Karenah anak-anak memang mengundang ibu bapa pening kepala. Lagi-lagi waktu begini, terkurung di dalam rumah. Macam-macam gelagat yang terpaksa dihadapi ibu bapa.
Selain rumah berselerak, ada juga anak-anak yang jenis kerap buka tutup laci atau rak. Akhirnya drawer boleh rosak.
Daripada nak dibuang begitu sahaja, agak membazir terutama bagi drawer yang amsih elok dan boleh dipakai. Mungkin masalahnya berpunca pada rail sahaja. Buat apa nak membazir beli yang baru kan.
Jom cuba tip oleh saudara Ahmad Ruim yang berkongsi bagaimana cara tukar rail dengan mudah. Jimat duit tak perlu beli baru.
Ads
Hari ni bertukang tukar rail drawer. Ganti dengan soft close mechanisms Puas hati. Macam laci ikea rasanya
Buka rail drawer yang rosak.Inilah rupa rail yang rosak, rodanya sudah tiada kerana itu susah nak buka drawer.Ini rupa rail yang baru. Boleh beli di Shoppee. Pastikan anda periksa terlebih dahulu ukuran sebelum membeli.pasangkan rail yang baru. pastikan bahagian rail yang dipasang betul kerana rail ini datangnya sepasang.
Mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk hari ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah in
Selamat mencuba!
.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
Meraikan hari raya bersama ibu dan ayah di kampung tentunya menjadi momen yang menyeronokkan bagi seisi keluarga. Pun begitu andai rezeki dapat bersuamikan orang jauh, mungkin untuk berhari raya di kedua-dua kampung dalam satu masa mustahil dapat dilaksanakan. Jadi penyelesaiannya ramai membuat sistem giliran untuk memuaskan hati. Syukur kedua-duanya dapat mencari kata sepakat.
Namun, bukan perkara pelik juga ada yang berlaku sebaliknya sebagaimana perkongsian kisah daripada Puan Marliya Ramli ini apabila berbual dengan seorang isteri di mana setelah 7 tahun berkahwin tidak pernah sekali pun beraya di rumah keluarganya sendiri.
HATI ISTERI
“Raya mana tahun ni?” Tanya akak berbasa basi.
“Di kampung suami…,” Jawab dia.
“Oooo… Seronok la kan? Raya di kampung, meriah!”
“Meriah tu memang meriah. Tapi kalau dah tujuh tahun kawen, tujuh kali beraya di rumah mertua, dah tak rasa seronoknya..” Jawab dia perlahan.
Dan akak diam. Tak berani lagi nak berbasa basi.
Suami yang dirahmati Allah,
Kalau akak cakap, nanti anda marahkan akak. Tapi, apalah salahnya kalau buat sistem giliran raya? Tuan berikan ihsan kepada isteri. Akak faham. Wajib bagi isteri patuh kepada suami. Wajib bagi isteri berada di sisi suami.
T.E.T.A.P.I….
Isteri mengahwini Tuan yang perkasa bukan atas sebab mahu meninggalkan keluarga. Tapi kerana atas dasar satu perkataan iaitu CINTA.
Namun, cinta adalah perasaan yang perlu dipupuk. Perlu dibaja. Disemai hingga mekar. Atau jika dibiar tandus, lama kelamaan hilang.
Akak cadangkan berilah ihsan kepada isteri. Bergilirlah pada raya pertama. Tahun ini bersama keluarga Tuan, tahun depan bersama keluarga mertua.
Bagaimana ibu bapa Tuan merindukan anak-anak pada Hari Raya, begitulah keluarga mertua. Mereka merindukan anak mereka juga.
Tidak ada ibu bapa yang mengahwini anak gadis mereka agar mereka tidak perlu berjumpa lagi. Tidak ada. Ya… akak harap Tuan berilah ihsan giliran raya. Seperti mana isteri Tuan memberikan ihsan di dalam rumahtangga.
Apa tugas suami?
Memberikan nafkah zahir batin termasuklah kebahagiaan emosi. Dan sebagai balasannya isteri memberikan taat setia kepada suami.
Ya, isteri hanya perlu berikan taat dan juga setia. Tidak wajib isteri memberikan lebih daripada itu walau seinci. Bukan akak yang cakap, tapi Allah yang perintahkan.
Namun kerana cinta, isteri Tuan memberikan ihsan dalam rumahtangga. Selain taat dan setia, isteri Tuan memberikan ihsan.
Jika Tuan terlepas pandang, izinkan akak meletak senarai ihsan seorang isteri :
1 – menyusukan anak-anak
2 – mengemas rumah
3 – memasak makanan
4 – membantu menyiapkan anak ke sekolah
5 – mengemop lantai
6 – mencuci, menyidai, melipat dan iron pakaian
7 – ada yang bantu bayarkan bil TNB
8 – ada yang belikan anak susu
9 – ada yang bantu bayar kereta
10 – ada yang buat business online untuk tambah wang keluarga
Dan lagi… dan lagi… dan lagi…
Seribu satu ihsan yang isteri beri buat suami. Walaupun semua itu bukanlah tanggungjawab isteri, namun isteri berikan ihsan atas nama cinta.
Maka…
Tuan berilah satu ihsan buat isteri iaitu giliran raya. Mulakan dengan tahun ini. Nescaya, isteri akan amat hargai.
Memang benar…
Tugas isteri adalah taat kepada suami. Namun apa gunanya taat jika HATI ISTERI tidak dimiliki. Apa gunanya memiliki jasad tetapi hati isteri mati?
Siapa sangka setelah 14 tahun tidak hamil, akhirnya dapat khabar gembira bakal melahirkan bayi baru.
Anugerah yang diberikanNya, adalah rezeki buat keluarga. Begitulah dengan perkongsian salah seorang anak dalam keluarga ini.
Menerusi TikTok pengguna, Piena yang merupakan anak sulung berkongsi cerita bahawa mereka telah mendapat adik baru setelah ibu hamil kembali selepas 14 tahun.
“Bongsu tak jadi, jaga the real bongsu”
Masing-masing berusia 23, 22, 18 dan 14 tahun teruja dengan kehadiran adik baru. Lebih lucu, adik lelakinya sudah 14 tahun kekal dengan gelaran bongsu turut menjadi ‘baby sitter’ selepas kelahiran bayi baru.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen memuji cara remaja berkenaan melayan adik barunya dengan penuh kasih sayang.
Muat naik video itu telah mendapat tonton lebih 920 ribu tontonan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.