Resipi Ayam Ala KFC Versi Homemade Yang Jimat Tapi Sedap. Wanita Ni Kongsikan Caranya, Mudah Sangat!

Share

Zaman ekonomi tak stabil ni kalau boleh semua benda nak jimat kan? Nahh cara buat ayam KFC yang murah tak sampai RM10 untuk 10 ketul ayam tau. resipi ini cukup mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang 

simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang, boleh buat hidangan untuk tengah hari ini. Anak-anak pasti suka ni!

Bahan-bahan

2 sudu serbuk cili atau chilli flakes
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk secukup rasa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok
1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar)

 

Bahan tepung untuk goreng:

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garan
1 sudu kecil soda bikarbonat

cara membuat:

  1. Separuh ekor ayam

2. gaul rata bahan dan perap 30 minit

3. Sebelum goreng pecahkan 2 bijik telo ayam..gaul sebati

4.Gaul ayam kat tepung

5. Goreng deep fry.. sy guna periuk kecik..jimat minyak

6. toskan minyak dan hidang! mantopppp!

Sumber: Fafae Mimie

 

IKLAN