Remaja buang bayi di belakang rumah, datang Klinik Kesihatan dalam leadaan pendarahan teruk. Seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui sudah tidak bernyawa di kawasan belakang sebuah rumah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar pada Ahad.
Remaja Buang Bayi Di Belakang Rumah, Datang Klinik Kesihatan Dalam Keadaan Pendarahan Teruk
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan kejadian itu terbongkar selepas seorang gadis Orang Asli berusia 18 tahun hadir ke Klinik Kesihatan dalam keadaan pendarahan teruk.
“Pihak polis menerima panggilan pada jam 5.30 petang apabila pesakit itu tiba di klinik selepas mengalami pendarahan serius pada bahagian kemaluannya.
Ads
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat koyakan besar sebelum remaja itu mengaku baru sahaja bersalin sendirian di rumah.
“Dia juga memaklumkan telah bertindak membuang bayi tersebut di belakang rumahnya,” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi yang dimaksudkan dan berjaya menemui bayi berkenaan. Namun begitu, bayi malang itu disahkan telah meninggal dunia.
Ads
Menurut Noor Hisam lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
“Dia anak saudara yang saya sayang, membesar dengan tangan saya jadi bila arwah pergi memang berat untuk saya terima.”
Demikian luahan penuh emosi Samad Saad, 48, bapa saudara kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, pendaki yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat, Muallim, Perak pada 16 Oktober lalu.
Kisah Samad Saad menarik perhatian ramai selepas beliau berkongsi video di TikTok yang memaparkan barangan peribadi milik Mustaqqeem Mansoor yang telah dibersihkan dan dijemur di halaman rumah. Dalam video itu, kedengaran suara Samad yang tersekat-sekat menahan sebak, sementara tangannya kelihatan menggigil ketika memegang pinggan plastik dan sudu milik arwah.
Menurut laporan Harian Metro, Samad Saad berkata beliau amat rapat dengan Mustaqqeem Mansoor kerana pernah menjaganya sewaktu anak saudaranya itu masih bersekolah. Justeru, pemergian arwah memberi kesan mendalam buat dirinya.
“Hanya Allah SWT saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika membersihkan barangan arwah kelmarin. Waktu basuh, saya terbayang betapa terseksanya arwah sebelum dia meninggal dunia kerana baju hujannya ada kesan darah manakala tapak kasut serta tumitnya sudah rosak,” katanya.
Beliau menambah, melihat kesan tersebut membuatnya tertanya-tanya bagaimana Mustaqqeem Mansoor bertahan dalam keadaan hujan lebat dan kesejukan di puncak Gunung Liang Barat.
Menurut Samad Saad, kebanyakan barangan milik arwah telah diserahkan kepada adiknya, Muzammeer Mansor, 33, untuk disimpan sebagai kenangan. Namun, beliau menyimpan sepasang selipar Jepun milik arwah sebagai tanda ingatan.
“Saya hanya ambil selipar Jepun dia saja… saya ambil sebab nak ingat dia, nak pakai pergi masjid dan surau. Tak ada siapa boleh sentuh kerana ia cukup sentimental bagi saya,” katanya lagi dengan nada sebak.
Mengimbau detik terakhir bersama Mustaqqeem Mansoor, Samad Saad berkata mereka sempat berjumpa pada 4 Oktober lalu di majlis perkahwinan keluarga. Arwah kelihatan ceria ketika itu, namun siapa sangka ia merupakan pertemuan terakhir mereka.
“Saya tak pernah ambil gambarnya tapi hari berkenaan, saya ambil gambar arwah dengan isteri serta sepupunya dan minta dia hantar kepada ibunya. Nampak dia suka gambar itu cuma kami tak sempat bergambar bersama,” katanya.
Tambahnya lagi, setiap kali hujan turun, beliau berasa fobia kerana membayangkan bagaimana keadaan anak saudaranya ketika mendaki dalam kesejukan melampau di Gunung Liang Barat.
Pada 10 Oktober lalu, Mustaqqeem Mansoor bersama lapan rakan dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian ke Gunung Liang Barat melalui laluan Bukit Fraser, Bentong. Namun, mereka dilaporkan tidak pulang seperti dijadualkan, menyebabkan isteri mangsa, Nur Faratin Mohd Othman, 31, membuat laporan polis.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan JBPM, polis dan APM digerakkan, sebelum mayat Mustaqqeem Mansoor ditemui pada jam 3.30 petang di puncak gunung. Hasil siasatan mendapati punca kematian adalah akibat hipotermia (kesejukan melampau).
Samad Saad menutup perbualan dengan doa agar roh anak saudaranya dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. “Saya doakan arwah damai di sana… dia anak yang baik dan kami akan sentiasa kenang dia.”
Menerusi laman Instagram, pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish berkongsi beberapa keping gambar sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang kini genap berusia 16 tahun.
Dalam perkongsian tersebut, Nora memuat naik foto-foto kenangan bersama anaknya yang mesra dipanggil buah hati mommy, dengan kapsyen penuh kasih sayang dan doa yang menyentuh hati para pengikutnya.
Nora turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyaksikan anaknya membesar menjadi seorang remaja yang baik hati, penyayang, dan kuat menghadapi cabaran hidup.
“Alhamdulillah syukur. Happy 16th Birthday, Buah hati mommy! I can’t believe how quickly time has flown. Watching you grow into the kind, strong, and wonderful young man you are today has been one of my greatest joys in life,” tulis Nora dalam kapsyennya.
Gambar-gambar yang dikongsi memperlihatkan saat-saat manis Nora bersama anak lelakinya, termasuk foto sambutan sederhana tetapi penuh bermakna bersama keluarga.
Selain itu, Nora turut menitipkan pesan buat anaknya agar terus berpegang teguh kepada agama, mengutamakan solat, membaca Al-Quran, dan sentiasa berdoa.
“Jangan lupa solat, baca Al-Quran, berzikir, dan sentiasa berdoa. Allah SWT Maha Mendengar,” pesan Nora dengan penuh kasih sayang.
Ucapan tersebut jelas menunjukkan betapa besar harapan Nora terhadap anaknya yang kini sedang melangkah ke fasa remaja, di mana beliau mendoakan agar anaknya sentiasa diberkati dengan kejayaan dan kebahagiaan dalam setiap langkah perjalanan hidupnya.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah hubungan baik Nora dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) dan Nedim Nazri (Boss Nad), yang terus terjalin mesra walaupun sudah lama berpisah.
Perkongsian Nora itu telah menerima ribuan tanda suka dan meninjau komen daripada peminat yang turut menitipkan doa dan ucapan selamat hari jadi buat anaknya. Juga peminat kagum biarpun mereka sudah berpisah namun demi anak, mereka bersama meraikan. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tersentuh dengan doa dan nasihat Nora, yang menggambarkan kasih seorang ibu yang tidak pernah putus buat anak tersayang.