Makan

Resepi Biskut Nestum Coklat, Guna Acuan Reben, Terujanya Nak Makan!

Share

Syawal yang bakal tiba ini tak meriah tanpa deretan biskut dan kuih raya di meja hidangan. Apa kata kali ini kita cuba biskut nestum coklat mudah.

Tak perlu bahan yang banyak, hanya gunakan dua bahan sahaja untuk menghasilkan biskut yang satu ini.

Paling menarik dan nampak cukup teruja pastinya acuan yang digunakan. Wajib cuba.

Senang betul buatnya. Sedap pulak tu. Anak-anak kemain suka. Rasanya raya nanti biskut ni yang paling cepat abis.

Bahan-bahan:

2 cawan nestum
2 cawan coklat


Cara-caranya:

1. Cairkan coklat dan campurkan dengan 2 cawan nestum.

2. Kacau sehingga sebati dan masukkan dalam acuan kiub.

3. Tekan-tekan sehingga padat dan simpan di dalam peti ais untuk coklat lebih keras.

4. Bila dah keras, keluarkan coklat daripada acuan.

Sedia untuk dimakan. Nak lagi comel, boleh beli acuan reben dan hias di atas coklat.

Jom cuba!

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kredit: Suraya Yaakob

IKLAN