Resipi Biskut Florentina Guna Cornflakes Ganti Kekacang, Lagi Jimat. Mudah, Sedap & Rangup!

Share

Memang simple dan sedap. Rasa macam tak cukup sebalang, bagi anda yang alah pada kekacang boleh cuba resipi biskut Floretina ini.

Jom tengok resipi perkongsian puan Rohani Ronnie. Mudah, cepat tetapi sedap.

CARA BUAT BISKUT FLORENTINA GUNA CORNFLAKES. MUDAH, SEDAP & RANGUP!
Hari ni saya try buat biskut florentina dengan menggunakan cornflakes instead of kekacang.

Saya cuma tabur badam nips, lebihan bahan buat kuih raya.

So, memang tak nak membazir. Guna apa yang ada je.

 

Bahan-bahan

Tepung florentina 2 cawan
Cornflakes baby (saiz kecil) 4 cawan
Badam nips (boleh tabur ikut suka)

Cara-caranya

Gaul semua bahan masukkan dalam papercup.


Atau boleh ratakan atas dulang jika tak nak guna papercup.


Kemudian bakar 180 darjah Celcius selama lebih kurang 20 minit


Kalau guna papercup, tunggu sejuk baru keluarkan.
Kalau buat yang perlu potong, pastikan potong sebelum sejuk.

Siap!

Inilah hasilnya.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN