Jom wangikan rumah dengan 4 tip mudah ini. Guna bahan-bahan yang ada di dapur ibu-ibu je. simple tapi berkesan. Jimat belanja dan yang penting tak menggunakan bahan kimia.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah ❤
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.Wangikan Rumah ❤
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Kematian adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Malah Rasulullah menyuruh kita mengingati mati kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, ia pasti datang.
Namun sebagai umat Islam pastinya menanam cita-cita untuk menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.
Melalui perkongsian ustaz, Muhammad Muhammad Rafieudin Zainal Rasid sungguh bermanfaat untuk kita muhasabah diri agar kita mengingati mati yang pastinya datang tanpa kita ketahui.
IBRAH DARI 3 KISAH KEMATIAN!
“Saya ingin berkongsi 3 kisah kematian yang berlaku semalam.. Sementara menunggu giliran konsultasi bayi saya bersama doktor di klinik pakar kanak-kanak di Melawati yang terlalu lama, lebih 3 jam! Maka ada banyak masa untuk menaip ceritera.
KISAH 1 Seorang lelaki tua berusia lingkungan 70-an meninggal dunia setelah 2 tahun terlantar sakit. Ketika menguruskan jenazahnya di sebuah masjid, saya mendapati bibirnya terlalu kering sehingga mengelupas.
Anaknya mengatakan arwah ayahnya itu ada penyakit paru-paru berair dan dia tidak boleh makan dan minum melalui mulut. Hanya susu sahaja yang dimasukkan sebagai makanannya melalui perut yang telah ditebuk dan disumbatkan dengan tiub. Allahurobbi.
Arwah tersebut lumpuh dan tidak boleh berkata-kata. Hanya mampu memberi isyarat melalui mata dan sesekali mengalirkan air matanya. Paling menyedihkan, dia menanggung perit sakitnya itu selama 2 tahun.. Bayangkan 2 tahun tekaknya kering tanpa air dan makanan. Allahuakbar.. ???
Pengajaran yang dapat saya kongsikan adalah betapa nikmat sihat itu sangat wajib kita hargai dan mensyukurinya. Berapa ramai di antara kita yang tidak bersyukur dan menggunakan nikmat sihat dengan sebaik-baiknya? Bila Allah swt ambil nikmat itu, barulah kita menyesal dan sanggup berkorban wang ringgit untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali.. Allah.. Allah.. Marilah sama-sama kita menghargai nikmat sihat itu sebaiknya..
KISAH 2 Selesai menguruskan jenazah dalam kisah 1 di atas, saya menunggu waktu solat Jumaat di masjid yang sama. Datang seorang lelaki yang merupakan ahli jawatankuasa masjid berkenaan berkongsi kisah bahawa dia baru pulang dari menziarahi arwah anak saudara perempuannya yang berusia 17 tahun yang meninggal dunia kerana terjatuh dalam bilik air di rumahnya ketika mahu mengambil wuduk pada jam 11 malam (Khamis).
Dia menceritakan sebelum kejadian, arwah dalam keadaan sihat seperti biasa sehinggalah dia ke bilik air rumahnya dan tiba-tiba jatuh tergelincir dan kepalanya terhantuk ke dinding sebelum badannya terhempas ke lantai dengan kuat.
Ketika dalam perjalanan ke hospital, arwah masih sedar tetapi tidak dapat berkata-kata selain kejang beberapa kali sehinggalah disahkan meninggal dunia tidak sampai beberapa minit di hospital. Innalillahi wainnailaihi rojiiun..
Begitu pantas kematiannya tanpa siapapun dapat menduga ajalnya pada malam itu sedangkan siangnya masih sihat dan ceria. Pengajaran besar yang dapat kita ambil bahawa mati itu tidak mengira sama ada kita dalam keadaan bersedia ataupun tidak dan tidak mengira sama ada dalam keadaan sihat ataupun sakit.. Allahurobbi..
KISAH 3 Berlaku tengah malam tadi sekitar jam 12:30 malam saya mendapat mesej dari ‘whatsapp group’ kejiranan saya bahawa salah seorang jiran tetangga kami meninggal dunia di rumahnya.
Arwah seorang wanita berusia lewat 50-an meninggal dunia di sisi anak-anak dan menantunya saat sedang leka menonton televisyen bersama-sama. Anaknya bercerita bahawa ibunya itu tidak ada sakit yang serius atau kronik dan sebelum kejadian arwah masih lagi dalam keadaan sihat dan dapat berbual mesra bersama ahli keluarganya.
Namun, detik ajal tiba tepat pada waktu yang dijanjikan tanpa terlewat walau sesaat. Tiba-tiba ibunya bersandar di bahu anak perempuannya. Anaknya menyangka si ibu ingin bermanja atau bergurau tetapi keadaan menjadi kecoh apabila ibunya terus menggigil kekejangan. Setelah bantuan CPR dilakukan oleh anak-anaknya, ibunya tetap pergi bertemu Illahi dalam keadaan yang tiada siapa yang menjangkakannya.
Inilah di antara kisah-kisah kematian yang wajib kita ambil iktibar agar bersedia sentiasa. Ketahuilah, sesungguhnya mati itu tidak mengira.. Usia TUA ataupun MUDA, Harta KAYA ataupun MISKIN, Pangkat TINGGI ataupun RENDAH, Badan SIHAT ataupun SAKIT dan dalam keadaan kita BERSEDIA ataupun TIDAK..
Mati itu boleh berlaku kepada sesiapa saja secara tiba-tiba.. Mungkin esok, lusa ataupun selepas ini giliran kita hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Kita yang hidup ini hanya mampu mengharapkan HUSNUL KHOTIMAH, kematian yang baik.
Mudah-mudahan begitulah hujung pengakhiran kita nanti. Aameen…”
Arsalan Dah Ada Adik- Jihan Muse Selamat Bersalin Cahaya Mata Kedua!
Tahniah diucapkan kepada Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz atas persalinan cahaya mata mereka yang kedua!
Artis, Jihan Muse, berkongsi perkembangan kandungannya ketika itu di Instagram bersama gambar-gambar kandid keluarganya yang sangat comel. Terutamanya, adik Arsalan yang teruja untuk menjadi seorang abang.
“Kejap macam nak keluar kejap macam taknak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda. Doakan ya” ditulis oleh artis itu sendiri.
Rakan artis Jihan Muse, Syaheera Rahman, isteri kepada pelawak Fad Bocey, turut mengucapkan tahniah kepada pasangan yang bahagia itu melalui InstaStory yang di “repost” oleh Jihan sendiri.
“Tahniah kak @jihanmuse. Finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang” ucap isteri kepada pelawak itu.
Pihak Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasangan popular ini atas sebab memilih hospital tersebut sebagai tempat kelahiran anak mereka.
Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz atas anak kedua mereka. Semoga ianya membesar dengan sihat dan selamat. Harap juga berita gembira ini dapat memberi inspirasi kepada yang bakal berkeluarga di luar sana juga!