Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Kudapan Minum Petang Seisi Keluarga

Share

Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Kudapan Minum Petang Seisi Keluarga

Kalau anda sekeluarga suka makan bergedil, ini ada resipi versi baru yang hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn. Sedap dan senang sangat cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dijadikan menu bekalan anak ke sekolah  atau untuk anda sendiri ke pejabat.

Boleh buat lebih untuk difrozenkan. Bila-bila masa teringin nak makan boleh terus goreng je. Tak perlu risau bahan pengawet bagai sebab semua bahan kita tahu. Pendek kata kita mak-mak yang tentukan bahan yang kita nak adunkan.

Berikut dikongsikan resipi cara-cara membuat bebola kentang inti ayam.

BEBOLA KENTANG INTI AYAM

BAHAN-BAHAN:

3 biji kentang  | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.

LANGKAH 2: Campurkan  daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.

LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.

LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.

LANGKAH 5:  Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.

LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.

*Artikel ini diolah dari RASA

IKLAN