Belum ada idea menu bekalan untuk anak ke sekolah? Mungkin ibu-ibu boleh mencuba resepi ayam ala-ala KFC. Cara membuatnya mudah dan mengunakan bahan yang murah dengan tambahan tepung khas. Kerangupan ayam goreng ini tentu membuat anak teruja untuk menjamah bekalan ke sekolah. Ikuti cara yang disediakan oleh Puan Yatie Tie.
Bahan bancuhan:
Tepung jagung.
Tpung beras..
Telor..
Baking pawder
Garam sedikit
Air.
Ads
Cara membuatnya:
Bncuh bahan ni mcm bncuh tpong greng pisang.
Tos ayam. Masuk kan dalam bancuhan.
Ambik bekas masuk kan tepung bistari..Beli yang pedas sedap sedikit.
Ambik ayam yang dicelop dalam tepung tu.. Masuk kan dalam bekas dan gaul dalam tepung bistari.
Panaskan minyk dan goreng.
Siap untuk dihidang bersama keluarga.
Ads
Ads
Selamat mencuba!
Sumber: FB Yatie Tievia Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kebiasaannya sayur-sayuran hijau seperti daun sup antara yang mudah busuk dan tidak bertahan lama walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk memanjangkan usia daun sup yang kita beli dari terus segar. Petua yang dikongsikan Marziah Zakaria ini sedikit unik tapi patut kita cuba.
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Potong daun ikut suka nak kasar atau halus.
2. Letakkan dalam bekas yang ada. Bekas ni saya beli di GIANT dulu. RM 4.99 untuk 2 bekas.
3. Tuang air. Lagi bagus tuang air sejuk. Saya akan tuang air sejuk dalam jag dulu kemudian campurkan setitik lemon untuk bagi segar daun-daun tu.
4. Simpan dalam freezer. Bila beku boleh keluarkan dan simpan dalam bekas lain atau ziplock. Bekas tu saya boleh guna untuk bekukan ais/ puri anak pula.
Menarik kan? Mudah pulak tu. Jom cuba.
Sumber: Marziah Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengambilan oat untuk diet adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Malah sering juga dijadikan menu sarapan yang cukup berkhasiat dan menyelerakan untuk seisi keluarga.
Memberi variasi pada menu oat yang dihidang, apa kata hari ini anda sediakan menu bubur rolled oat organik telur asin yang dikongsikan oleh Atikah Rahman. Nampak begitu menyelerakan dan bolehlah dicuba.
BUBUR ROLLED OAT ORGANIK TELUR ASIN
DINNER/LUNCH/BREAKFAST semua sesuai
Kalori – 198 kcal
Bahan-bahan:
Rolled oat 3 sudu
Air 2 cawan(500ML)
Garam bukit secubit dua atau 1/2 kiub pati ayam
Serbuk lada hitam secubit
BACA JUGA ARTIKEL NI
Cara masak
1.Tumis 1 ulas bawang putih kecil (diketuk) dan akar ketumbar yang dicuci bersih
3.Biarkan oat mendidih dalam 10-15minit(api slow)
4.Tambah 1/2 kiub pati ayam+black pepper tumbuk
TELUR REBUS 1 biji
Nak rebus telur ni biar mendidih air dulu baru la masukkan telur dalam air yang dididihkan(api slow) 7 minit
Bila sebut pasal hendak tanam pokok buah-buahan, perkara pertama kita fikirkan adalah kawasan hendak menanam. Sedangkan tanah laman di tepi rumah kita tidaklah sebesar mana. Jadi kita merasakan agak sukar untuk menanam pokok buah-buahan.
Namun ini ada cara menarik dan mengujakan, dimana perkongsian Ayoberkebun menunjukkan pokok betik boleh di tanam di dalam pasu dan mampu menghasilkan buah yang lebat.
Tak sabar nak tahu langkah-langkahnya, Jom semak satu persatu. Bila dah cuba dan tanaman berbuah lebat,dapatlah merasa hasil tanaman sendiri bersama keluarga.
1: Sediakan campuran tanah dalam polybag kecil isi dengan campuran tanah dan baja tahi ayam serta abu sekam, perbandingan seimbang atau 1:1:1. Taruh 1 atau 2 butir biji benih dalam setiap polybag, kemudianya siram dan tunggu hingga benih tumbuh, setelah itu asingkan 1 benih yang dianggap lebih besar… jadikan 1 polybag 1 tanaman. Siram sehari sekali dan bajakan dengan baja tahi kambing seminggu sekali.
2 : Setelah bertunas dengan anggaran ukuran 30cm tingginya, siapkan pasu dengan diameter 40cm, gunakan tanah yang berisi abu sekam (arang yang sudah dibakar, biasanya banyak dijual di kedai pertanian).
3 : Setelah anak pokok dipindah dari polybag ke pasu, letakkan di tempat teduh (tidak terkena cahaya matahari langsung) dan siram 2-3 kali sehari karana sifat abu sekam yang poros dan mudah kering.
4 : Setelah dirasa anak pokok tumbuh cukup baik, boleh dipindahkan ke tempat yang terkena cahaya matahari, penyiraman tetap rutin 2-3 kali sehari.
5 : Dengan media full abu sekam, biasanya pertumbuhan akar akan cepat menyebar ke seluruh pasu hingga tanaman tidak mudah tumbang.
6 : Pembajaan menggunakan NPK mutiara biru baja tahi kambing proses) campurkan dengan air 1 liter hingga 1,5 liter tiap kali siram dengan sukatan sesudu makan baja.
7 : Bila tanaman mula berbunga hingga berbuah, gunakan baja tahi kambing dengan kandungan yang lebih tinggi.
8 : Menggalakkan pertumbuhan tanaman boleh juga dibuat seperti ini dengan meletakkan air baja tersebut di dalam bekas berlubang kecil dan diletakkan di dalam pasu. Cara ini boleh juga digunakan untuk tanaman-tanaman lain… selamat mencoba…
Sumber : AyoBerkebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.