Keluarga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi yang meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika di Taman Ria, Sungai Petani, dekat sini pada Selasa reda dengan kejadian berkenaan.
Ibunya, Nor Azira Abdul Halim, 36, mengakui terkejut menerima berita kejadian yang menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu daripada gurunya kira-kira jam 12.25 tengah hari. Dia diminta datang ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Saya tahu ALLAH SWT lebih menyayanginya dan meminjamkannya hanya sekejap untuk kami sekeluarga.
“Pada mulanya, saya ingat anak terlibat dalam kemalangan kerana tadika berkenaan terletak berdekatan dengan jalan raya sebelum dimaklumkan Muhammad Harraz tidak sedarkan diri.
Dia kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Tentera Sungai Petani supaya bergegas melihat keadaan anak mereka dengan segera.
Katanya, dia berdoa tanpa henti supaya anak bongsunya itu selamat dan tidak berlaku kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan pulang.
Bagaimanapun menurutnya dia menerima panggilan suaminya yang memaklumkan supaya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk melihat keadaan anak mereka.
Ads
“Bila saya sampai, suami hanya telefon kata pergi hospital terus. Saya pun bergegas balik. Bila saya balik, suami kata pergi terus ke hospital. Mereka tak beritahu apa-apa dekat saya.
“Saya sampai hospital, saya tak tahu apa-apa. Cuma saya hairan kenapa ramai yang bagi laluan suruh saya masuk, sampailah saya nampak arwah atas katil Unit Forensik dah kena balut.
“Masa itu baru saya tahu anak saya dah tak ada. Wajah dia macam tidur, tapi naluri ibu, saya dapat rasa yang dia sakit sampai dia mati. Saya dapat rasa air muka dia tu sebab bibir dia gelap,” kata Nor Azirah.
Nor Azirah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Menurut Nor Azira, anaknya telah mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Ads
Katanya, tiada sebarang reaksi perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar bekerja lepas subuh semalam, Nor Azirah melihat anaknya masih tidur dan meninggalkan anaknya disiapkan nenek untuk ke tadika.
Jelas ibu kepada tiga anak itu, sebelum ini, petugas tadika menjemput anaknya setiap pagi. Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya menjemput anaknya pada Selasa dan Rabu sahaja. Selebihnya, dia sendiri akan menghantar anaknya kerana bekerja pada hari tertentu sahaja.
Menurut Nor Azira, anak bongsunya itu seorang yang ceria di rumah, namun agak pendiam apabila berada di sekolah. Dia dalam pada itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi.
Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri.Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.
“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.
Menurut Adzli, mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari.
“Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah.
“Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran,”katanya.
Demi keselamatan anaknya, penyanyi, Wany Hasrita mengakui kerap bertukar pengasuh malah lebih berhati-hati dalam mencari pengasuh buat anaknya, Aisyah Al Iman.
Kata Wany lagi, kejadian anak perempuannya yang dihayun kuat ketika digendong membuatkan dia lebih berhati-hati dan cerewet dalam segala hal berkaitan anaknya.
“Mungkin ada yang anggap itu perkara biasa tapi saya pula lihat pengasuh ‘burn out’ jaga anak. Jadi saya rasa kala dia tak boleh bekerja tak perlulah bekerja dan dia boleh berehat,” ceritanya.
Tambah Wany lagi, kejadian itu membuatkan dia lebih cerewet malah kerap bertukar pengasuh biarpun ada ibunya yang tinggal bersamanya memantau anak di rumah.
“Ada beberapa perkara saya tidak boleh bertolak ansur seperti kalua mereka ada penyakit kulit atau beri alas an tak boleh basuh baju. Macam mana?
“Saya pun tak mahu orang bekerja dalam keadaan terpaksa. Saya memahami dia manusia dan tak boleh senang senang mengerah tenaganya,” kongsinya lagi.
Syukur jumpa pengasuh yang serasi
Namun kata Wany dia kini teramat bersyukur apabila akhirnya sudah menemui pengasuh yang serasi menjaga anak perempuan sambal dipantau ibunya.
“Alhamdulillah sekarang ini memang sudah ada pengasuh tetap yang Aisyah selesa.
“Saya bersyukur dan boleh bekerja dengan tenang sepanjang dua bulan ini,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu yang menarik pasti membuatkan anak-anak suka untuk menjamahnya. Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sarapan mahupun minum petang buat anak kecil, mungkin resipi ini sesuai disajikan. Bukan hanya anak, ahli keluarga lain pun pasti suka ni.
Jom admin kongsikan resipi air tangan dari puan Syafieqa Ieka
Cuma guna 4 bahan jer.. boleh hasilkan menu yang menarik untuk anak2 anda..
Ramai orang menyifatkan cemburu itu merupakan tanda sayang, namun jika semua perilaku pasangan diperhatikan dan pasangan rasa dikongkong, adakah ianya masih boleh disebut sebagai sayang?
Sikap terlalu cemburu bukan sahaja dikaitkan dengan rasa tidak selamat dan takut, malah boleh membuatkan pasangan berasa kurang senang serta berasa tertekan memikirkan dirinya sentiasa dikawal ketat dan tidak bebas bergerak.
Jika seseorang itu mempunyai pasangan yang terlalu cemburu, berkemungkinan peluang keluar bersama rakan selepas waktu pejabat atau sekadar bertemu rakan lama pasti akan menimbulkan masalah besar buat individu tersebut.
Berkemungkinan juga pasangan akan mengekori untuk memastikan apakah anda benar – benar bertemu rakan lama. Tidak mustahil juga dia akan muncul di depan pasangannya dan menyuruh untuk pulang.
Seperti pasangan artis tanah air, Faezah Elai dan Heykal Hanifah juga mempunyai waktu tertentu di mana timbul perasaan cemburu terhadap satu sama lain. Tetapi bagi pasangan ini, soal cemburu bukanlah menjadi satu masalah kerana mereka beranggapan sifat cemburu tersebut itu normal dan mengganggap itu sebagai rasa cinta dan sayang antara satu sama lain.
“He is so ok with this video cause he prefer the entire world to know. Dia punya terkejut tu sambil riang ria dlm hati. He himself posted this video on his IG.
“So, stop with this “tk baik bukak aib”. Jealousy between husband and wife is normal!
Yg tk normal klu husband cemburu ngan janda rumah sebelah. Haaa tu baru aib.
Happy Father’s Day to all Fathers in the world.” Kata Faezah Elai melalui video posting keterangannya di Instagram.
Tambah beliau, apabila suaminya tiada di rumah, beliau tidak akan keluar rumah dengan penampilan yang cantik dan keluar lepak bersama rakan – rakan. Faezah Elai hanya akan keluar untuk menghantar anak ke sekolah dan membeli barang runcit sahaja kerana beliau tahu suaminya, Heykal Hanifah mempunyai sifat cemburu.
Sifat cemburu perlulah dikawal, jangan sampai sifat terlalu cemburu itu memusnahkan rumah tangga yang telah dibina bertahun lamanya. Setiap pasangan juga haruslah bijak mencari solusi agar pasangan tidak berasa cemburu antara satu smaa lain.