Resepi Homemade Nugget Ayam Stick Lebih Sihat, Sedap & Menjimatkan. Anak Pasti Suka Ni!

Share

Nugget antara makanan yang menjadi pilihan dan kegemaran anak-naka. Baik waktu pagi ketika sarapan atau minum petang.

Jika ibu-ibu biasa membeli nugget di luar dan hanya goreng di rumah, apa kata kali ini cuba buat sendiri. Lebih terjamin kebersihannya selain menjimatkan. Paling penting air tangan ibu pasti lebih disukai anak-anak kan.

Okey, jom kita cuba resepi chicken nugget stick

yang diolah oleh Puan Nurul Natasya Abidin ini. Nampak sedap sangat kan? Anda juga boleh jadikan ia menu untuk Memang parti kanak-kanak.
Bahan-bahan
  • Ayam bahagian dada – blend
  • Daun sup – cincang halus
  • Carrot – cincang halus
  • Tepung ubi – 2 sudu
  • Tepung gandum – 5 sudu
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah

Cara membuat:

1. REBUS / KUKUS

Mula-mula, rebuskan atau kukus semua bahan.

Kalau nak senang melekat pada batang aiskrim / chopstick / lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk.

2. BEKUKAN

Seterusnya bila dah elok dibentuk, bolehlah bekukan dalam freezer.

Tujuan kita bekukan ni supaya testurnya lebih cantik, tak berderai dan kurang serap minyak bila digoreng.

3. GORENG

Bila dah agak beku dalam freezer, bolehlah goreng dengan minyak panas macam kita goreng nugget biasa.

Masa nak goreng, gaul dengan telur dan salut dengan tepung untuk bagi rangup.

Saya gunakan 5 sudu tepung gandum + 3 sudu tepung jagung.

 

Bila dah goreng, macam nilah hasilnya.

Menarik kan? Budak-budak mesti suka sebab senang pegang.

Macam bebola yang biasa orang jual di gerai-gerai makan. Tapi, kalau buat sendiri ni tentulah lebih sihat dan diyakini kebersihannya. Jimat pun jimat.

Yang penting, lagi sedap sebab guna bahan segar. Insha Allah anak-anak suka.

Jadi, apa tunggu lagi. Bahan semua senang je nak dapat.

Selamat mencuba!

Sumber: Siraplimau

 

IKLAN