Sesetengah ibu lemah gemar tatkala si anak lebih manja dengan mereka. Ini adalah kerana proses ini hanya dapat dialami oleh si ibu sewaktu anak mereka masih kecil sahaja. Setelah si anak meningkat dewasa hubungan dengan si ibu semakin renggang.
Namun ternyata, apabila si anak terlalu memerap sehingga tidak boleh berpisah (terutamanya anak lelaki)si ibu pasti akan mula berasa rimas dan tidak selesa. Kecenderungan si anak untuk lebih bersama dengan si ibu adalah disebabkan beberapa faktor antaranya kerana sifat si ibu yang lebih lembut dan penyabar.
Namun hakikatnya ada kelebihan pada anak lelaki itu.
Kelebihan Anak Lelaki Lebih Rapat Dengan Ibu
1.Kecerdasan Emosi dan Empati
Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya, mereka akan lebih bebas untuk mengenali dan mengekspresi emosi sendiri. Secara tidak langsung ini dapat membantu mereka menjadi seseorang yang lebih peka tentang perasaan orang sekeliling. Di samping itu, hubungan istimewa yang dibina bersama si ibu mampu mengelakkan perasaan ego yang melampau.
2. Menjadi Seorang Pasangan Yang Penuh Dengan Empati Kepada Keluarga
Satu kajian dari Universiti Havard oleh professor Dr. William Pollack iaitu seorang pakar di dalam bidang psikologi mengesahkan bahawa anak lelaki yang lebih rapat dengan ibunya tidak akan menolak untuk membantu kerja-kerja rumah. Contohnya seperti mengemas rumah, membasuh pinggan dan membuang sampah. Menjadi ‘anak emak’ bukanlah satu kelemahan malah satu ‘bonus point’ yang patut diambil kira dalam mencari calon suami.
3. Peluang Untuk Lebih Berjaya Di Dalam Pekerjaan
Kebiasaannya anak lelaki yang lebih rapat dengan si ibu akan lebih pandai berkomunikasi. Ini adalah kerana sikap ibu yang suka melayan kerenah anak, suka berkongsi cerita, dan lebih penyabar membuatkan si anak cenderung untuk berkomunikasi. Secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri yang mana mampu membuatkan si anak lebih berjaya dalam bidang pekerjaan mereka.
4. Memiliki Fahaman Yang Seimbang Mengenai Maskuliniti
Masyarakat hari ini sudah terbiasa dengan stigma maskuliniti contohnya seperti, ‘seorang lelaki tidak seharusnya menangis’; ‘seorang lelaki tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah’. Fahaman yang tidak seimbang tentang maskuliniti ini sangat tidak sihat dalam membentuk emosi seorang lelaki. Hal ini mampu membuatkan seorang lelaki menjadi lebih ego dan menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling.
5. Peluang Untuk Lebih Menyerlah Di Dalam Akademik
Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah sekolah di New York melibatkan 400 orang anak-anak di usia belasan, mendapati bahawa anak lelaki yang memiliki hubungan yang rapat dengan ibunya terbukti tidak mudah berasa cemas atau mengalami masalah depresi. Selain itu, mereka juga sering mendapat keputusan yang baik di dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang tidak rapat dengan ibu mereka.
Jadi, para ibu seharusnya berasa bangga jika si anak memilih untuk rapat dengan anda. Gunakan waktu istimewa antara anda dan si anak sebaik mungkin dengan menerapkan elemen-elemen yang positif kerana ia dapat membantu dalam membentuk jati diri mereka di masa akan datang.
Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi, berkongsi berita gembira apabila bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.
Maryam dalam satu perkongsian di instagram mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti.
Maryam Hamil 3 Bulan!
Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.
Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
Duriankimchi Junior bakal menyusul 😅 Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.
Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Walaupun gembira, Ryzal mengatakan hanya akan percaya apabila melihat bukti pada ujian kehamilan tersebut.
maryam: Abang awak dah jadi ayah. Betul lah.
Ryzal: Ini serius, macam mana sayang tahu.
Maryam: Semalam sayang buat ‘pregnancy test’. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit. Sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya. Mereka cakap, mereka pasti saya mengandung. Ini bukan prank abang. Mereka ada pengalaman, saya cuma hantar gambar. Semua orang kalau video macam ni akan menangis, kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya. Saya akan tunjuk video dan mesej dekat rumah.
Demikian antara perbualan pasangan ini di dalam kereta apabila Maryam cuba membuat ‘surprise’ namun suaminya masih dalam situasi nak percaya atau tak. Lucu dan comel betul pasangan ini.
Sebelum ini, viral apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur bentuk tubuh Maryam dan mengatakan seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.
Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.
Pepatah Arab ada mengatakan “Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang”. Hanya dengan kata-kata membuatkan wanita ini berdendam lebih 10 tahun.
Inilah yang ingin dikongsikan oleh wanita bernama Balqis Huda.
Pengalaman 10 tahun lepas telah membuatkan beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada pelajar lain.
Jom ikuti kisah guru ini supaya menjadi iktibar kepada guru dan orang sekeliling kita berbicara.
Moga mendapat manfaat dari apa yang ingin disampaikan.
Ini kisah tentang dendam aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya.
Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,
“Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.”
“Okay takpe takpe, boleh je”, jawabku sambil tersenyum.
Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria.
Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku tu.
Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku, kalau guna buku biasa pun takde masalah.
Tapi cikgu ni, tidak. Dia memilih untuk tekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life.
Aku masih ingat lagi ketika itu, hari itu, dan saat itu, dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa.
Masa tu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,
“Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log tu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”
Dengan mencebik, cikgu tu cakap,
“RM9 pun tak mampu?”, sambil tangannya terus menampal. Sedikitpun tak memandang ke wajahku.
Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya, apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.
Hari ni aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan.
Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku, takkan jadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas, sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak, daripada rasa apa yang aku rasakan dulu. Aku puas, sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit “ok takpe” yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang.
Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je; semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh emosi anak ini, macam mana emosi aku disentuh dulu.
Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.
Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan.
And kids, dont deserve to be hurt.
To many more little Balqis out there, I hope you’re doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.