Resipi Cekodok Jejari Kentang Bikin Laki Sayang. Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam, Simple Jer Tapi Sedap!

Share

Resipi yang cukup mudah dan ringkas, itu yang paling ibu-ibu suka buat kan. Jika ada kentang di rumah, buat je kudapan enak ini.

Cukup ringkas tapi sedap buat sajian seisi keluarga. Lagi seronok kalau ibu-ibu ajak anak buat sama-sama. Pasti lebih meriah dapur anda petang ni.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Eyda Rohaidah ini. Selamat mencuba!


Menu minum petang kami.
Cekodok jejari kentang bikin laki sayanggg . Crunchy diluar, lembut didalam Siapa yg takde idea bole la cuba. Guna bahan² simple kat rumah je
Asyik lapa je kan. Try la, Insyaallah dijamin sedap.
Bismillah.. Kami mkn dulu naa
Bole Share, Silakan..
#EydaMasak

Bahan-bahan & cara membuat: 
1)Bahan utama kentang cukup la 3 bijik
2) Bawang merah hiris halus + cili api bagi pedas cikit. (klu ada anak kecik tak payah buh cili api) Nk lagi sedap bubuh daun kucai/taugeh. Umah kami takde, jadi guna dua ni je.
3) Sagat kentang sampai jadi cmni..
4) Tepung gandum agak² je, jgn banyak pastu buh la kunyit sikit kami suka kuning².. perasakan ngn garam. (Bole gak nak pecah telo sebijik) ikut selera naa..
5) Gaul rata smpai jadi cmni.. Air jgn banyak sgt. agak² je..
6) siap da goreng dlm minyak panas.. Jaga Api jangan hangit.
7) Taraaa… Siap bole mkn. Rangup kat luar.. lembut kat dalam. Makan panas² uiiiii… Dapppp ooo…

IKLAN