Resipi Bawal 3 Rasa Yang Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsi Cara Masak Kuah Tanpa Guna Perencah Segera!

Share

Ini antara menu yang digemari sekeluarga. Tak kisah apa jua jenis ikan yang digunakan, tetapi rasanya yang lengkap ada masam, manis dan pedas buat sekeluarga berselera makan.

Hari ini admin kongsikan resipi Bawal 3 Rasa air tangan dari SuiSan Aliezsha

Menu hari ni “Bawal 3 Rasa” sy share resepi utk korg mencuba,nk mkn kedai mahal..kita biase² masak jela sendiri kos ikan bru rm15 jer sekor..part nenas tu seeloknya guna nenas fresh ye,aroma dia yg bt masakkn 3 rasa korg brtambah sedap

..

Resepi..
1. Ikan Bawal, (tak kisah ikan pape pon boleh) cuci gaul garam goreng sampai garing..dah masak ketepikan dalam bekas hidangan.

Untuk kuah:
1. Cili kering dikisar (sikit je dlm 2 sudu besar camtu)
2.Sos cili,Sos tomato,Sos tiram,Sos Ikan,Jus limau ( semua tiada sukatan agak² je)
3.Bawang putih ketuk²
4. Bawang besar@holand (potong dadu)
5.Nenas & tomato (di potong²)
6. Cili api (dipotong²)
7. Serai (dihiris)
8.Daun ketumbar (hiasan)

Cara masak:

  • Panaskan minyak,pastikan minyak tak terlalu banyak.
  • Masukkan bawang putih,cili kering & segala sos diatas.
  • Masukkan sedikit air, kemudian masukkan jus limau,pastikan gula garam.
  • Tambahkan sedikit serbuk perasa, last masukkan bawang besar,nenas,cili api & serai.

  • Kacau dalam beberape minit tutup api.
  • Kemudian masukkan kuah ke dalam ikan yang disediakan..hias dengan daun ketumbar.
  • Siap

selamat mencuba.

IKLAN