Resipi Bebola Ayam Cheese Yang Rangup Diluar Creamy Di Dalam. Guna Empat Bahan Jer, Cepat, Mudah & Sedap!

Share

Menu yang menarik pasti membuatkan anak-anak suka untuk menjamahnya. Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sarapan mahupun minum petang buat anak kecil, mungkin resipi ini sesuai disajikan. Bukan hanya anak, ahli keluarga lain pun pasti suka ni.

Jom admin kongsikan resipi air tangan dari puan Syafieqa Ieka


Cuma guna 4 bahan jer..
boleh hasilkan menu yang menarik untuk anak2 anda..

Anak2 pasti suka..

Resepi Bebola ayam cheese

Bahan-bahan

Mozzarella cheese secukupnya
Daging burger secukupnya
Breads crumps secukupnya
Telur 1 biji

Cara membuat:

1. Sediakan bahan yang diperlukan. Potong daging burger kepada 4 bahagian


2. Potong cheese. Masukkan cheese dalam daging burger


3. Bulatkan


4. Celup bebola dalam telur.


5. Kemudian celup dalam serbuk roti.

6. Goreng menggunakan minyak panas sehingga kekuningan.


7. Sedia untuk dinikmati bersama yang tersayang..

 

IKLAN