Resipi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa Terlajak Sedap. Wanita Ni Kongsikan Rahsia Perapannya!

Share

Apa agaknya menu yang ibu-ibu nak sajikan buat seisi keluarga kali ini. Kadang-kadang buntu juga kan idea nak berkarya di dapur.

Jom ibu-ibu, tunjukkan skill memasak dan menyajikan hidangan istimewa. Kali ini admin kongsikan resipi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa dari Adnilsam Apat. 

Jom kita cuba sama-sama nanti!

 

Air Asam Ayam Panggang Serai

Bahan-bahan:

1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar


Sedikit hirisan daun kesom
Sedikit hirisan daun bawang
1 ulas bawang kecil – hiris nipis
1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder) – resepinya ada diwall saya ye..
4 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
2 sudu besar thai chilli flakes
3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional

Cara-cara:
Satukan semua bahan2.. kacau sebati.. sesuaikan rasa.. siap utk dihidang bersama daging bakar..

?

Nak cari barang murah ada DI SINI 

 

_____________________________________________________________

Ayam Panggang Serai

1 ekor ayam – size sederhana jgn besar sangat
( iku suka nak panggang bulat @ nak kerat 4)

Bahan perap:

7 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus
1 sudu besar penuh serbuk (kasar) lada hitam
3 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil cajun
4 sudu besar minyak jagung
1/2 biji perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Aji- optional

Belian barangan murah di SINI

Cara-cara:

– satukan dan gaul sebati bahan2 perap.. kemudian lumurkan rata2 pada ayam..

– perap ayam paling kurang 4 jam atau perap semalaman dalam peti sejuk..

– setelah masa perapan cukup, bakar ayam pada suhu 200c selama 1 jam 20min atau sehingga ayam cukup masak.

Banyak tawaran menarik. Klik di sini.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN