Tinggal sehari lagi kita bakal menyambut Hari Raya dan semestinya persiapan raya sudah dilengkapkan seadanya. Paling ringkas adalah pakaian raya yang sedondon anak beranak untuk digayakan di pagi raya.
Pun begitu, dalam memilih pakaian yang sedondon lain pula kisahnya yang terjadi pada keluarga ini. Bukan sahaja warna tema yang dipilih oleh isteri sedondon anak beranak malah tersama pula dengan warna cat dinding rumahnya.
Pengguna tik tok dengan nama @schamia11 berkongsi video pendek dan telah membuatkan netizen ketawa melihat aksi si suami seakan-akan merajuk bila menggayakan baju yang dipakai sama warna dengan dinding rumah.
Isterinya terbeli baju raya tersama pula dengan warna dinding rumah. Ini membuatkan bila suaminya cuba menggayakan Baju Melayu yang dipakai seakan tidak kelihatan dek kerana sama warna dengan dinding. Dan atas sebab itu juga isterinya memohon maaf.
Ads
Apa menariknya video ini juga telah mendapat 275K tontonan dan 17.8 tanda suka setakat ini.
Tak dapat nak bayangkan jika sekeluarga menggayakan baju raya sedondon dan bergambar dengan backgroun dinding tersebut. Nampak gayanya kenalah cari ruang lain untuk bergambar agar tidak ‘tenggelam’ dalam warna hijau tersebut.
Apabila berada di rumah dalam tempoh yang lama, macam-macam hal berlaku kan. Perkongsian Shuib Sepahtu di laman instagramnya mengenai remote tv nya rosak mengundang kelucuan dikalangan pengikutnya.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib bertanyakan sama ada alat tersebut masih boleh dibaiki atau pun di mana boleh beli baru.
Nak mintak tlg,,,,Remote tv ni dah rosak,,,mcmana skng???Nak btolkan remote ke atau ade ktmana2 boleh beli??? Remote tv jenama SHARP … Sangap ni,dah la dok rumah,remote pulak rosak 😭
Umum mengetahui bahawa sambutan hari raya tahun ni adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Lebih menyedihkan ini merupakan kali kedua, hari raya tidak dapat pergi menziarahi ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Kesedihan ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa tetapi pastinya lebih terkesan kepada kanak-kanak. Jika sebelum ini mereka dapat berkunjung ke rumah jiran dan kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan berdekatan namun kini sebaliknya.
Begitu juga dengan kisah keluarga ini. Tanpa disangka, kesan arahan PKP 3.0 itu telah memberi kesan mendalam kepada anaknya yang berusia lima tahun sehingga menconteng pintu bilik dengan melukis gambar seakan kawan-kawanya datang beraya.
Menurut puan Masliana Nordin menerusi facebooknya, sebelum ini anak tidak pernah berani untuk menconteng dinding di rumah. Namun menjelang hari raya tempoh hari, beliau terkejut mendapati ada contengan di pintu bilik.
“Anak umur 5 tahun buat keja, sejak kecik tak pernah langsung conteng dinding tup-tup menjelang hari raya di pkp 3.0 . Apakah? Protes tak boleh ajak kawab beraya ke nih.”
Katanya lagi, apabila ditanya apakah maksud gambaran lukisannya itu, mengejutkan buat dirinya apabila anaknya menjelaskan bahawa itu adalah kawan-kawannya yang datang beraya ke rumahnya. Malah anaknya siap memberitahu nama kawan-kawannya.
Dalam pada itu, beliau tidak nafikan mungkin anaknya bosan tidak dapat bermain di luar rumah seperti biasa yang menjadi antara faktor penyebab anaknya bersikap demikian.
Dalam pada itu warganet turut bersimpati dengan kanak-kanak berkenaan yang memahami bahawa lumrah kanak-kanak ingin meraikan hari raya dengan pergi menziarahi ke rumah kawan-kawan.
Berdepan dengan masalah anak lemah dalam subjek Matematik, sering membuatkan ibu dan ayah berasa bimbang. Oleh itu, apa kata kita bantu anak-anak kita dengan menggunakan teknik dan tip yang diajar oleh Cikgu Shaza ini. Diharapkan dengan cara ini anak-anak dapat menguasai subjek matematik dengan baik dan sekali gus dapat melonjakkan pencapaiannya di masa akan datang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1-6 (terutama anak anak yang lemah)
Di sini saya kongsikan tips tips ringkas yang saya gunakan selama saya mengajar kelas matematik kepada anak didik tuisyen saya dahulu. Saya nampak perbezaan,dari gagal,upsrnya boleh dapat A dan B. Mungkin ramai dah buat,tapi mungkin ada yang masih tak guna cara ini.
Cara saya bukanlah cara mudah,bukanlah menjanjikan formula formula menarik seperti teknik menambah,atau menolak atau mendarab dengan mudah.
Banyak kelas atau kursus yang menawarkan teknik teknik mudah menjawab soalan.
Tapi pada saya, setiap anak keperluannya berbeza. Apa yang dia tidak faham juga berbeza. Jadi ini langkah langkah saya. Saya namakan teknik saya ini “DRILLING WITH COACHING”
1. BELIKAN BANYAK BUKU LATIHAN MATEMATIK (SET KERTAS 1 & 2)
Jangan kedekut duit untuk laburkan membeli buku latihan. Sekurang kurangnya sebagai permulaan belilah 3 buah buku berlainan.
2. MINTA ANAK BUAT SATU SET KERTAS PEPERIKSAAN ATAU SET YANG ADA SEMUA TOPIK.
Minta anak jawab soalan macam mereka sedang duduki peperiksaan. Ikut masa dan pastikan tiada rujukan. Kemudian semak dan bagi markah. (ini bertujuan untuk menilai secara kasar mana yang dia lemah)
3. BUAT SATU REKOD UNTUK SETIAP LATIHAN YANG DIBUAT
Sediakan satu buku rekod, ada tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen.
4. KENAL PASTI SOALAN MANA ANAK SALAH
Bila dah tengok soalan mana anak salah, tunjuk soalan tersebut kepadanya semula. Tanya dia samada dia tak tahu jawab atau dia cuma cuai. Kalau cuai, take note yang dia cuai, kalau tak tahu take note yang dia tak tahu.
5. SEKARANG KENAL PASTI ANAK LEMAH TAJUK APA DAN SOALAN APA
Ini penting untuk kita kenal pasti titik punca anak lemah matematik dan kenapa dia jadi tak suka matematik. Ada anak anak dah darjah 4, rupanya dia masih tak pandai membuat operasi darab dan bahagi, malah tambah dan tolak.
Jadi soalan lain pun mereka tak dapat jawab. Kadang kadang kita tak perasan anak anak tersebut tak mahir yang asas lagi.
(Boleh join Kelas Fasih Matematik di centre saya di Semenyih dan Setapak, memang kami latih untuk jadi fasih buat matematik dari asas).
6. SEKARANG, MULA BUAT LATIHAN IKUT TOPIK
Kalau nak segera atau intensif, bagi topik yang dia lemah dulu. Tapi kalau nak lagi berkesan, mula dari topik permulaan tahun itu.
Contoh, bab 1. Bagi dia buat kertas 1 dengan masa yang ditetapkan. Bila dah siap,tanda dan bagi markah.
Untuk setiap soalan yang salah, ajar dia teknik yang betul. Untuk setiap soalan yang salah itu juga, bina soalan yang sama tapi nombor berlainan,ulang sampai dia faham dan tahu cara buat.
Kalau ada buku latihan lain, ambil soalan soalan sama jenis dari buku lain. Part ini mak ayah kena rajin. Biar mereka jawab soalan yang sama dengan teknik kita ajar tadi sampai dia berjaya.
Sebab bila dia dapat buat,dia akan konfiden. Part ini perlukan kesabaran. Kali pertama mungkin anak tak dapat buat,tapi cuba buat sampai 10 soalan yang sama,berlainan nombor,insyaallah dia boleh dah lepas tu.
7.ULANG DENGAN SET KERTAS 2
Bagi anak jawab dengan masa yang ditetapkan juga. Semak dan bagi markah. Setiap soalan yang salah,ajar cara yang betul.
Ulang teknik di atas,iaitu buat soalan yang sama,berlainan nombor sehingga dia mahir.
Untuk kertas 2 agak mencabar sebab soalan dalam penyelesaian masalah. Saya perasan anak anak yang lemah kebanyakannya tak tahu operasi apa nak buat.
Teknik yang berkesan adalah ajar mereka gariskan kata kunci yang menentukan operasi apa perlu dibuat.
Juga ajar mereka transfer maklumat penting ke kertas conteng dan ajar mereka lukis apa yang mereka baca dari soalan tersebut. Cara melukis ini sangat berkesan bagi mereka faham. Perlu diulang soalan yang sama jenis banyak kali supaya mereka mahir.
8.ULANG UNTUK SETIAP TOPIK
Ulang semua teknik di atas untuk setiap topik.
9. SELEPAS BEBERAPA TOPIK, BAGI MEREKA JAWAB SET PEPERIKSAAN GABUNGAN TOPIK-TOPIK TERSEBUT.
Dari situ kita akan jumpa beberapa soalan lagi yang mereka tak betul2 mahir walaupun dalam latihan sebelum ini kita rasa mereka sudah mahir. Jadi, latih mereka lagi dengan soalan-soalan yang sama.
10. JANGAN MARAH-MARAH ATAU PERLI ANAK
Janganlah kita merendah rendahkan mereka jika perkara mudah pun mereka tak tahu. Kita suatu masa dulu pun sama, tak tahu.
Bukan sebab bodoh, tapi sebab tak faham atau tak tahu cara sebenar nak jawab soalan tersebut. Mereka akan kurang keyakinan jika selalu dimarah dan diherdik.
Beri pujian setiap kali dia berjaya buat soalan yang dia lemah sebelum ini.
11. ULANG,ULANG DAN ULANG
Ini part paling penting. Matematik ini perlukan latihan yang banyak. Bila anak dah mahir jawab soalan insyaallah dia akan jadi minat bila dah skor nanti
Teknik teknik saya kongsikan di atas sesuai untuk personal coaching.
Teknik ini,mak ayah yang kena rajin dan kena pandai jawab soalan matematik juga. Dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali nak buat teknik ini,peruntukkan masa duduk sebelah dia. Bukan bagi dia buat seorang diri. Kalau tak,macam mana nak ajar.
Dan buat step by step tau. Saya tahu ramai parents jenis belikan je banyak buku latihan,suruh anak buat,tapi anak buat sorang sorang,sendiri.
Takde coaching. Macam mana dia nak maju?
Selamat mencuba
Yang ikhlas
Teacher Shaza
Founder Genius Library Learning House
Pengasas kelas Fasih Matematik
Speaker motivasi matematik A-Math-Zing
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.