
Rempeyek, satu lagi menu kudap-kudapan yang cukup digemari ramai dan menjadi antara menu istimewa dihidang ketika menyambut lebaran.
Biar pun tahun ini tiada acara kunjung-berkunjung namun tidak salah kiranya kita tetap sediakan juadah rempeyek ini untuk dimakan bersama seisi keluarga.
Memandangkan kita semua masih menjalani PKPB, masa lebih banyak di rumah jadi bolehlah sediakan menu ini bersama-sama.
Lagi pun, bila buat sendiri lagi puas hati. Banyak mana hendak letak bilis dan kacang, terserah pada selera sendiri.
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi rempeyek untuk dicuba.
Puas hati buat sendiri. Letakla bilis 10 ekor ke.Kacang 10 biji.Favourite nya.
Ni kerja suami yang memang mahir bab merempeyek.

Wah!ye sy share resepi.Tapi ni sukatan orang rumah.Macamnila lebih kurang caranya

3 cawan tepung beras (sy guna cap Gajah)
1 cawan tepung ubi
2 sudu (B) tepung jagung
¹/² cawan Ketumbar (blend kering)
1 sudu (B)jintan manis (blend kering)
200g udang kering (blend kering)
2 biji telur
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Air agak²,bancuhan jangan pekat,jangan cair sangat.
Bancuh sahaja semua adunan di atas dan boleh start mengoreng.
Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
Selamat mencuba
sumber : Suhada Ghads via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beras Perang Atau Beras Putih? Dr. Ni Pilih Beras Putih & Ni Sebabnya!

Bila ditanya antara beras putih dan beras perang, ramai antara kita beranggapan beras perang adalah pilihan paling sihat.
Pun begitu perkongsian fakta daripada doktor ini tentang perbandingan dua jenis beras ini, nyata ada yang tidak menduganya.
BERAS PERANG ATAU BERAS PUTIH?
AWAS BERAS TERCEMAR ARSENIK KARSINOGENIK, IBU PENYAKIT KRONIK.
—————————————————————
Perkara yang saya rasa sedih ialah bila kita nak beri makanan yang terbaik untuk anak-anak kita, rupanya makan itu meracuni kesihatan anak kita.
Beras adalah contoh terbaik. Selagi mampu, saya akan sentiasa mengutamakan beras basmathi kashmir untuk keluarga saya kerana risiko rendah pencemaran arsenik dalamnya.
Ada juga yang perkecilkan arsenik ni sebab bahan biasa dalam persekitaran termasuk dalam air minum kita. Tapi bila Environment Protection Agency EPA limitkan arsenik dalam air kita daripada 50ppb kepada 10ppb pada tahun 2001, ini kerana keracunan arsenik sangat serius.
Mengapa arsenik ni merisaukan saya?
* Mengikut sumber British Nutrition Foundation
Arsenik berkumpul di dalam nasi sehingga 10 kali ganda banyaknya berbanding bijirin lain. Arsenik ini banyak berkumpul di dalam lapisan bran dan germ sesuatu beras.
* Pencemaran arsenik tak organik ini tinggi dalam makanan:
1) Susu beras
2) Bran beras
3) Kraker beras
4) Sirap (gula) beras perang
5) Cereal pagi berasaskan beras
6) Cereal beras bayi
* Beras perang mengekalkan selaput bran, sebab itu beras perang merupakan antara sumber bijirin tertinggi dijumpai mengandungi arsenik. Mengikut kajian, beras perang mengandungi lebih 80% arsenik tak organik berbanding beras putih. (Sun et al., 2008). Data FDA juga menunjukkan paras arsenik tidak organik ditemui setinggi 160pbb di dalam produk beras perang. FSA seterusnya meletakkan limit 100pbb sebagai “paras dijangka selamat”.
* WHO mengiktiraf arsenik ialah penyebab kanser (karsinogenik), penyakit kulit, dikaitkan dengan masalah sakit jantung, darah tinggi, strok dan diabetes. Menurut WHO lagi, pendedahan sewaktu kandungan dan awal usia anak-anak memberi impak negatif kepada perkembangan kognitif, kebijaksanaan dan memori serta mati usia muda.
* Sesiapa yang baca artikel saya mengenai bahaya plumbum dan banyaknya ibu mengandung tercemar plumbum tentu risau kan bahaya bahan toksik ni pada darah, tulang dan buah pinggang.
Arsenik ini jauh lebih bahaya kerana ia menyerang semua sistem di dalam badan.
* Kesan pada bayi adalah lebih serius terutamanya kerana kesan arsenik adalah lebih ketara kerana berat badan mereka yang kecil berbanding risiko pendedahan arsenik dalam pemakanan mereka. Arsenik dalam kajian juga menunjukkan:
-Gangguan konsentrasi.
– Masalah pembelajaran
– Pengurangan IQ dan kompetensi sosial.
* Keracunan mengejut arsenik jarang berlaku. Apa yang kita lebih risaukan ialah keracunan kronik yang tak kita sedari. Kanser paru-paru disebabkan rokok, kemungkinan besar disumbangkan oleh kandungan arsenik di dalam rokok. Arsenik juga dikenali sebagai penyebab kanser pundi kencing dan kanser kulit. Berita baiknya, terdapat kajian observation yang menunjukkan makan nasi tak menyebabkan kematian.
* Malaysia tak terkecuali daripada pencemaran arsenik dalam tanah dan airnya. Sebab apa ini berlaku? Lebih 60 tahun pencemaran arsenik ke dalam air oleh najis haiwan pemakanan dedak bersuplemen arsenik di seluruh dunia. KKM menggantung penggunaan suplemen ini hanya pada tahun 2011 kerana isu arsenik tak organik yang berisiko kesihatan di samping pencemaran air minuman dan pertanian. Selain itu, terdapat juga pestisid yang mengandungi kandungan arsenik bahaya ini.
* Kajian UPM oleh Ong GH et al (2013) mengkaji pencemaran sampel tanah dan pengambilan toksik arsenik oleh daun pegaga.
Hasil kajian:
– 12 sampel tanah daripada seluruh semenanjung didapati mengandungi arsenik melebihi paras selamat kecuali di Kelantan, P. Pauh, and Senawang.
– Apabila pegaga ditanam di kawasan tanah tercemar selama 3 minggu, paras arsenik didapati lebih 50% paras asal.
.
.
Saya dulu tak ambil pusing pun bahan toksin persekitaran ni. Tapi bila tengok ramai anak-anak ada masalah alahan dan alergi, masalah autoimuniti, kanser waktu usia muda..Saya jadi lebih waspada. Bila dapat tahu bab ni, rasa berdosa pulak kalau tak share.
Bab seterusnya saya akan berkongsi bagaimana untuk mengurangkan pendedahan terhadap racun arsenik. Bagi mereka yang pilih juga makan beras perang, tips dan kaedah insha Allah membantu mengurangkan kandungan arsenik dalamnya.
.
Mohon SHARE supaya ahli keluarga dan rakan-rakan kita lebih waspada bahaya toksin persekitaran zaman moden ini.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini bermanfaat kepada yang memerlukan.Nauzubillah semoga Allah melindungi kita dan anak-anak kita daripada bahaya bencana penyakit. Ameen.
Sumber : Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Punten, Nampak Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Sedap Makan Dengan Sambal Bilis

