Bulan puasa ni, pantang tengok air orang share kat sosial media mesti teringin nak cari! Itu baru tengok, belum lagi ke bazar. Kalau dah ada di bazar, nak membeli tu satu hal… Termenung dibuatnya! Bukan apa, pelbagai jenis airnya sampai buntu nak minum air apa untuk berbuka nanti.

Tak payah pening, tak payah pusing. Pergi je kedai beli bahan buat Laicikang ni. Mudah je rupanya cara nak buat. Sesuai pula tu kita puasa siang tu panas lit-lit, dengan dahaganya.. Bila dapat air ni, terus rasa sejuk je badan dan tekak. Tak percaya? Jom ikut cara yang diajar oleh superdad ni!

Tekak Hilang Haus, Badan Sejuk & Segar Dengan Homemade Laicikang! Sesuai Buat Untuk Berbuka Puasa

Resipi Air Laicikang

Baik kau save resipi ni. Tak lama dah nak puasa, boleh buat untuk berbuka nanti. Lagipun dah start panas sekarang ni, memang segar dan menyejukkan tau benda alah ni.

Jom kita tengok cara nak buat Laicikang.

Bahan-bahan untuk 4-5 orang:

1 helai daun pandan
1 sudu besar barli
10 biji kurma merah
1 genggam longan kering
1 keping gula melaka
2 sudu gula batu
2-3 sudu gula kundur
3 sudu lotus seed
1-2 ketul kembang semangkuk (white fungus)
1 sudu besar biji selasih
2-3 sudu kismis
1 genggam kacang shandong.

IKLAN

Cara-caranya :-

1. Rebus semua bahan kecuali kacang shandong dan kismis bersama daun pandan sehingga kembang. Tengok sampai barli kembang yer, dia tu lambat sikit. Kalau barli dah membesar dengan jayanya maka boleh tutup api.

2. Sejukkan dulu dan barulah masukkan kismis dan kacang shandong. Hidangkan di dalam mangkuk dan masukkan beberapa ketul ais.

Siapp.

IKLAN

Tekak Hilang Haus, Badan Sejuk & Segar Dengan Homemade Laicikang! Sesuai Buat Untuk Berbuka Puasa

Sumber : Khairul Abdullah

Ada ye anak-anak kat rumah tu puasa ‘yang yuk’? Haa meh dengar perkongsian dari PU Riz ni!

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

IKLAN

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI