Bagi penggemar masakan negeri Kelantan, boleh cuba resepi Laksam Kelantan. Antara makanan popular di Kelantan. Melalui perkongsian Puan Norbiana Bie yang menyediakan cara memasak makanan ini hanya menggunakan sukatan cawan. Jom semak perkongsiannya.
RESEPI LAKSAM KELANTAN SUKATAN CAWAN YANG SANGAT MUDAH!
Resepi laksam : 2 cawan tepung beras 1 cawan tpg gandum 1/2 cawan tepung jagung (utk laksam kekal cantik) 4 cawan air sejuk 2 cawan air suam sedikit garam
campur semua bahan2 diatas sehingga sebati.gaul ngan tangan bg sebati xberketoi.. Panas kan kukusan..Oles tudung periuk dgn minyak..pahtu letak dlm pengukus..tuang sesenduk..tunggu 5 minit nmpk melembung2..angkat.pastu cepat2 gulung..ambik pisau pemotong kek yg plastik Tu kan ampa kaih2…gulung..
?
Ads
kuah laksam
• 12 ekor ikan selayang dan 1/2 ekor ikan tongkol dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti • 14 biji bwang merah besar • sedikit je halia • 1 sb lada hitam kemudian ditumbuk halus • 1kg santan pekat • garam , gula • asam gelugur
Blender bawang..isi ikan..halia…angkat..masuk periuk.,pastu tulang blender pastu tapis..letak dlm periuk ..masuk santan ..letak daun kesom jika suka..lada hitam..masuk asam keping..gula..garam..didihkan
Ads
?
ulaman kacang panjang timun daun kesom jika Ada tauge kobis – semuanya dihiris halus..
?
Ads
sambal lada merah
sedikit belacan Cili merah besar cili api merah Cuka 3 sdb garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus
Berikut gambar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bercakap tentang makanan ketika bersahur, teringat pesan orang dulu-dulu. Katanya ketika bersahur elakkan makan ikan masin atau telur masin. Nanti boleh menjadi sebab tekak cepat terasa haus. Begitu juga jangan makan makanan yang pedas-pedas bimbang pedih perut dan pelbagai lagilah pantang larangnya.
Apa yang pasti, pemilihan makanan yang diambil ketika sahur sangat penting untuk memastikan perut tidak meragam dan diharapkan makanan yang dimakan itu akan dapat memberi tenaga untuk kita laksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Umumnya, selain ramai amalkan makan buah kurma ketika bersahur, kita juga boleh makan oat yang disifatkan sebagai makanan yang boleh menyebabkan perut terasa kenyang lebih lama berbanding nasi mahu pun mi.
Bahan utama: OAT (Rolled Oat) Kenapa oat?
– lebih kenyang berbanding nasi
– sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat badan dan kolestrol.
– mudah dan cepat
– sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang
Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.
Macam mana rupa rolled oat?
Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.
Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/perasa tambahan.
Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.
Bahan-bahan utama:
• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ berperisa
• Buah-buahan
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.
Bahan tambahan (optional);
• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko
Nota kaki:Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya.
Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.
RESIPI
Overnight oat kurma
– kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– gaul dengan rolled oat. Sejukkan.
Oat mango chia pudding
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– lapiskan dengan mangga, susu dan oat.
Banana Dragonfruit smoothie
– kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– tabur ketulan pisang dan kuaci labu
Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!
Air Teh Kundur, Rasa Sedap Beraroma Gula Melaka. Ni Cara Kalau Nak Buatnya!
Ingat tak Raya dulu-dulu mesti ada yang hidang air kotak untuk tetamu? Mudah, tak perlu bancuh serta ada pelbagai perisa dan salah satunya adalah Air Teh Kundur atau pun ada yang lebih mengenali minuman ini dengan nama Winter Melon. Rasanya sedap dan ada semacam bau gula melaka.
Malah bukan sebab rasanya sahaja orang suka minum air teh kundur ni, dikatakan buah kundur mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan bagus untuk menyejukkan badan.
Jadi elok juga kiranya bulan puasa ini kita sajikan air teh kundur untuk keluarga tapi bukan versi air minuman yang dijual dalam kotak, tapi kita buat sendiri. Itu lagi terbaik!
Nak tahu resipi boleh ikut apa yang dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainuddin dan menurutnya juga minuman ini sedap di munim panas atau dicampur ais untuk dimunum sejuk.
Air Teh Kundur
Bahan-bahan:
Buah kundur
Gula Melaka
Gula putih
Daun pandan
Air
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Cara Penyediaan:
2.Panaskan gula melaka dan gula. Masukkan juga daun pandan.
3.Masukkan buah kundur dan reneh biar lama sehingga lembut dengan api perlahan
Buat peminat cerita drama Korea tentu ada terdetik di hati seakan terasa teringin hendak mencuba rasa kimchi. Maklumlah jika kita lihat dalam drama, orang Korea kalau makan nasi bersama kimchi nampak begitu menyelerakan.
Jadi apa kata kita layankan selera dengan menyediakan sendiri hidangan tersebut. Memandangkan untuk membuat kimchi, bahan-bahan yang digunakan tidaklah sukar dan mudah sahaja proses penyediaannya. Syoknya juga kimchi ini boleh disimpan lama hingga 2 bulan!
Ini sebagaimana langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Abby Red Luna
Bahan Utama :
Kobis Cina – 3 biji (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
Lobak Putih – 3 batang
Lobak Merah – 3 batang
Cara penyediaan :
1.Potong Kobis kepada 4 bahagian dan kemudian cuci bersih-bersih di setiap helaian kobis. kemudian toskan airnya
2.Letak garam kasar di setiap helaian kobis.
3. Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Pastikan juga terbalikkan Kobis setiap 1 jam, ini nak bagi garam sekata.
4.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya
Manakala lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Bahan untuk di blend :
Bawang putih – 3 labu
Halia – Anggaran 1 sudu makan
Lada Merah Besar – 3 biji (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
Gula – 1/4 cawan
Blend semua di atas bersama air. Ketepikan.
Daun Bawang – 1 ikat dipotong anggaran 1 inci
Daun Kucai (optional) – 1 ikat dipotong anggaran 1 inci
Cara Penyediaan :
1.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar
2.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.
3.Masukkan sekali daun bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi
4. Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.
5.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata
6.Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.
7.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.
**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.