SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT. SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Kisah wanita malang yang didera suami sendiri sejak 30 tahun lalu cukup menyedihkan. 3 kali keguguran akibat disepak terajang. Belum bab dimaki hamun, disumpah seranah dan pelbagai lagi.
Ikuti perkongsian oleh Ustazah Asma Binti Harun, Ex Perundingcara Rumahtangga dari pengalaman kisah benar yang berlaku pada 2011. Moga bermanfaat untuk semua!
RUMAHKU NERAKA KU. BAHAGIA DIHUJUNG DERITA.
“Ustazah, saya datang untuk membuat permohonan CERAI FASAKH, saya tak boleh lagi teruskan hidup dengan suami, saya nak cari ketenangan di hujung-hujung usia begini”
Dari awal klien ini masuk wajahnya dilihat tenang tapi sarat dengan beban yang berat. Sambil meneliti fail, umur awal 50an, seorang guru, ada ijazah, usia perkahwinan cecah 30 tahun, anak 8 Orang.
“Adakah puan dah timbang dengan teliti kesan penceraian di usia begini, bagaimana penerimaan anak-anak, dan apakah alasan kuat puan, bukan mudah permohonan fasakh nak lulus kecuali ada alasan yang kukuh”. Pada perkiraan saya ketika itu, mungkin isu orang ke 3 baru muncul atau sekadar masalah komunikasi.
“Ustazah, sepanjang perkahwinan hidup saya sangat menderita, saya hadapi penderaan fizikal, mental, seksual dan emosi”. Nada sebak dan terketar-ketar seperti melepaskan tempikan suara hati yang sangat lama dipendam.
“Ustazah, 3 kali kandungan saya gugur kerana disepak terajang dan perut dipijak. Ustazah pernah baca kisah yang heboh satu malaysia, kes seorang isteri didera dan dipijak perut sehingga gugur kandungan?, saya hanya mengangguk. “Itu adalah cerita saya, kali pertama saya buat report dan entah bagaimana cerita itu tersebar, saya malu pada jiran, rakan sekerja, keluarga, semua tahu cerita saya. Kes itu tutup kerana saya diugut dengan suami. Suami pegawai pangkat tinggi, dia seorang yang dikenali. Selepas itu 2 kali lagi kandungan gugur kerana didera dipijak perut ketika usia kandungan dah cecah 3-4 bulan, tapi sebab saya trauma, tidak ada aduan kepada mana-mana pihak”.
“Sepanjang perkahwinan, sepak terajang, maki hamun sumpah seranah, rambut ditarik diheret kepala ke bawah menuruni tangga, tidur diluar rumah tanpa tudung dari malam sampai pagi, pernah dijirus dengan minyak lalu di ugut dengan api untuk dibakar, dan sering dipaksa dalam hubungan seksual”
Ads
Kali ini saya pula yang terketar-ketar untuk bertanya. Darah menyirap dan badan rasa berhaba. Ini bukan manusia.
“Kenapa puan bertahan begitu lama dalam perkahwinan yang sangat dahsyat seperti ini?”
“Saya bertahan kerana ANAK-ANAK dan kerana satu HARAPAN satu hari suami akan BERUBAH”
“Puan, maaf saya tanya, adakah berbaloi puan bertahan demi anak-anak?”
“Tidak ustazah, sebahagian anak saya mengalami tekanan jiwa sehingga perlukan rawatan psikiatri. Sebahagian lagi mengikut perangai ayahnya, turut maki hamun saya. Saya rasa berdosa pada anak, saya tak pernah salahkan anak, mereka membesar dengan melihat ibunya didera hampir setiap hari, mereka membesar dengan ketakutan” air mata diseka tanpa henti. Sayu sekali bila disebut tentang anak.
“Puan, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap, bagaimana puan laluinya”
“Ustazah, orang terdekat juga tidak tahu, jiwa saya merana namun sedaya upaya senyum, sakit lebam pada badan disembunyikan. Dua perkara yang saya pegang teguh bila jatuh terduduk, saya sembamkan wajah ke bumi, SOLAT dan ALQURAN adalah teman rapat saya, hanya itu sumber tenang, bahagia dan kekuatan saya…”
Benarlah, manusia akan benar-benar merasakan Allah itu ada, ketika tiada manusia disisinya. Tapi iya sangat sakit namun sangat manis, iaitu saat jatuh cinta padaNya, saat Allah benar-benar cukup baginya.
Ads
Dua tangannya dikepal diletakkan dimulut, mata berkaca lidahnya terketar, saya tahu dia ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam fikirannya, namun dia sendiri takut untuk meluahkan.
“Ustazah, kenapa Allah tak makbulkan doa permintaan saya, bukankah doa orang yang dizalimi maqbul?, adakah anak-anak saya jadi begitu salah saya?, saya hanya minta dengan Allah supaya suami berubah, dia sayang saya sedikit pun jadi, akan hilanglah segalanya derita saya. Sia-sia saya menunggu dengan harapan satu hari suami akan berubah, SIA-SIA… akhirnya saya dsisini untuk tuntut CERAI.. memang SIA-SIA!”
Allah… inilah soalan yang akan menyimpulkan pertemuan ini, inilah saatnya setiap kali klien bertanya soalan begini, saya akan berbisik dalam hati memohon pertolongan Allah, mengharapkan Ilham daripadaNya, agar lidah saya boleh menuturkan sesuatu yang jernih dan sejuk. Ibarat air dingin dikala kehausan dibawah terik matahari. Ini persoalan berkaitan AQIDAH. Isu keyakinan dan sangkaan kita pada ALLAH.
“Puan.. 30 tahun puan menanti dengan sabar, akhirnya suami tetap tidak berubah, apakah sebenarnya puan dapat?, dia diam. “30 tahun bukan SIA-SIA, ALLAH tak pernah silap, dan ALLAH maha melihat, mendengar dan memakbulkan. Sebenarnya, dalam tempoh ini puan telah menghimpun PAHALA SABAR selama 30 tahun!, dan jika balasanNya SYURGA ALLAH, apakah puan rasa?
Dengan terketar-ketar dia bertanya, “SYURGA ALLAH?, Betulkah ustazah? Sambil tangannya genggam kuat tangan saya.
“Puan, ini bukan janji atau kata-kata saya, tapi janji Allah. Allah berfirman:
Ads
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ “..sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahtera ke atas kamu, disebabkan KESABARAN kamu (di dunia dahulu). Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu”. (Ar-Ra’d : 24)
“Puan, ini janji Allah kepada mereka yang diuji, lalu sabar dan redha dan tetap teguh bersangka baik dengan Allah, akan menerima Salam yang istimewa daripada Allah dan para Malaikatnya, bukan dsini, tapi di SYURGA ALLAH”
Dia meleraikan tangannya, lalu tanganya disatukan sambil wajah tunduk ke bawah “ya Allah, aku redha ya ALLAH.. jika benar SyurgaMu, Aku redha.. aku maafkan suami dan anak-anakku keranaMu ya ALLAH, terimalah pahala SABAR ku ini, aku ingin SYURGA MU….”
Allahu Allah.. Kami sama-sama menangis dan aminkan doa. Dihadapan saya seorang wanita yang bukan diuji 30 hri atau 30 bulan, tapi 30 tahun. Allah hanya ingin mendengar perkataan REDHA daripada hambaNya, lalu Dia akan memberikan keredhaanNya. SyurgaNya.
Bila SYURGA ALLAH dilihat dengan mata hati. Segala berat perit derita boleh ringan ibarat debu. Sapu dan biar berlalu. Memang bukan mudah, tapi boleh.
………
Kemudian, saya membantunya untuk meneruskan permohonan Cerai Fasakh, daripada report polis dan report Dr. yang dia simpan, saya yakin permohonan fasakh ini akan berjalan lancar. Beliau menyatakan, penceraian ini adalah untuk dia mendapat KETENANGAN, “saya ingin beribadat dengan tenang dan menjadi Ibu yang tenang buat anak-anak, moga belum terlambat”.
Tiada istilah terlambat untuk kebaikan selagi belum tiba kematian.
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT.
SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Terpaling Sedap Macam Beli Kedai Mamak, Ini Cara Bancuhnya
Teh ais, kopi ais, milo ais dan nescafe ais ikat tepi beli di kedai mamak memang terpaling sedap. Bayangkan cuaca panas-panas lepas tu dapat pula ‘minuman ikat tepi’ ni tak dapat digambarkan kepuasannya.
Selain beli di kedai mamak, anda boleh je buay sendiri di rumah. Kiranya macam ala beli di kedai mamak. Siap ikat tepi lagi. Nah ini resipi cara buat teh ais, kopi ais, milo ais dan nescafe ais ikat tepi seperti yang dikongsikan oleh Miz Juejue.
RESIPI NESCAFE AIS, MILO AIS KAW, KOPI AIS KAW DAN TEH AIS
1. NESCAFE AIS KAW
BAHAN-BAHAN:
3 sudu teh Nescafe – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw
Sedikit susu cair – jika suka – beli online disini
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut.
2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan nescafe tadi.
3. Jika suka, boleh masukkan sedikit susu cair. Jika tidak, boleh abaikan.
2. MILO AIS KAW
BAHAN-BAHAN:
4 sudu milo – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut.
2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan milo tadi.
3. Jika suka, boleh tambahkan susu cair atau susu segar. Nanti rasanya seakan susu kotak.
4. Jika nak buat Neslo, boleh tambah 2 sudu nescafe dan 3 sudu milo.
3. KOPI AIS KAW
BAHAN-BAHAN:
2-3 sudu serbuk kopi (empunya resipi guna serbuk kopi cap gantang) – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
Air panas secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Rendam serbuk kopi dalam air panas secukupnya hingga nampak pekat. Tapis.
2. Masukkan susu pekat manis ikut cita rasa masing-masing.
3. Jika kopi terlampau pekat, boleh tambah air suam.
4. Tambahkan susu cair jika suka.
5. Masukkan ais ke dalam plastic, tuang bancuhan kopi dan sedia untuk dinikmati.
4. TEH AIS KAW
BAHAN-BAHAN:
3 cawan air
3-4 sudu serbuk teh – beli online disini
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
3/4 sudu susu cair – beli online disini
Secubit garam – beli online disini
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk treh. Biarkan mendidih seminit dua kemudian tapis (empunya resipi tapis guna penapis kain)
3. Tambahkan susu pekat manis, susu cair dan juga garam. Sebatikan. Jika mahu rasa lebih lemak, boleh lebihkan susu cair.
4. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.
Sebut sahaja kerja di offshore mesti sudah dapat dibayangkan betapa besarnya duit gaji yang mereka perolehi. Jadi tidak hairanlah menyebabkan ramai yang mengimpikan untuk bekerja di pelantar minyak dan menikmati gaji yang lumayan!
Untuk itu, jika ada anak-anak kita yang bertanya berkenaan cara bagaimana untuk mendapatkan kerja di sana, bolehlah jadikan perkongsian daripada Bell Dakao yang juga merupakan seorang pegawai perubatan offshore sebagai panduan.
Menurut perkongsian Bell Dakao, telah banyak dia mendapat soalan-soalan daripada follower fbnya berkenaan cara bagaimana untuk menjadi medic offshore.
“Seperti Abam janji semalam… hari ni Abam nak share acaner nak jadi Medic Offshore, few years back Abam ada post tapi mungkin superficial sangat kowt….. and then banyak soalan-soalan yang Abam terima tak kurang juga kecaman sebab tak nak kongsi ilmu… Hahahahahahaha tapi Abam okep jek, sebab Abam tak sempat nak balas.
Selamat membaca uols, sebab post ni panjang sket, Abam malas nk lukis.” Tulisnya sebagai panduan bersama.
1. Sir macam mana nak jadi medic offshore dan sijil atau kos apa yang kita perlu ‘prepare’ dulu?
Jawapan:
As for Abam nak jadi medic offshore kena ada company dulu. Maksudnya selagi tak de prospect company nak hired korang buatla kos apa pun waima sampai ber’phd’ sekalipun. Seandainya tiada company yang nak hired, all that things still sia-sia. Walaupun begitu ada jugak company yang hendakkan medic tersebut ada sijil asas keperluan untuk ke offshore sebagai contoh, BLS, ACLS, MTLS, ATLS, ITLS dan paling penting adalah BOSEIT.
