Rasa Lebih Sedap Dan Dijamin Bersih, Tu Kelebihan Buat Sendiri Tauhu Telur Ni!

Share

Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni. Sama ada dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur campur pun memang sedap.

 

 

Tauhu telur ini sebenarnya  sangat mudah didapati di pasaraya, namun ia juga sangat ringkas untuk disediakan sendiri di rumah. Malah apa yang lebih istimewa rasanya juga lebih sedap dan dijamin bersih serta halal. Ini sebagaimana puan Zaimah Zakaria ada berkongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya dengan detail, bolehlah dijadikan panduan.

 

 

Cara Buat Tauhu Telur Homemade
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim

Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam.

  1. Kemudian tuangkan air soya dan kacau sebati.

 

3.Kemudian tapiskan ke dalam mangkuk lain untuk mengasingkan buih-buihnya.

4.Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.

5.Panaskan air dalam periuk, jangan sampai mendidih.

6.Masukkan tauhu tadi, masak selama 30 minit menggunakan api perlahan.

7.Bila dah bertukar warna, tandanya dah masak. Angkat tauhu dan sejukkan.

8.Sejukkan dulu baru sedia untuk dipotong.

9. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.

10.Goreng dalam minyak sehingga keperangan.

11.Sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.

ARTIKEL BERKAITAN :

Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN