Buat peminat buah rambutan, tentunya bila tiba musim rambutan tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Berkilo-kilo rambutan dibeli untuk dapat menikmati keenakan rasanya. Lazimnya bagi memberi lebih keterujaan menikmati rambutan, biasanya kita akan buang kulit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Menikmati dengan cara begini, nyata lebih puas rasanya.
Pun begitu, tahukah anda ada satu lagi cara jika anda buat akan menjadikan buah rambutan yang dimakan lebih istimewa, mudah dan selamat.
Cuba bayangkan, buka sahaja peti sejuk tersedia buah rambutan yang manis dan segar untuk dimakan tanpa perlu lagi kita buang kulit bahkan bijinya juga telah dibuang, pun begitu bentuknya kekal elok seperti biasa.
Menarik bukan?
Untuk dapatkan hasil seperti itu, ada cara yang mudah untuk anda lakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada Amanda Tan atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial. Menurutnya, hanya dengan menggunakan sudu plastik dia mengeluarkan kesemua biji rambutan dan ianya mudah dilakukan.
Nak lebih kelas di sini dikongsikan demi langkahnya;
Langkah 1 :Ambil buah rambutan.
Langkah 2 : Buka dan asingkan kulit rambutan seperti biasa.
Langkah 3 : Ambil sudu plastik dan gunakan bahagian pemegang kemudian tusukkan pada buah rambutan. Kemudian lakukan proses mengasingkan biji dan buah rambutan dengan memusingkan sudu tersebut.
Langkah 4: Lakukan sampai habis dan siap.
Lebih Segar Tanpa Pengawet
Menurut Amanda lagi, “Musim rambutan berlambak .. tapi leceh kalau tergigit biji kan… ni hah Amoijamu ajar cara senang keluarkan biji rambutan pakai sudu plastik aje. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.
Kepada yang malas nak buat, sila abaikan perkongsian saya. Saya kongsikan supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.
“Yang paling penting, budak budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Itu aje sebab saya kongsikan . Biar lama asalkan selamat untuk budak budak. Yang tak ada anak tu tak rasa sangat kot,” ujar di ruangan kepsyen.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bila dah hari-hari masak, kadang buntu juga kan nak masak apa untuk hari seterusnya! Fikir punya fikir, at last repeat menu yang sama. Haaa yang mana nakkan kelainan sikit dari segi rasa tu, boleh cuba try menu Ayam Kari Masak Kicap dari Superdaddy ni!
Resipinya macam kita buat masak kicap biasa tu, tapi ada rempah kari sikit. Agak macam mana eh rasanya? Nak tahu, kena lah cuba!
Nah, Ayam Kari Masak Kicap yang padu hingga menjilat siku. Nak masak ni mesti ada serbuk kari ayam daging tu yer. Kalau takde tak umph.
Ayam Kari Masak Kicap
Bahan-bahan untuk projek ini:
5-6 ketul ayam letak garam kunyit dan goreng.
2 sudu besar, rempah kari daging Cap O
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia dihiris
1/4 cawan kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari, dilurut
1 biji tomato, belah 8 jika ada, takde takpe.
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris untuk hiasan.
Cara nak buat dia:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari sampai harum dan lepas tu masukkan rempah kari dan kacau rata. Make sure slowkan api yer, taknak serbuk kari rentung.
2. Kemudian masukkan sos tiram dengan dua sudu air dan kacau sekejap. Lepas tu barulah masukkan kicap dan kacau sekejap. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan belahan tomato jika ada. Siapppp.
Hidangkanlah dengan nasi putih yang panas berasap. Jauh perginya nanti tau.
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu, takkan dapat dipisahkan. Namun, setiap orang miliki pengertian tersendiri mengenai kecantikan. Demikian juga dengan gadis manis bersuara serak-serek basah ini.
Jika sebut sahaja nama Zizi Kirana, pasti akan terbayang seraut wajah jelita milik empunya didi, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Menurut pelantun lagu Eh? ini, kecantikan bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Tidak sangka, rupa-rupanya sejak tahun 2018, Zizi pernah mengakui ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
Kata penyanyi dari Sabah ini berkata dia kini banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan.
Menurut Zizi untuk menjaga kecantikan, dia jarang sekali pergi ke pusat kecantikan atau perkhidmatan Spa. Sebaliknya hanya membuat rawatan wajah melainkan apabila perlu sahaja.
Malah boleh dikatakan dalam setahun hanya pergi dua kali sahaja ke spa bagi mendapatkan rawatan. Manakala untuk menjaga kulit wajah pula menurutnya Zizi dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus.
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
Menurut Zizi lagi, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Bagi menjaga diet pula, menurut Zizi dia akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang tetapi mengambil nasi sekali sahaja. Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalosi dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Turut menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang kompleks dan rumit untuk dilakukan kerana memerlukan pemantauan pada setiap masa.
Jadi bagi yang mahu kelihatan cantik dan sihat, boleh cuba petua kesihatan dan kecantikan Zizi Kirana yang kini lebih selesa tampil berhijab.
Tok Ram rajin memasak buat keluarga menjadi antara sisi penyayang yang dikongsikan Alyah. Penyanyi itu turut meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan maestro muzik berkenaan.