Namun sekiranya anda adalah calon yang dicari dan sangat hot di pasaran, company berkenaan akan menghantar anda untuk menghadiri kos-kos tersebut dengan tanggungan mereka. Free of charge tapi terikat dengan company.
2. Sir siapa sahaja boleh jadi medic offshore?
Jawapan:
As for dunia ada 3 jawatan yang boleh jadi medic offshore. MA, Misi, Doktor. Basically orang-orang yang literally medical trained yang ada APC & ARC. But most medic in Malaysia adalah MA and Misi. Doktor ramainya yang support kat onshore facilities and tak ramai yang ada kat laut as per salaries wise diorang lagi banyak peluang lain di darat.
3. Sir kami yang junior-junior ni boleh ke pegi jadi medic offshore?
Jawapan:
Sepatutnya and as per requirement nak jadi medic offshore kena ada pengalaman bekerja di Jabatan Kecemasan & Trauma mana-mana hospital and most company preferred Government Facilities sebelum itu. Berapa lama kena berkhidmat di Jabatan Kecemasan & Trauma adalah mengikut requirement company yang offer anda. Ada company letak 3 tahun ada company nak 2 tahun and ada company nak solid 1 year prektis kat ED as sebelum jadi medic offshore. Penerimaan pengalaman daripada unit or jabatan lain sebelum itu selain daripada Jabatan Kecemasan & Trauma adalah atas kesanggupan dan budi bicara company tersebut.
4. Sir macam mana gaji medic offshore?
Jawapan:
Gaji medic offshore adalah bergantung dengan budi bicara company dan kebijaksanaan anda. Medic offshore terbahagi kepada dua iaitu Permanent Contract and Freelance.
Permanent Contract ni, medic ada gaji setiap bulan sehingga ditamatkan kontrak. Maksudnya time medic tak pegi laut pun still ada gaji, and ketika bertugas di laut akan ada elaun harian and elaun harian ini adalah daily paid yang dikira setiap hari and akan dibayar selepas tamatnya tugasan di laut. So gaji bulan tambah elaun harian nampakla gaji medic ni macam besau kununnya. .. Alhamdulillah
Freelance atau locum medic pulak gaji adalah harian tiada gaji bulanan. Kebiasaannya medic-medic ini tidak terikat dengan company seperti mana medic permanent tadi. Kos-kos asas yang perlu diambil selalunya kena buat sendiri atas tanggungan sendiri kecuali company yang korang dapat tu sangatlah bermurah hati nak tanggung. Kebiasaannya medic freelance ini gaji mereka lagi besar kerana tiada ketentuan gaji bulanan. Rotasi bekerja pula bergantung kepada project juga peluang tugasan yang ada. Seandainya tiada job, dudukla di rumah mereput. Gaji besar risiko untuk tak de job pun besar.
NOTA PENTING:
Kami di offshore tak kisah budak baru gaji macam senior kerana kami tak mahu harga payment medic jatuh. Kerana kalau anda terima rendah ramai lagi yang tawarkan lagi rendah dari anda sehingga lama kelamaan gaji medic offshore kurang lebih sahaja dengan buat pagi petang duk ED. Jadi dapat offer rujuklah kawan-kawan atau otai-otai di dalam industri.
5. Sir rasa bagus saya pegi offshore ke tak perlu?
Jawapan:
Ini jawapan yang Abam susah nak jawab. Sebab yang akan rasa anda. Tapi Abam just buat perbandingan jek okep. Sekiranya offer yang anda dapat itu anda rasa besar dan berbaloi untuk jangka masa panjang maka terimalah. Ini kerana once gaji medic ni susah nak naik, contoh mungkin akan dapat kontrak yang benefit yang sama bertahun-tahun tanpa ada sebarang kenaikan. Duk laut berbulan-bulan tinggalkan keluarga bukan kerja senang untuk sesetengah orang. Jadi sekiranya kerja anda sekarang ada peluang untuk anda dapat kedua-duanya duit dan keluarga dalam masa beberapa tahun Abam rasa lebih baik berada di darat. Yang penting sendiri rasa and sendiri tahu.
6. Sir untuk masa sekarang bagus ke pegi offshore?
Jawapan:
Seperti yang Abam bagi tahu tadi, bergantung kepada kontrak and job offer yang macam mana korang dapat. Dalam situasi sekarang tak banyak company nak hired and ramai di antara medic lama yang tersadai di rumah. Jadi fightnya adalah sangat sengit antara medic yang dah ada experience dengan medic-medic yang baru nak up (termasuk Abam yang nubis kubis ini ). Kecuali anda sanggup merendahkan ‘harga diri’ anda dan merosakkan market sedia ada. Kena ingat orang jadi medic offshore sebab gaji, bukan saja-saja nak glamour pakai coveralls duk atas pelantar selfie sahaja.
Kalau offer Sewdewh baik tak payah dahulu.
Okepla Abam rasa itu adalah antara soalan-soalan yang selalu orang tanya kat Abam. Kesimpulannya apa target anda untuk jadi medic offshore. Kalau gaji tapi korang accept offer rendah maka tak tercapaila target tu, malah merendahkan lagi value medic offshore seantero buana.
Life? Medic ni penat sedikit lagi-lagi dalam situasi pendemik sekarang. Korang akan berada lebih lama berjauhan dengan keluarga berbanding berada di rumah.
Jadi Abam nak mohon maaf, andai bahasa Abam ada terkasar or maklumat yang Abam bagi tu tak berapa nak jelas. Ini adalah apa yang Abam lalui cuma. #HanyaNubisKubis di lautan luas
Berasal dari keluarga yang mana rata-ratanya berkhidmat sebagai doktor sedikit sebanyak mendorong personaliti ini untuk memilih bidang yang sama. Dari sehari ke sehari beliau meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pakar bedah terkemuka di negara ini.
Angan-angan sahaja tanpa disulami dengan usaha gigih pasti akan tinggal impian semata-mata. Namun itu tidak berlaku kepada Tan Sri Dr Yahya Awang, lelaki yang cukup berkarisma dan penuh motivasi.
Berpeluang menemu bual ikon dalam dunia pembedahan jantung cukup bermakna buat penulis. Biarpun tampak sedikit tegas, namun dia cukup bersahaja, soft spoken dan punya aura tersendiri. Setiap persoalan diajukan dibalas dengan jawapan yang cukup ringkas namun padat dan bermakna.
“Saya lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan semua doktor. Termasuklah ayah, adik, abang dan pak cik saya. Jadi, apabila masuk universiti, secara tak langsung minat dalam bidang tersebut mula bercambah. Malah, cita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung mula tersemat dijiwa kerana waktu itu sukar nak dapat pakar jantung di negara ini.
“Selepas berkhidmat selama 12 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), saya kemudiannya bersara tetapi menyambung khidmat di Damansara Specialist. Ketika itulah, terdetik idea untuk mengumpul pakar jantung di satu tempat. Saya memujuk rakan-rakan supaya berkongsi dan berkhidmat di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
“Daripada situ tertubuhlah pusat pakar jantung swasta ini yang diharap dapat membantu lebih ramai pesakit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati bahkan berasa cukup gembira dan bersyukur kerana ini adalah satu legasi yang dapat ditinggalkan untuk negara ini selain IJN,” ujar Tan Sri Yahya yang merupakan pengasas bersama 5 lagi rakannya untuk menubuhkan pusat berkenaan.
Akui empunya diri, bukan mudah untuk menjadi pakar bedah memandangkan banyak perngorbanan perlu dilalui termasuklah latihan yang lama, terpaksa dedikasi dan sabar kerana ia bukan sesuatu yang mudah.
“Syukur kerana saya berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Bahkan, mentor saya juga merupakan seorang pakar jantung di hospital di London dan dialah yang mengajar saya untuk menjadi doktor bedah jantung.
“Kebanyakan doktor muda tak nak pilih bidang ini kerana terpaksa mereka terpaksa berkorban lebih termasuklah latihan yang terlalu lama dan lebih intensif membuatkan mereka memilih untuk berkhidmat di bahagian lain,” ulas Tan Sri Yahya sambil mengakui tidak ramai yang memilih bidang ini kerana di Malaysia pada masa itu tiada pakar. Malah dia serta kawan saya dan juga rakan kongsi sekarang iaitu Datuk Rozali antara yang terawal bergelar pakar jantung di Malaysia.
Tan Sri Yahya juga meletakkan sasaran untuk menjadikan CVSKL sebuah pusat jantung yang baik di Asia. Baginya tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran tersebut memandangkan mereka memiliki ramai pakar jantung di situ.
“Saya percaya ia boleh dicapai kerana banyak pakar di dalam bidang masing-masing. Ketika pelancaran pusat ini, saya sudah beritahu pusat ini bukan saja menjadi sebuah CSR hospital yang mana bukan sahaja berkhidmat untuk golongan yang berkemampuan bahkan kami mahu ‘pulang balik’ pengalaman dan ilmu yang ada kepada kerajaan dan rakyat Malaysia semua.
“Ramai pakar di sini yang telah berkhidmat untuk memajukan bidang sakit jantung. Bukan itu sahaja, CVSKL tidak boleh dikategorikan hanya untuk golongan swasta semata-mata,”ujar Tan Sri Yahya lagi.
Diminta menceritakan pengalaman pertama kali menjadi doktor dan menguruskan kes pembedahan jantung, akui bapa kepada 4 anak ini tidak menafikan cukup gabra dan jantung pun ikut sama berdebar.
“Saya masih ingat, kes tersebut mengambil masa yang agak lama lebih kurang 4 jam untuk selesaikan kes tersebut. Lepas selesai, saya berkongsi cerita dengan isteri. Malah dia juga mengikut saya ke London ketika saya menjalani latihan di sana. Isteri juga merupakan doktor dan dia menjalani latihan pakar kulit. Bukan sahaja saya dan isteri, bahkan anak kami juga turut terbabit dalam bidang yang sama.
“Kalau diikutkan masa saya banyak dihabiskan di hospital kerana pembedahan jantung bukan mudah tetapi saya akan pastikan saya pulang ke rumah setiap hari. Jadi, isteri yang lebih banyak dengan anak-anak. Dua anak saya berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi sedang menjalani latihan di Australia. Saya tidak memaksa jauh sekali menggalakkan mereka memilih bidang yang sama. Minat tersebut datang dari diri mereka tanpa dipaksa baik oleh saya mahupun ibu mereka.
“Bahkan, saya selalu cakap di dalam rumah kita sepatutnya ada doktor, peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. Saya pernah cakap dalam keluarga kita ni ‘boring’ kerana waktu makan pun bercakap hal yang sama, balik balik tentang pesakit dan sebagainya.
“Adakalanya cuba juga ‘pusing cerita’ hal lain tetapi pasti akan balik semua tentang hal di hospital. Nak tak nak kenalah dengar dan terima,” seloroh Tan Sri Yahya tentang gelagat mereka sekeluarga apabila berkumpul.
Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.
“Setakat ini belum ada yang memilih menjadi pakar jantung seperti saya, walaupun sekarang ini dua dah jadi pakar dan dua lagi masih dalam latihan untuk menjadi pakar. Saya berharap lepas ini mereka akan berkhdimat di negara kita.
“Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja selain sudah memiliki keluarga sendiri, tetapi ada waktunya kami akan pergi bercuti satu keluarga. Itu sudah saya terapkan sejak dahulu lagi. Sekarang ini saya punya masa yang lebih dengan keluarga memandangkan saya punya 7 orang cucu,“ jelas Tan Sri yang gemar berenang dan bermain golf selain melancong.
Biarpun sudah boleh ‘cuci tangan’ dan berehat dari bidang tersebut, namun Tan Sri Yahya belum puas lagi mencurahkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan.
“Sewaktu bersara dari IJN, saya ingatkan kerjaya sudah tamat. Namun umur bukan satu halangan kerana kesihatan diri dan mental semua okey. Lagipun kemahiran saya dalam pembedahan masih lancar tanpa masalah. Jadi apa salahnya saya meneruskan usaha saya ke arah membantu mereka yang memerlukan,”ungkap Tan Sri Yahya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.