Resipi Asam Pedas Terlajak Sedap Versi Ayam. Kuah Pekat Secukup Rasa, Memang Kaw!

Share

Resepi ni mucukup mudah dan simple je. Main campak je bahan-bahan,  dah siap dah masak asam pedas ayam di rumah. Boleh cuba tengah hari nanti untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba!

Asam Pedas Ayam

Bahan


1 ekor ayam potong kecil
Bahan hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan kisar
1-2 biji bawang besar
3-5 ulas bawang putih
1 ruas jari halia
Tak letak belacan
3 biji buah keras

Cara membuat:

  • Tumis bawang sampai wangi, masukkan 2 btg serai diketuk
  • Masukkan bahan kisar 1 mangkuk.
    Tambah, 1 sdk halba,1 sdk serbuk ketumbar, 1 sdk serbuk jintan manis, 1 sdk serbuk jintan putih.
  • Masak selama setengah jam-klu air kering tambah sikit2. Tambah air secukupnya
  • Masukkan 1 sdk serbuk lada hitam dlm botol yg berbiji halus ya atau bole tumbok sendiri.
  • Masukakan air asam jawa-ikut suka masam macam mana.
  • Masukkan 2 keping asam gelugor.
  • Bila mendidih, masuk ayam, bunga kantan, daun kesom, daun limo purut.
  • Masukkan juga garam sedikit gula kalau suka. Tambah tomato kalau suka di akhir sekali.

kredit-ig @makcikratu

IKLAN