Resipi Biskut Makmur Simple Tapi Sedap. Hanya Guna Sukatan Cawan & Tak Perlu Oven, Tak Payah Bakar!

Share

Sebut sahaja resipi biskut raya, pasti ibu-ibu akan pilih yang mudah nak buat dengan bahan yang simple. Lagi-lagi bagi anda yang baru belajar nak buat hidangan raya kan.

Kali ini admin sajikan resipi Biskut Makmur yang sememangnya antara biskut hari raya yang menjadi kegemaran orang ramai. Istimewanya resipi yang dikongsikan oleh saudari Rona Eryza 

ini sangat mudah, simple tapi sedap. Jom cuba!

BISKUT MAKMUR ( TANPA OVEN )

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi ( kalau tak ada , boleh guna majerin )


1 cawan susu tepung ( saya pakai sus Fernleaf )

Cara-cara :
1. Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan . Kacau tepung sehingga kekuningan .


2. Seterusnya , cairkan minyak sapi dengan planta . Bila dah cair , biarkan sejuk .
3. Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung .


4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat .


5. Bila adunan siap dikepal , salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata .


6. Siap sedia untuk dinikmati .

 

IKLAN