Resepi Cupcake Coklat Tanpa Guna Telur, Sesuai Buat Yang Ada Alahan Kulit. Cara Membuatnya Pun Mudah & Cepat!

Share

Kepada penggemar kek cawan, boleh mencuba resepi mudah ini. Lebih menarik resepi ini tidak mengunakan telur sebagaimana kebiasaan membuat kek. Malah, kek ini sesuai untuk anak mengalami ekzema yang alah kepada telur. Ikuti resepi mudah dan cepat ini yang dikongsi oleh Puan Wan Farihan Sulaiman. 

Berikut cara membuatnya.

CUPCAKE MUDAH TANPA TELUR.

1 cwn tpg gandum
1/3 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
1/2 gula halus
1sk baking powder
1sk soda bikabonat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn air panas mendidih

Cara membuatnya:

Gaul semua sebati, masukkan dlm papercup. Bakar 160’c / 20minit.. Boleh kukus / bakar dlm oven / air fryer.

Masa penyediaan 5minit. Masak kuih 20minit.

Dah siap! Selamat mencuba!

Sumber: Wan Farihan Sulaiman‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN