Bila ada anak kecil memang rumah kena ekstra kemas dan ibu bapa sendiri kena ekstra hati-hati. Ini kerana risiko anak kecil untuk terdedah pada bahaya di rumah sangat tinggi.

Sikap si kecil berusia bawah enam tahun yang gemar explore bermacam perkara di rumah membuatkan mereka tidak dapat membezakan mana satu bahaya atau tidak.

Sikap ingin tahu mereka yang sangat tinggi membuatkan mereka akan mencuba segala objek atau perkara yang ditemui di rumah.

Seorang doktor berkongsi di laman twitternya berkenaan situasi cemas yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang bermain ‘solder paste’ milik ayahnya.

Menurut Dr Lyana Kamal, ‘solder paste’ ini umpama gam kuat yang digunakan untuk melekatkan besi dan perlu berhati-hati menggunakannya kerana mungkin mengandungi asid yang kuat.

Jadi, ibu bapa yang ada anak kecil kena baca perkongsian beliau di akaun miliknya @Dr_Aween_LiaNa berkenaan kesan kulit yang terbakar disebabkan bahan kimia yang terkena pada kulit.

Dr Lyana turut mengingatkan ibu bapa yang ada anak kecil supaya baca dan faham apa yang ingin disampaikannya.

IKLAN

 

Kesian adik ni. Meraung sakit di klinik saya. Sebab kulit yg paling atas tu (epidermis) sudah mati. Dan sudah ada yang melecet. Bayangkan kalau kulit kita tersiat, sakit boleh menggelupur kita kita kan? Macam tu la kalau sakit chemical burn.

So ibu-bapa, saya nak tekankan di sini..

  1. Chemical burn boleh berlaku dengan pelbagai jenis produk yang ada di rumah kita – bahan cucian, bleach, fertilizers, gam kuat, paint thinner, disinfectants. Maka, tolong simpan semua ini di tempat yang selamat dan susah dicapai oleh anak-anak.

7 Bahan Di Rumah Punca ‘Chemical Burn’. Jika Ada Anak Kecil Tolong Baca!

IKLAN

2. Mangsa keadaan di rumah selalunya kanak-kanak. Mereka mungkin main dan terpegang mata, atau kulit bahagian badan lain. Ada kes telan bahan toksik itu.

3. Tanda-tanda awal chemical burn adalah sakit, kulit merekah, kulit mejadi merah, menggelupas, lepuh air dan bengkak.

Jika anak jadi mangsa chemical burn

So, apa yang kena buat kalau anak kita yang jadi mangsa chemical burn?

  1. Jika ada pakaian yang terkena, guna sarung tangan dan gunting pakaian tu.

2) Jika bahan toksik tu kering dan berserbuk, buang gunakan brush. Jangan sapu dengan kain basah!

IKLAN

3) Jika terkena mata atau kulit, lalukan dengan air secepat mungkin. Air yang digunakan mestilah suam, banyak dan tekanan yang tidak kuat. Pressure air yang terlalu kuat boleh menyebabkan bahan kimia itu masuk lebih mendalam dalam kulit dan menyebabkan luka yang lebih teruk.

4) Terus datang jumpa doktor SECEPAT MUNGKIN.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI