cehh alasan kan haha) dan sebagainya membuatkan saya memang tak terfikir pun yg sebenarnya dari dalam kandungan lagi kita sepatutnya dah mula guide dan educate anak sulung kita yg dia akn menjadi seorang abang/ kakak dan sebagainya.
Macamtulah punya noob nya saya dulu
Jadi, apa KESANNYA pada Amna?
Lahir je Aleya, bila bawak Aleya balik rumah, Amna mula pukul dan cakar adik dia. Pantang nampak adik tidur, tau tau je dah bercalar. Bayangkan lah, dah la umur tak sampai seminggu pun lagi dah kena robek dgn kakak.
Tak ada ilmu parenting
Saya agak tertekan ketika itu. Time tu takda ilmu parenting bagai ni. Amna asyik kena marah je. Kesiannyaa lah hai bila teringat balik
Time tu saya just fikir “ Oh Amna tak ready lagi kut ni “
Walhal, saya sendiri pun tak pernah readykan dia. Bila adik dah mula merangkak, relationship diorang masih sama. Amna buat hal dia, adik buat hal adik dan of course adik lebih banyak berkepit dgn saya.
Masuk je usia Amna 3 tahun setengah, time tu saya dah mula ada kesedaran sket. Time tu dah start fikir tadika, dah kenal Kinderkaizen dan dah kenal ramai ikon parenting
Saya tertarik dengan satu quote dari Puan Adlil Rajiah. Katanya, bila lahir je anak yg kedua atau ketiga mahupun keempat, yg SULUNG lah yg paling perlu diberi keutamaan!
Saya pelik sungguh time tu. Biar betul! Lama saya nak hadam statement tu. Dari situ lah titik tolak permulaan saya mula membaca tentang parenting ni.
Okay teori dah hadam. Praktikal pulak sekarang. So apa saya buat?
Buat anak sulung rasa disayangi dan dihargai
Ada satu malam tu, saya nekad. Saya rasa saya kena cuba buat anak sulung saya rasa disayangi dan dihargai WALAUPUN dia dah ada adik.
Saya kena harmonikan suasana diorang dua ni takdelah asyik nak bergaduh je kan. Dan saya faham semua ni adalah PROSES yg akan memakan masa
So saya terus bagitau suami, saya nak masa kejap dlm setengah jam. Nak bawak Amna keluar jalan jap. Bonding time omputeh kata. Husband izinkan.
Bila saya ajak Amna, Amna mula tu mcm serba salah tau mimik muka dia, or mungkin dia pelik kut ummi dia ni buang tebiat ke apa ni
Dalam kereta saya tak tengok fon langsung, saya borak borak dgn Amna, saya bagitau betapa saya sayaanggg sangat kat Amna betapa saya bangga Amna jadi seorang kakak yg baik dan sebagainya.
Semua benda benda positif, saya sebut SEIKHLAS HATI depan Amna. Memang moment dlm kereta tu, masih saya ingat dgn jelas sampai sekarang.
Ummi, thank you ummi
Kemudian saya bawak Amna gi supermarket TF kasi dia main mainan yg 50 sen pastu pusing2 ada lagu tu. Punya lah excited muka dia time tu Allahu….
Lepastu saya tanya dia nak apa. Katanya nak makan aiskrim. Saya bawak pergi beli aiskrim rainbow favourite dia. Then kitorang makan sama sama dlm kereta sebab dah nak balik dah.
Tapi masa otw balik tu, yg buat saya terharu dan terkesan sampailah sekarang ni pun dok terngiang ngiang lagi moment tu, Amna cakap kat saya time tgh traffic light merah sambil makan aiskrim dia tu,
“ Ummi, thank you Ummi “
Kenapa? Saya tanya.
“ Thank you sebab bawak Amna jalan, tak marah Amna, and bagi je Amna main apa Amna nak. Amna happy sangat lah Ummi. Happy sangat sangat “ kata Amna sambil dok habiskan aiskrim dia.
Memang itulah kata kata dia sebijik sebijik saya tulis tu
Saya sedih gila rasa time tu! Saya bawak dia tak sampai setengah jam pun rasanya tapi dia punya hargai tu haihh.
Rasa mcm ya Allah apa lah aku dah buat kat anak sulung aku ni.
Apalah yg dia rasa ek bila dia dpt adik, pastu dia lah yg dok tolong kita buang pampers adik, tlg angkat beg la, tlg macam macam pastu kita pun sampai TAKDA MASA utk dia.
Itulah titik tolak saya untuk sentiasa allocate masa berdua je dengan Amna. (Terutama time adik2 dia tidur) Tak perlu lama pun. Dalam 10-15 minit memadai.
3 Benda simple beli jiwa anak sulung
Ada 3 benda simple yg saya selalu konsisten buat utk BELI JIWA anak sulung saya ni :
1) Saya akan dukung Amna sambil pusingkan dan terbangkan dia macam Spiderman tu (sebab dia suka sgt sy buat camtu cuma yela, skrg dia dah besar dah jarang dah buat, benda ni kite selalu buat kat budak kecik je kn, tapi saya still buat kat dia sebab dia HAPPY sgt bila saya dukung dia mcm tu)
2) Saya akan geletek dia. Kdg kdg saya perasan saya dah jarang geletek dia. Yelah, dah makin besar kan. Bila geletek Amna, memang mood dia terus super duper happy sebab dia sorang je kena geletek. Rasa macam special gitu.
3) Saya akan pretend dia mcm baby. Cth lepas mandi, time nak pakai baju tu sy akan dukung dia sambil dia baring tu sambil cakap,
“ alaa baby ummi ni alaa baby manje manje ummi ni meh nak sapu lotion meh”
pastu pakaikan baju dia sambil buat mcm gaya gaya baby. Urut urut sikit. Kadang2 saya saje ambik minyak telon Ayyash utk urut perut dia
Selalunya Amna akan malu malu and gelak gelak je sebab dia tahu saya nak main2 je ngan dia, but point saya is, saya just nak INSTALL MEMORY dia yg dia pernah jadi baby pada saya dan selamanya my baby!
Alaaa type ni pun dah nak nangis dah
Begitulah..
Bila EMOSI anak sulung terjaga, senang untuk dia menunjukkan tingkah laku yg baik baik untuk adik adik dia ikut.
InsyaAllah semoga tips ni bermanfaat buat kalian yg turut mempunyai anak sulung.
Selalu selalulah kita curik masa utk spend time BERDUA saja dgn diorang. Tak semestinya wajib bawak keluar, tak semestinya dgn material, tapi cukup dengan MASA YANG BERKUALITI kita guna ketika bersama mereka
Semoga bermanfaat! Doakan saya juga ya
Mastura Ismail Mak anak 3 yg masih struggle
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.