Resepi Ikan Rebus Goreng Masakan Popular Kelantan Paling Mudah. Makan Panas-Panas Memang Terlajak Sedap!

Share

Ikan biasanya kita akan masakan singgang, goreng atau buat asam pedas serta masak kari. Bagi orang pantai timur pula ada yang suka hidangan ikan rebus yang dibuat goreng.

Biasanya cara ini menggunakan ikan selayang atau ikan sardin. Memang sedap di makan ketika masih panas dengan nasi yang baru di masak. Makan dengan budu dan timu sebagai penyedap memang terangkat.

Ikuti perkongsian resipi ringkas ini.

Orang lama-lama ni bab rebus ikan memang terer. Maklum la dulu mana ada peti ais. Ikan kalau nak tahan lama mereka akan rebus ataupun jeruk macam pekasam.
Tengahari ini cheyah nak kongsikan #tips bagaimana nak rebus ikan paling terangkat. Wajib tau ada empat bahan ini. Memang terangkat sungguh makan begitu saja pun sodapp aiiihhhh!

Bahan-bahannya 

-Kenalah ada ikan. Cheyah suka guna ikan selayang 1kg


-Asam keping (6-7 keping)
-Garam kasar kalau ada (1 sudu besar), tapi cheyah takde guna garam halus je
-Gula (1 sudu besar)
-Cuka makan (2 sudu makan)
-Air secukupnya. Jangan banyak sangat sekadar tenggelam ikan gitu.

Cara penyediaanya
Cara prosesnya memang mudah je. Alahai campurkan semua letak atas dapur terus masak. Tunggu ia mendidih la dulu. Boleh dimakan begitu saja ataupun goreng.

Letak campak semua. Letak cuka
Dah siap direbus
Ambik kuah makan macam ni pun perghhh picit cili
Digoreng garing macam ni perghhh makan dengan budu

Senangkan! Selamat mencuba

Sumber: Bahiah Saripuddin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN