Sambal bunga kantan dengan ikan bilis. Memang sedap. Makan dengan nasi yang masih panas memang bertambah, hilang diet.
Nak tahu resipinya, jom lihat cara membuatnya.
Resepi rujuk gambar.
Bahan-bahan:
2 kuntum bunga kantan (kalau dapat yang kembang mekar tu lagi ummph) – dihiris halus
1 genggam ikan bilis (saya suka ikan bilis halus) – digoreng garing
minyak untuk menggoreng
garam dan gula
Bahan-bahan kisar:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering ( direbus dahulu ) – kalau suka pedas, boleh letak lebih
Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2) menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau rata.
3) apabila cili dan bawang sudah pecah minyak, masukkan bunga kantan yang telah dihiris nipis (lihat gambar).
4) gaul rata
5) pada tahap ini, pastikan bahan-bahan selalu dikacau supaya tidak hangus. Kecilkan api.
6) tambahkan garam dan gula
7) beginilah rupa bunga kantan yang sudah digoreng setelah lebihkurang 10-15 minit.
8) setelah kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
9) masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing awal-awal tadi.
(Pastikan bunga kantan betul-betul sejuk untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis).
10) gaul rata.
11) sedia untuk dinikmati.
12) simpan dalam bekas kedap udara
Selamat mencuba!
Kredit: Noraini Maskam
Ikan Tak Akan Rasa Atau Bau Hanyir Bila Buat Cara Ni!
Bila bercakap soal petua di dapur memang banyak, dan salah satunya soal hendak hilangkan bau dan rasa hanyir ikan.
Di sini dirangkumkan beberapa petua tersebut untuk mudahkan anda.Jom semak untuk info bersama.
Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda petua orang dulu-dulu (nenek moyang kita) cara untuk hilangkan hanyir ikan sekaligus mengurangakan lendir.
Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan tidaklah rumit. Hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati di dapur-dapur.
5 antaranya adalah seperti dibawah :
1.GARAM
Setelah ikan siap disiang dibuang perut dan dibasuh. Ambil beberapa sudu garam dan gaulkan pada ikan. Teknik ini memang berkesan untuk mengurangkan bau, mematikan kuman dan menghilangkan lendir. Kelemahan pada teknik ini, kebiasannya rasa manis pada ikan akan berasa kurang.
2. ASAM JAWA
Salah satu cara hilangkan bau hanyir ikan adalah lumurkan asam jawa pada ikan yang telah siap dibersihkan. Boleh juga ditambah air dengan merendam ikan terbabit. Cara ini memang berkesan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan lendir.
3.SERBUK KARI
Teknik yang sama digunakan seperti cara melumur. Tetapi disebabkan serbuk kunyit adalah dalam bentuk serbuk, Bagi membuatkan serbuk kunyit kelihatan pekat dan melekat pada ikan. Sebaik-baiknya ikan tersebut ditapiskan dan gaulkan serbuk kunyit ke dalam ikan yang berada didalam tapis kerana tiada air yang terperangkap dan membuatkan serbuk kunyit menjadi cair.
4.LIMAU
Jika ada limau purut lagi bagus. Jika tak, gunakan limau nipis. Caranya potong limau. Kemudian gososkkan limau yang telah dipotong tadi ke atas semua badan ikan sehingga bahagian dalam ikan (bahagian perut yang telah kosong setelah dibuang). Gosok sehingga limau tinggal hampas.
5.CUKA MAKANAN
Selalunya teknik ini akan digunakan jika lendir pada ikan agak susah dihilangkan selepas dicuci berulangkali contohnya seperti ikan air tawar. Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan. Sental-sentalkan kemudian terus basuh. Jangan biarkan ikan terkena cuka begitu lama.
Selamat mencuba.
Sumber : Cor Nadi
Selain melakukan 5 cara di atas, jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan beberapa sudu perahan limau nipis supaya sup tidak hanyir. Malah lebih sedap lagi.
Manakala jika hanyir tersebut melekat di tangan ketika menyiang ikan, caranya mudah. Hanya lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan biarkan sekejap. Kemudian bilas seperti biasa. Confirm bau hanyir akan hilang.
Resipi Puding Kastard Susu Buah-Buahan. Wow, nampak menyelerakan!
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas!
Rupanya Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas!
Tidak dinafikan di Hari Raya ini tak henti-henti kita memasak untuk menyediakan menu istimewa bagi melayan selera adik beradik dan seisi keluarga yang berkumpul di kampung.
Apatah lagi bila sanak saudara berkunjung, tentu macam-macam hidangan akan disediakan. Antaranya mungkin ada yang merancang untuk sediakan hidangan nasi lemak yang istimewa. Maklumlah terasa lama juga kita semua tidak menjamah nasi lemak!
Jadi tahukah anda sebenarnya untuk memasak nasi lemak ada teknik untuk pastikan nasi dimasak sempurna malah ada juga cara untuk nasi dimasak dengan lebih cepat dan sekali gus boleh menjimatkan penggunaan gas. Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Rossita Omar.
“Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu. Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
“In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama,” ujarnya berkongsi tips dan cara di salah satu group masakan di FB.
Sukatan air
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi putih. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi putih santan tu tukar dengan air pula.
Tokma sukat guna cawan rice cooker.
2 cawan beras + 2 = 4 cawan santan
3 cawan beras + 2 = 5 cawan santan
4 cawan beras + 2 = 6 cawan santan
5 cawan beras + 2 = 7 cawan santan
Jika guna beras lebih dari 5 cawan kena tambah 3
contoh ..
6 cawan santan + 3 = 9 cawan santan
7 cawan beras + 3 = 10 cawan santan
Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.
Langkah 1: Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
Langkah 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.
Langkah 3: Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.
Langkah 4 : Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak boleh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Langkah 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.
Langkah 6 : Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.
Langkah 7 : Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…
Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.
Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club