
Baru beberapa hari kita menyambut ramadan, ada ibu-ibu yang sudah memikirkan juadah utama pagi raya seperti rendang dan ketupat. Walaupun dalam situasi menangani covid-19 ini dan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tak salah andai ibu-ibu nak buat biskut raya.
Apa kata sediakan biskut dua bahan ni. Paling menarik cara buatnya teramatlah mudah. Cuma gaulkan sahaja dan sudukan ke dalam acuan kertas. Serius, anak-anak pun boleh buat biskut mudah ni.
Resipi ini dikongsikan oleh saudara Muhammad Aizat menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Jom kita cuba.
Biskut Almond Nibs
Bahan-bahan:
Badam cincang
Coklat Masakan
Cara penyediaan:

1. Sangai (goreng tanpa minyak) badam hingga masak atau keperangan.
2. Biarkan badam sejuk.

3. Cairkan coklat masakan secara double boiler.

4. Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat.

5. Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup.

6. Masukkan dalam peti ais selama 2 hingga 3 minit dan simpan dalam bekas kedap udara.
Siap dah..
P/s:
Boleh juga tabur coklat rise yang warna warni tu kat atasnya, bagi nampak berseri lagi.
Kredit Resepi : Muhammad Aizat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tip Elak Ular & Tikus Masuk Rumah, Cuba Ramuan Mudah Ni. Campurkan Garam Bersama Tiga Bahan Ni!

Pernah dengar kan tentang kes ular masuk rumah baik di kampung mahupun di bandar. Seram sejuk pula bila terbayang kalau hal tersebut berlaku kepada kita.
Ada tip jika mahu elakkan ular masuk dalam rumah anda. Selain ular, kaedah ini juga dikatakan membantu menghalau tikus, cicak dengan hanya menggunakan empat bahan sahaja. Tip ini dikongsikan oleh Fara Ahmad menerusi laman facebooknya.

Tujuan asal buat ni untuk halau ular…
Tapi xsangka pulak bole plak menghalau tikus..
Cicak pun baru perasan jarang nampak batang hidung… 😁😁
So rekomen sgt la kat u olls yg nak menghalau menatang ni kat rumah..

Campuran..
– Garam Kasar
– Minyak Kasturi
– Kulit kayu manis (Ditumbuk)
– Cengkih (sikit..klau xd pun takpa)
Baunyaaa…. Perghhhhh 🥰🥰🥰
Then gaul bagi rata..
Bacala selawat sikit
Zikir sikit..
Niat..

Letakkan sikit kat semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana2 laluan haiwan2 ni…
Saya dah cuba sgt alhamdulillah..
So boleyla kalau nak terai..
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Didik Anak Lelaki Urus Rumah Tangga, Bukan Nak Ajar Jadi Pondan.” Bapa Ini Mahu Ubah Mentaliti Lapuk. Perkongsian Yang Cukup berinspirasi!

Sering kali kita mengaitkan urusan kerja rumah dengan kaum wanita. Tidak hairanlah jika kebanyakan ibu bapa hanya meminta anak perempuan yang melakukan kerja rumah dibandingkan anak lelaki.
Seharusnya anak lelaki tidak dibiarkan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Sedari kecil seharusnya dididik supaya besar kelak mereka tahu akan tanggung jawab di dalam rumah. Mungkin ada yang bagi masih menganggap ‘orang perempuan duduk di rumah, orang lelaki cari duit di luar’.
Tapi hakikatnya pandangan sedemikian sudah tidak lagi relevan dengan zaman sekarang. Lihat sajalah berapa ramai graduan di kalangan orang perempuan dan pekerjaan yang memerlukan kemahiran wanita di luar rumah.
Justeru, bukan sesuatu yang ‘pelik’ andai anak lelaki rajin dan ringan tulang di dapur misalnya kelak apabila sudah memegang status ketua keluarga, isterinya akan lebih bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang suka membantu.

Sekalipun anak perempuan melakukan kerja-kerja rumah dengan sukarela, anak lelaki juga tidak boleh ketinggalan dilatih untuk menjadikannya satu kebiasaan – bukan sekadar pada hari-hari yang penting atau istimewa.
Dengan kata lain, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua pun kenalah rajin kan? Nah, hadamkan perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana.

JANGAN AJAR ANAK LELAKI JADI PONDAN
” Kakak tolong mama masak, kejap lagi tolong jemur baju, lepastu kain yang dah kering, lipat susun dalam almari “
Rata rata keluarga dalam masyarakat memang akan menitik berat supaya anak perempuan tahu urus soal rumah tangga. Manakala yang lelaki diajar supaya jadi ” King “.
Maka keluarlah dialog :
” kau nak jadi ape? perempuan tak reti masak, tak tahu kemas rumah, besok besok dah besar nak kahwin ape pun kau tak tahu “. Bebel mak nya.

Itu ayat yang biasa mak mak zaman dulu keluar bila membebel perihal anak perempuan. Memang setiap kerja rumah atas bahu anak perempuan.
Anak lelaki kita lebih ditugaskan untuk bertukang, beli barang dan lain lain kerja luar. Itu yang bila dah besar, bini suruh pergi pasar pun tak kenal ikan, tak tahu rupa sayur. Suruh beli lengkuas bawak balik halia. Hahaha ? kau ingat lawak?
Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki, jangan letak dalam kepala anak lelaki tak perlu tahu cara urus rumah tangga.
Benda boleh ubah kita ubah. Cukup lah bila suruh kami golongan bapak zaman sekarang ni tak tahu buat.
Kita ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi pondan. Tak salah ajar ilmu memasak, mengemas dan mengurus rumah kat anak jantan kita. Nanti depa tahu buat, kita juga yang senang.

3 cara didik anak lelaki urus rumah tangga :
1. Kemas Rumah
Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya.
Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap ” king ” ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.
Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.
2. Pergi Pasar
Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu.
Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.

3. Masak
Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.
Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak.
Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.
Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah.

Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.
Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar dibawah anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.
– Ariff Ismail –
#family
#ayahanak1
#keluargabahagia
#doublefbrothers
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan Hirisan Tempe Yang Nipis Walau Tak Guna Penyagat. Wanita Ni Kongsi Tip Dari Peniaga, Memang Menjadi!

Menyediakan tempe goreng yang rangup sebenarnya perkara pertama yang kita perlu tahu adalah teknik bagaimana untuk mendapatkan hirisan tempe yang nipis. Jika hirisan tempe sempurna dan sekata pasti lebih mudah untuk kita menggoreng sehingga rangup.
Jadi bagaimana caraya untuk mendapatkan hirisan yang betul-betul nipis?
Selain menggunakan penyagat, alatan yang terbukti berfungsi adalah dengan menggunakan cutter. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh wanita ini. Jom semak info bermanfaat ini.
“Alhamdulillah akhirnya berjaya buat kerepek tempe yang nipis rangup krup krap…susah nak berenti makan alahaiii. Ni dapat tips dari peniaga kerepek tempe. Kalau tak ada alat pemotong tempe, guna cutter je.”-Eka Zahra



Hasilnya hirisan tempe akan lebih nipis dari guna pisau.
Langkah-langkah memasaknya
1. Celup hirisan tempe dalam campuran air, bawang putih yang ditumbuk halus, garam dan serbuk ketumbar.

2. Goreng dalam minyak panas, api sederhana hingga buih-buih minyak hilang. Angkat dan toskan.
Selain itu, posting terdahulu Eka turut berkongsi resipi Tempe Bali. Menurut Eka, menu ini menjadi antara lauk kegemaran yang wajib ada setiap minggu dalam keluarganya. Jadi apa kata kita cuba menu untuk mengetahui keenakan rasanya. Jom semak.
“Tempe Bali salah satu lauk kegemaran yang wajib ada setiap minggu sebab kita anak Jowo hehee”

Bahan-bahan:
200 grm tempe dipotong-potong kecil
100 grm udang buang kepala dan kulit kecuali bahagian ekor.
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu makan kicap manis
1 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
100 ml air
Garam dan gula atau penyedap rasa jika suka
Bahan-bahan tumbuk
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili merah
5 biji cili padi merah atau ikut kepedasan masing-masing
5 biji buah keras
1 inci halia
1 inci cekor (optional)
sedikit belacan bakar
Cara Membuat :
1. Rendam tempe yang sudah dipotong-potong dalam air garam selama 15 minit kemudian toskan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bahan tumbuk hingga masak kemudian masukkan udang dan gaul rata hingga berubah warna.
3. Masukkan air asam jawa dan bahan-bahan lain kecuali kicap manis dan tempe.
4. Masukkan air dan biarkan sambal masak hingga sedikit pekat. Tambahkan kicap manis, gaul rata dan biar sekejap. Tutup api.
5. Setelah sambal sejuk, gaulkan tempe supaya tempe kekal rangup.
sumber : Eka Zahra via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

