Pagi raya kalau tiada menu rendang memang terasa seperti tidak sempurna juadah yang terhidang. Ini kerana sejak dahulu lagi, sudah menjadi menu wajib ada di atas meja untuk dinikmati bersama seisi keluarga di pagi Syawal.
Meneruskan kelaziman, walau raya tahun ini kita tidak dapat berhimpun bersama-sama di rumah ayah bonda di kampung, pun begitu suasana raya perlu juga ‘dihidupkan’. Kasihan pula kita lihat anak-anak andai tidak dapat merasa rendang, ketupat dan lemang di pagi raya.
Jadi jika sebelum ini ada yang tidak biasa menyediakan menu rendang yang enak, apa kata anda cuba dahulu resipi ini untuk dijadikan menu pilihan di pagi raya. Menyediakannya juga cukup mudah, dan menurut Zalina Yahaya resipi yang dikongsikan ini adalah resipi rendang ayam original dari Negeri Sembilan yang dikongsikan oleh arwah ibu mertuanya.
Ini resipinya dan selamat mencuba.
Seperti biasa, saya suka masak guna bahan-bahan yang senang dan cara yang mudah.
Resepi rendang ayam nogori ni sangat lah senang dan insyallah sedap. Sangat sesuai untuk adik2 manis yang baru2 up nak belajar buat rendang di Hari Raya ni. Buat pagi raya pun sempat siap sebab mudah sangat.
Tanpa bawang/rempah ratus/cili kering mesin/kerisik atau tumis menumis. Simple proses. Dapur pun bersih.
Bahan yang digunakan hanyalah cili api, kunyit hidup, serai, lengkuas dan santan. Itu saja.
Anda boleh gunakan sama ada Ayam Kampung atau ayam pencen. Ayam biasa ok, tetapi tak best. Daging hancur. Ayam kampung best sebab liat-liat. Saya suka sebab bila gigit/kunyah2 tu terasa kuah rendang melekat di daging sebab kita masak lama. Mesra orang Kedah kata.
Ni resepi ori arwah MIL yg berasal dari Kampung Tongah, Pilah. Saya follow saja.
Kacang panjang tu husband yang buat special request sebab dia kata arwah selalu boh kacang panjang.
Komen BFF: sama mcm arwah buat.
Alhamdulillah…kombang dek pujian ni.
Selamat menchuba. Semoga menjadi.
Bahan-bahannya:
Ads
Cabai melaka atau cili api tu anggaran segenggam setengah. Ikut pedas yang anda tahan. Kunyit hidup anggaran dua ibu jari. Serai nak lebih pun tak pa. Kacang panjang nak letak pun ok, tak nak letak pun ok. Selain kacang panjang, orang nimslan juga selalu letak daun maman. pegaga atau daun puding.
Cara Memasaknya :
Masukkan semua bahan ke dalam belanga kecuali santan dan kacang panjang.
2. Masukkan air 1/2 cawan dan masak sehingga air kering untuk lakukan ‘proses mengecut’.
Ads
3. Dimasak anggaran 1/2 jam sehingga jadi seperti ini.
4. Kemudian masukkan semua santan.
Ads
5. Masukkan asam keping
6. Pastikan api perlahan dan masak hingga ayam lembut atau anggaran 1 jam. Bila ayam sudah lembut barulah masukkan kacang panjang dan masak sehingga kacang panjang lembut sebelum siap untuk dihidang.
Kotoran pada cawan yang digunakan untuk minuam kopi atau teh adakalanya akan melekat dan sukar untuk dihilangkan. Usah terus buang bekas tersebut kerana ada cara mudah menghilangkan kesan kotoran degil tersebut. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah di dapati. Mudah dan menjimatkan lagi-lagi di zaman kegawatan ekonomi ini kan. Jom semak caranya:
Bahan Untuk Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh
1 Sudu Baking soda
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
Cara-cara bersihkan kotoran degil pada cawan:
1. Masukkan baking soda yang telah anda sukat ke dalam bekas cawan yang kotor itu.
2. Tuangkan 2 sudu berisi cuka ke dalam bekas cawan tersebut.
3. Kemudian, ambil dan isi pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.
4. Tambahkan air panas ke dalam bekas cawan itu.
5. Kacaukan ia sehingga menjadi sebati. Biarkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 10 minit.
6. Basuh dan cucikan cawan atau mug tersebut seperti biasa dengan span cucian mangkuk anda.
Tips tambahan: Bagi kotoran cawan/mug yang agak degil , anda boleh rendamkan cawan/mug tersebut seharian/semalaman bersama-sama dengan cuka dan baking soda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merancang untuk mengenakan kemasan lantai vinyl untuk ruang tamu, bilik tidur atau ruang dapur, diakui ramai selesa menggunakan vinly ini.
Selain memberi keselasaan pada kaki yang memijak, bahkan menjadikan ruangan nampak bergaya dan kemas.
Jadi sebelum itu, apa kata baca dahulu perkongsian dari Liyana Elly tentang pemilihan dan pemasangan lantai vinyl di rumahnya.
Tujuan post ni saya just nak share je vinyl floor budget saya yg lahirnya bukan dari golongan bangsawan mahupun kebanyakan gichuwww..
Sebenarnya sblm ni saya dah pernah share saya wat di dapur.
Alhamdulillah dh 3 thn masih bertahan walaupun just beli kat kedai ECO jek.
Kali ni saya cuba utk buat di ruang tamu cinonet saya.Sbb rumah hanya rumah murah PPR je jd kos nya pun hanya budget2 saja dong
Saya berpuas ati pakai vinyl berbanding tikar getah sbb nampak kemas dan x serabut.
Di bawah saya ada share kedai yg patut korang kunjungi sdiri.Valoobuy ni sblm ni pemes di shopee.Kedai di sblm ni ada sri rampai tapi skang dah makin besar dan berpindah di setapak. Jadi mmg best utk dtg dan tgk sdiri.
Masuk kedai ni maciam2 ada.Utk vinyl floor pun ada bbrapa jenis.
Utk ketebalan 1.8m sekotak RM 105 (36pcs) kira2 utk 54sqf. staff situ cakap ni sesuai utk letak di dapur.
Utk ketebalan 2.0 mm RM 116 (36pcs) and sesuai letak di ruang tamu sbb kata nya bila pijak x keras mcm tebal 1.8mm
Untuk yg x brapa nak budget blh je beli sekotak pasang tunggu gaji lg beli lg sekotak. x salah kan. Kemampuan masing2.
Ni Sume jenis self adhesive dan mudah di pasang.sorg wat pun dah ckup.cuma beza nye perlu penelitian sikit sbb rumah saya pun saya perasan jenis senget jugak
Ekstra tip :
Sblm letak vinyl ni kena make sure lantai bersih. Lps cabut tikar getah saya sapu sumua dulu.Pastu saya vacuum plak. Pastu saya mop lantal tanpa sabun. Untuk celah2 n sudut2 tu saya lap pakai kain Then Ips tu baru saya pasang vinyl
Perginya tak kembali, gelak tawa dan senda guraunya hanya tinggal kenangan. Bukan mudah menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Apa lagi ditinggalkan buat selama-selamanya. Yang tinggal hanya secebis kenangan yang takkan mungkin dapat berulang kembali.
Melihat wajah kecil yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu, bertambah rasa hiba dalam diri seorang bapa. Namun Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat umatNya.
Luahan hati Khairul Abdullahbapa kepada 3 cahaya mata selepas setahun pemergian arwah isterinya cukup memilukan hati. Semoga superdaddy yang berjiwa cekal ini, tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang.
Mungkin rezeki aku, untuk menemani isteri sehingga ke hujung nyawa.
Ketika tetamu masih ramai beratur untuk berziarah, aku dipanggil masuk seketika ke bilik ICU. Aku mohon diberikan masa untuk aku bersama isteri.
Pada ketika itu juga masa seakan terhenti.
Aku pegang dan belai tangannya yang dirasakan semakin kaku, sejuk dan kebiruan. Aku bisikkan syahadah di telinganya dan aku mohon semoga Allah permudahkan untuknya.
Aku bermonolog saat kami mula bertemu dan saat-saat kedukaan serta kebahagiaan kami. Aku bisikkan yang aku amat mencintainya.
Aku berjanji akan menjaga amanahnya dan anak-anak. Aku akan berikan yang terbaik seperti yang dimahukannya. Aku mohon maaf atas semua kesilapan yang aku lakukan selama hampir 20 tahun kami bersama, dari zaman bercinta hingga ke alam rumah tangga.
Aku juga maafkan dan halalkan segalanya. Aku berdoa agar kami diketemukan lagi.
Akhirnya aku ucapkan selamat tinggal.
“I sayang you sangat-sangat. Anak-anak sangat rindukan you, I juga sangat rindukan you.”
“Tapi I reda dan pasrah. I kena lepaskan you pergi.”
Suasana senyap dan kaku. Dada aku bagaikan ingin meletup.
Alarm monitor berbunyi tiba-tiba dan di skrin, garisan rata (flatline) muncul dengan bunyi beep yang panjang. Seperti sahaja adegan dalam sebuah drama TV atau filem.
Dia telah pun pergi menghadap Tuhannya.
Aku hilang.
Tenggelam dalam nostalgia serta bayangan 3 anak kecil yang sedang menunggu ibunya.
Seorang isteri dan ibu kepada 3 anak kecil, Marleena Abdul Manaff telah meninggal dunia pada 1 Ogos 2018 jam 11.58 pagi di Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ.
Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya.
Genap setahun pemergiannya hari ini.
Hanya doa dari seorang suami dan 3 jiwa kecil yang sering merindui menjadi hadiah setiap hari.
Al-Fatihah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di