Perubahan udara, cuaca dan suhu sejak akhir-akhir ini di lihat berubah-berubah. Sekejap suhunya cukup panas, tidak lama kemudian hujan tiba-tiba. Keadaan sebegini pastinya akan membuatkan tubuh badan mudah diserang penyakit. Bukan sahaja di kalangan anak-anak kecil, malah orang dewasa seperti kita juga tidak terkecuali.
Antara penyakit yang sering dan mudah ‘menyerang’ apabila dikaitkan dengan cuaca, lain tidak bukan adalah penyakit yang ada kaitan dengan saluran pernafasan, iaitu batuk.
Sebenarnya batuk itu sendiri adalah refleksi semula jadi dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran pernafasan jika terdapat gangguan dari luar. Respons ini berfungsi untuk mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara bagi membersihkan paru-paru.
Pun begitu, penyakit batuk yang sering dialami akan bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya tekak akan teras semakin gatal dan tidak lama kemudian akan mula mengalami batuk-batuk yang teruk. Kebanyakan orang menganggap batuk tersebut sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan.
[su_highlight background=”#c3dab1″ color=”#806f16″]Batuk terbahagi kepada 2[/su_highlight]
Ads
Batuk kering
Batuk berkahak
Bagi mengelakkan masalah menjadi lebih teruk, seharusnya bila anda mula batuk-batuk cuba amalkan petua ini bagi meredakannya. Petua ini telah diamalkan oleh Puan Faizah Md Zain, bukan sahaja untuk merawat batuknya sendiri malah menjadi amalan seluruh keluarganya. Terbukti berkesan dan mudah sahaja untuk disediakan ramuannya. Nak tahu lanjut jom semak!
[su_quote]Petua nak kurangkan batuk, sesuai untuk semua peringkat umur, dah lama saya amalkan untuk anak-anak dan diri sendiri..selalu buat waktu nak tidur malam.[/su_quote]
Ramai wanita akan mengalami bengkak kaki ketika mengandung. Kondisi ini sudah pastinya akan membuatkan ibu rasa tidak selesa. Ini merupakan sesuatu yang normal.
Bagi ibu yang baru pertama kali hamil pasti tertanya-tanya mengapa kaki sembab ketika hamil?
Ada 3 penyebab utama kaki membengkak ketika hamil:
1. Sepanjang kehamilan, badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membantu tumbesaran bayi.
2. Apabila bayi membesar, uterus akan menekan vena yang membawa darah dari bahagian kaki ke jantung.
3. Hormon juga akan membuatkan dinding vena menjadi semakin lembut. Oleh sebab itu, lebih sukar untuk vena menjalankan tugasnya dengan betul.
Atas sebab inilah, darah akan ‘terperangkap’ pada kawasan kaki. Malah, ada juga darah yang akan terbocor ke kawasan tisu dan menyebabkan bengkak.
Pun begitu kaki sembap semasa hamil bukanlah sesuatu yang berbahaya kepada ibu atau bayi. Namun, ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Selalunya, kondisi ini akan berlaku pada akhir kehamilan.
Atasi kaki sembab ketika hamil
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah kaki sembap. Antaranya ialah:
1. Pakai compression socks
Cuba pakai compression socks atau stoking ibu hamil untuk mengurangkan simptom bengkak kaki. Stoking ini dapat memastikan tekanan pada kawasan kaki kekal normal. Selain itu, ia juga dapat membantu menolak semula cecair lebihan kembali ke dalam salur darah.
Elakkan memakai stoking yang ketat atau mempunyai getah pada bahagian atas. Ini boleh meningkatkan risiko darah beku.
2. Rehat secukupnya
Ibu hamil perlulah berehat dengan secukupnya. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan akan menjadi semakin lancar jika ibu mendapatkan rehat yang cukup.
Ketika anda menonton televisyen, membaca atau sedang duduk, cuba tukar posisi badan dan lunjurkkan kaki ke depan dan ke atas, lebih tinggi daripada dada. Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada kawasan vena dan mengurangkan kaki sembab ketika hamil.
3. Basahkan kaki anda
Rendamkan kaki yang sembap di dalam air sejuk selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, ibu juga boleh kurangkan rasa hangat disebabkan cuaca yang panas.
Tetapi, pastikan suhu air tidak terlalu sejuk! Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan salur darah kecil mengecut dan mengurangkan peredaran darah. Silap-silap, kaki boleh menjadi lebih bengkak!
4. Beli kasut yang muat
Kasut yang ketat bukan sahaja tidak menyelesakan, ia juga akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan yang lebih teruk.
Disebabkan masalah ini selalunya akan berlarutan selepas kelahiran, tidak rugi jika anda berbelanja lebih untuk sepasang kasut yang selesa. Sebagai panduan, pilih kasut yang rata dan boleh disarung dengan mudah.
5. Jumpa pakar jika kaki sembab makin serius
Kadangkala, masalah kaki sembab ketika hamil hanya boleh diselesaikan oleh pakar. Mungkin ibu tidak sedar kesakitan pada tapak kaki mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti kuku cengkam.
Walau apapun keadaannya, dapatkan segera nasihat dan pandangan dari doctor terlebih dahulu.
Sebaik anak lahir bukan bermakna ibu telah pun kembali sihat dan pulih dengan baik dan pantas. Proses penyembuhan ini mengambil tempoh tertentu terutamanya kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.
Sebaiknya selepas berpantang, ibu berikan perhatian sewajarnya untuk kembali sembuh dengan cepat. Ketika berada di dalam pantang, jika ibu berasa tidak sihat sebaiknya bertemu segera dengan doktor.
Ini panduan dan tanda aras bahaya yang bakal ibu perlu tahu selepas bersalin.
Simptom dan tanda masalah selepas bersalin
Jika anda mengalami mana-mana kondisi selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:
1. Faraj bengkak/nanah
Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak.
Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya bengkak tidak bertambah sakit. Segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang betul.
2. Jangkitan luka pembedahan
Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer, anda perlu berwaspada tentang parut perut. Ini kerana ia boleh menjadi petanda keradangan pada luka pembedahan.
Sentiasa berunding dengan doktor selepas pembedahan dan maklumkan jika mengalami keadaan seperti:
* Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
* Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
* Perut kembung dan rasa kenyang
* Demam
3. Keluar nanah dari faraj
Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.
Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau ketika anda sedang sakit selepas bersalin czer.
Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.
4. Pendarahan berlebihan
Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, anda akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.
Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.
Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:
* Menggigil
* Kulit pucat
* Pening dan sakit kepala
* Jantung berdebar
* Sakit teruk bahagian bawah abdomen
* Bau busuk pada faraj
Keadaan ini adalah tanda rahim bengkak selepas bersalin atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.
5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing
Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran kencing.
Segera dapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah selepas bersalin ini kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan.
6. Loya, muntah dan hilang selera makan
Pada trimester pertama kehamilan, keadaan ini mungkin semula jadi untuk dialami. Tetapi jika ia berlaku selepas melahirkan anak, anda perlu berhati-hati. Loya, muntah dan hilang selera makan juga merupakan masalah lepas bersalin, seperti jangkitan pada rahim.
7. Tekanan darah tinggi (preeklampsia)
Selepas beranak, keadaan tubuh perlu dipantau secara berkala oleh doktor dan jururawat – seperti memeriksa suhu badan dan tekanan darah.
Ia untuk mengelakkan jangkitan dan preeklampsia. Walaupun jarang berlaku, keadaan ini boleh membawa maut. Preklampsia adalah keadaan tekanan darah meningkat secara drastik selepas bersalin. Jika tidak dirawat dengan segera, ini boleh menyebabkan risiko strok, sawan dan juga kematian.
8. Sakit kepala atau migrain teruk
Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.
Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:
* Penglihatan kabur
* Tekanan darah tinggi
* Bengkak muka, tangan dan kaki
* Peluh berlebihan
* Pening dan muntah
* Tanda meroyan selepas bersalin
9. Sesak nafas
Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari). Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan. Ia berbahaya dan boleh berisiko untuk kematian.
10. Payudara bengkak
Jika tidak menyusukan bayi dengan segera, payudara yang bengkak akan menyebabkan demam dan mengurangkan bekalan susu anda pada hari-hari berikutnya. Berhati-hati jika bengkak ini disertai dengan rasa terbakar dan permukaan kulit menjadi merah – tanda jangkitan pada payudara (mastitis).
11. Baby blues
Jika mengalami tanda meroyan selepas bersalin seperti baby blues, anda akan sukar mengawal emosi dan mudah menangis atau marah kerana perkara kecil. Dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan perkara seperti:
*Sakit pada bahagian badan tertentu tanpa sebab
* Mudah lupa
* Hilang semangat untuk hidup
* Mahu mencederakan diri sendiri atau bayi baru lahir
Sekiranya anda berada dalam situasi di atas atau mempunyai kebimbangan tentang petua hilangkan sakit badan selepas bersalin, berjumpa dengan doktor untuk lebih kepastian.
Usahawan, Rozita lbrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita menitipkan kata nasihat khususnya golongan berusia untuk sentiasa menjaga kesihatan.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagramnya dan turut menyuarakan pandangan supaya memperbanyakkan amalan kebaikan dalam hidup.
“Makin tua, banyak nikmat Allah tarik. Nikmat kesihatan, nikmat kecantikan nikmat makan! Selalu rasa sunyi sebab Allah mendidik kita tentang kematian, alam barzakh.
“Elakan buat dosa dan banyakkan amal kebaikan kerana mati & sakit, tua itu adalah sgt pasti, jangan mati dalam kebencian manusia jauhkan murka dan kebencian Allah.
“Semua tu membuatkan kita faham erti berjaga-jaga pada apa nikmat hari nil Bonda dah tua ni tak boleh banyak makan petai, durian, ikan bilis… apa saja saya share ialah peringatan pada yang sihat!” tulisnya.
lbu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri ini seterusnya mahu berazam untuk sentiasa menjaga kesihatan meski usia semakin meningkat.
Jelasnya, adalah sangat penting untuk warga emas menjaga kesihatan supaya tidak memberi bebanan kepada anak sekiranya ditimpa jatuh sakit kelak.
“Sistem imun makin lemah.! Sebab pertahanan badan kurang maka saya cari solusi untuk sihat dan aktif! Saya tak nak anak-anak ziarah saya di hospital, menyusahkan anak-anak memang saya tak nak.
“Saya berazam nak sihat, cukuplah melihat pengalaman jaga ahli keluarga sakit. Sepupu saya ramai yang mati muda sebab sakit makan tak berjaga sejak kecil. Sebab ambik banyak gula, susu pekat manis, air tin dan banyak lagi! Sedih & susah pergerakan” tulisnya lagi.