Ikan biasanya kita akan masakan singgang, goreng atau buat asam pedas serta masak kari. Bagi orang pantai timur pula ada yang suka hidangan ikan rebus yang dibuat goreng.
Biasanya cara ini menggunakan ikan selayang atau ikan sardin. Memang sedap di makan ketika masih panas dengan nasi yang baru di masak. Makan dengan budu dan timu sebagai penyedap memang terangkat.
Ikuti perkongsian resipi ringkas ini.
Orang lama-lama ni bab rebus ikan memang terer. Maklum la dulu mana ada peti ais. Ikan kalau nak tahan lama mereka akan rebus ataupun jeruk macam pekasam. Tengahari ini cheyah nak kongsikan #tips bagaimana nak rebus ikan paling terangkat. Wajib tau ada empat bahan ini. Memang terangkat sungguh makan begitu saja pun sodapp aiiihhhh!
Ads
Bahan-bahannya
Ads
-Kenalah ada ikan. Cheyah suka guna ikan selayang 1kg -Asam keping (6-7 keping) -Garam kasar kalau ada (1 sudu besar), tapi cheyah takde guna garam halus je -Gula (1 sudu besar) -Cuka makan (2 sudu makan) -Air secukupnya. Jangan banyak sangat sekadar tenggelam ikan gitu.
Cara penyediaanya Cara prosesnya memang mudah je. Alahai campurkan semua letak atas dapur terus masak. Tunggu ia mendidih la dulu. Boleh dimakan begitu saja ataupun goreng.
Ads
Letak campak semua. Letak cukaDah siap direbusAmbik kuah makan macam ni pun perghhh picit ciliDigoreng garing macam ni perghhh makan dengan budu
Pernah tak cuba Sate Goreng? Jika belum pernah, memang korang kena cuba. Mudah, sedap dan membuka selera.
Sama enaknya seperti sate yang dibakar dengan arang cuma versi ini hanya perlu masak dalam kuali sahaja. Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama je kan.. Jom cuba!
Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa
Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.
2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.
5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.
6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.
8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.
Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.
Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.
Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.
Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?
Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.
BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Teringin hendak makan sesuatu yang manis? Jadi apa kita sediakan manisan orang dulu-dulu iaitu Wajik atau juga dikenali sebagai Pulut Kacau. Rasanya yang manis diperbuat daripada pulut jika dinikmati memang cukup menyelerakan.
Menyediakan pulut kacau ini pula tidaklah susah apatah lagi jika merujuk kepada langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini. Hasilnya Pulut Kacau dapat disediakan dengan sempura dan enak!
“Kukus pulut sahaja. Kukus sampai pulut betul-betul masak seperti kita nak makan. Maksudnya pulut mesti dimasak 100% bukan 1/2 masak atau 3/4 masak. Baru nanti pulut kacau akan jadi lembut dan sedap di kunyah,” Begitulah saranan yang dikongsikan oleh wanita ni di media sosial.
3.Masukkan santan ke dalam gula tadi dan masaklah hingga pekat dan bertali serta mendidih lama dan mengeluarkan buih yang banyak.
4. Setelah itu masukkan pulut dan kacau lagi sehingga adunan sebati dan berkilat kilat.
5.Selepas itu baru masukkan isi durian. Terus dikacau lagi sampai kuahnya kering sedikit. Akan nampak lembik tapi tidak mengapa sebab bila sejuk nanti dia akan mengeras tapi lembut.
6. Setelah itu masukkan ke dalam dulang atau loyang dan ratakan. Setelah sejuk bolehlah di potong dan di hidangkan. Makan panans panas lagi sedap.
PETUA KHAS jika pulut kacau anda keras atau terlebih rangup itu tandanya pulut tidak betul betul masak sempurna.
Sekiranya setelah pulut kacau anda telah masak, apabila mula memakannya, tapi tiba tiba anda rasa butiran pulutnya terlalu keras seperti nasi mentah atau seperti rangup semacam, gunakan cara ini untuk melembutkannya semula.
Caranya:
Masukkan pulut kacau anda tadi ke dalam bekas /dulang dan masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus semula selama sejam tanpa menambah apa apa bahan. Insyaallah Pulut anda akan jadi lembut dan sedap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di