Resipi Punten, Nampak Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Sedap Makan Dengan Sambal Bilis
Punten adalah satu menu yang menjadi hidangan istimewa masyarakat Jawa. Sajian ini selalunya menjadi pilihan untuk menu sarapan pagi mahupun minum petang. Biasanya punten dihidangkan bersama sambal bilis.
Cara penyediaannya macam nasi lemak sebab ada santan tapi teksturnya macam nasi impit sebab lembut. Yang membezakannya ialah punten dilenyek dan dijadikan berbentuk.
Jom kita cuba resipi punten seperti yang dikongsikan oleh Shanaszy Aisy ini.
RESIPI PUNTEN DAN SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN:
1:3 sukatan beras dan santannya.
2 pot beras
6 pot santannya. Guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
CARA MEMBUAT:
1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2. Lepas itu bila sudah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3. Ambil botol, sarung dengan plastik supaya mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh. Guna botol sos tomato pun boleh. Boleh juga guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional bukan?

4. Sudah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Nak bentuk lebih cantik, guna acuan kuih pun boleh.


5. Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang. Selepas itu tuang sahaja dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Apabila sudah sejuk barulah potong. Rupanya cantik bila dipotong ikut persegi!
Pasangan menu Punten ini tentulah sambal bilis.
RESIPI SAMBAL BILIS:
BAHAN-BAHAN:
Sengenggam cili api
7-8 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih/
2 genggam ikan bilis. Segenggam dikisar. Selebihnya nanti tabur dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika suka /
Garam dan gula secukup rasa
1-2 asam keping/
Masak semua bahan di atas. Bila sudah masak, sambal bilis bolehlah digandingkan dengan punten tadi.
Sumber: Shanaszy Aisy via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanam Sayur Di Rumah Cara Hidroponik Guna Botol Air Mineral. Sayur Pun Segar & Gemuk-Gemuk!

Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.
Tak perlu nak pening buat batas , gembur tanah dan sebagainya. Tiru cara yang dikongsikan oleh saudara Hafizuddin Wahab ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam sayur di rumah. Paling mudah sekali adalah anda hanya perlukan botol air mineral sahaja!
Di sini sy share cara sy buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.
Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik.
Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang & siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali atau 2 kali seminggu.
Semoga bermanfaat sama² kita bercucuk tanam di rumah yaaa. Makan sayur yg sihat dari rumah
Caranya:
1. Botol mineral 1.5 liter belah kepada 2 bahagian.Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di atas untuk akarnya keluar.
2. Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut.
3. Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Saya guna kain flanel sebagai sumbu.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dgn penutup botol seperti gambar di atas.
5. Dah siap
6. Tengok banyak akarnya keluar.


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

