Rayyan Sukakan Al Quran, Rita Rudaini Ibu Yang Patut Dipuji
Berkorban jiwa, masa dan tenaga sebagai ibu tunggal sejak disahkan bercerai pada tahun 2013 nyata tidak mudah dilakukan oleh Rita Rudaini. Namun wanita cekal ini tetap teguh berdiri. Dialah wanita yang sanggup berjuang apa sahaja secara terbuka, demi mendapatkan hak anak-anaknya.
“Saya akui memang penat, letih membesarkan anak-anak seorang diri namun saya perlu bijak menyusun jadual saya. Apapun yang terjadi, saya harus bekerja untuk menyara hidup dan anak-anak di samping membesarkan mereka. Saya hidup untuk anak-anak jadi saya perlu utamakan mereka dalam segala hal,” kata pelantun filem Mami Jarum Junior ini lagi.
Ditanya mengenai pengorbanannya sebagai ibu tunggal dan mengetepikan rasa bahagia yang seharusnya dikecapinya kini, Rita menolaknya secara matang. Baginya, anak-anak harus diutamakan tanpa sedikit pun rasa terbeban atau putus asa dalam memberikan yang terbaik untuk kedua-duanya.
“Saya tak pernah rasa hilang arah atau putus asa dalam membesarkan mereka. Bagi saya, hidup saya sudah tidak penting lagi, apa yang lebih penting sekarang adalah hidup anak-anak saya yang semakin membesar. Mereka perlu merasa bahagia dalam apa jua keadaan dan saya janji takkan biarkn sedikit pun ruang kosong dalam hidup mereka.
“Untuk merasa bahagia, saya rasa itu sudah tidak penting lagi. Saya sudah lama hidup dan sudah merasa macam-macam dugaan bahagia, suka dan duka, jadi pada saya kebahagiaan sekarang adalah hak Rayyan dan Arjuna yang baru mula mengenal dunia. Perjalanan mereka masih panjang dan saya perlu memberikan satu perjalanan indah untuk mereka.
Ads
“Melihat keletah Rayyan dan Arjuna saban hari sudah cukup membahagiakan saya. Rayyan seorang yang sensitif namun dia bersifat sangat melindungi saya dan adiknya. Dia juga sangat fokus dan disiplin namun tegas dalam manja. Rayyan sangat suka belajar dan gembiranya saya kerana dia cukup sukakan Al-Quran.
Berbeza pula dengan Arjuna yang masih kecil. Dia cukup manja namun gemar bermain saban waktu, sesuai usianya. Arjuna lebih gemarkan makanan barat berbanding abangnya yang lebih kemelayuan, sukakan makanan kampung,” kata Rita bercerita mengenai anak-anaknya.
Ads
Didik Ilmu Agama
Ads
Melihat Rita mendidik kedua-dua anak dengan ilmu agama seperti mengajar anak bersolat dan mengaji Al Quran dilihat sebagai satu perjuangan hebat dan terpuji untuk seorang ibu moden sepertinya. Perkongsian Rita di laman instagramnya membuatkan ramai wanita mula menyanjungi wanita cantik ini.
“Saya cuma ikut cara saya dibesarkan oleh keluarga saya dan begitulah saya terapkan pada anak-anak. Sebenarnya dengan cara begini juga dapat mengajar mereka berfikir yang mana buruk dan baik. Insyaallah kalau mereka rapat dengan Al Quran mereka tidak akan buat benda-benda yang tidak elok.
“Di rumah saya memang tegas dan berdisiplin. Solat Rayyan dan Arjuna memang saya jaga. Alhamdulillah Rayyan sudah pandai solat sendiri malah dia juga sudah menghafal Surah Al-Baqarah. Di rumah saya juga sudah tetapkan masa untuk belajar, bermain dan menonton tv. Saya juga ajar mereka untuk berdikari misalnya mengemas barang-barang sendiri dan bersiap sendiri tanpa saya. Bagi saya seorang lelaki kena kuat dan bertanggungjawab malah harus punya ilmu seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Semua itu untuk kesenangan mereka bila besar kelak atau bila mereka berada di asrama misalnya. Semua perkara asas itu tentu sahaja membantu mereka kelak,” luahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap hari pasti ada yang menantikan perkembangan terkini adik kesayangan ramai iaitu adik Ainul Mardhiah yang kebelakangan ini kesihatannya tidak memuaskan.
Untuk perkembangan terkini, ayahnya Ahmad Safiuddin untuk hari ini berkongsi perkhabaran kurang baik apabila Ainul diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan semula bertujuan untuk merehatkan badan serta otaknya dari demam sawan berulang.
“Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.
“Saya doa semoga Allah swt bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik.” tulisnya.
“Saya Redha & Halalkan Anak Saya”
“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah swt jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.
“Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNya.” tambahnya.
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Bila menanam pokok jenis berbuah di sekeliling rumah tentunya dengan harapan suatu hari nanti pokok tersebut hidup membesar dan subur akan mengeluarkan hasil untuk dimakan bersama seisi keluarga. Lantaran itu sejak dari anak semaian lagi, pokok dijaga rapi dengan disiram, dibaja dan diracun agar tidak diganggu oleh serangga perosak.
Umumnya bila meletakkan baja, ianya akan ditabur pada bahagian sekeliling pokok. Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada teknik yang lebih bagus untuk pastikan baja yang digunakan dapat meresap ke dalam tanah dengan lebih cepat untuk kebaikkan pada pokok dengan cara yang mudah seperti yang dikongsikan oleh Halim Waghih ini.
Menurutnya, pokok yang telah besar ada cara membaja yang perlu dilakukan iaitu dengan teknik menggali lubang. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Cara Baja Pokok Buah Yang Telah Besar
Saya hendak tunjuk cara membaja pokok yang sudah besar. Ini saya menggunakan baja bunga.
Langkah 1 : Gali lubang kecil-kecil di sekeliling pokok.
Langkah 2 : Masukkan baja pada setiap lubang dan kemudian tutup lubang itu dengan tanah.
Keistimewaan membaja dengan teknik ini
Jika selepas membaja dan hujan turun dengan lebat, baja tersebut akan dibawa meresap ke dalam dengan lebih cepat. Jadi pokok terus dapat baja dan itulah yang saya buat pada kuinin saya.
Ekstra Info
Jika mana-mana pokok yang sedang BERBUNGA … Jangan letak apa-apabaja.