Resipi daging dendeng sedap memang sesuai dijadikan stok lauk berbuka dan bersahur. Pasti ramai yang telah membuat persiapan menyambut bulan penuh keberkatan, Ramadan yang tinggal lagi dua hari akan menjelang.
Selain membuat persiapan spiritual untuk merebut ‘tawaran’ ganjaran pahala, golongan mak-mak tidak ketinggalan turut membuat persiapan juadah berbuka puasa dan bersahur kelak.
Membuat stok makanan tahan lama seperti sambal bilis kering, pes sambal, serunding daging atau daging dendeng antara yang banyak dilakukan oleh kaum ibu.
Bagi yang nak cuba buat sendiri masih sempat lagi memasaknya dengan menggunakan resipi dikongsi oleh Roslan Eusof dalam facebook MAHN. Nampak menyelerakan masakan daging dendengnya.
Resipi daging dendeng sedap
Assalamualaikum wbt,masa terluang hari ni saya nak kongsi resepi istimewa yang saya masak semalam 29/3/‘22,satu resepi yang sesuai juga untuk menyambut kedatangan Ramadhan 1443 – Daging Dendeng,sedap buat berbuka atau bersahur. Resepi yang saya olah:
BAHAN-BAHAN:
1.5 Kg Daging (saya guna bahagian peha), dicuci dan rebus bersama 1 Sudu Makan Serbuk Ketumbar hingga empuk, simpan air rebusan untuk kegunaan nanti. Setelah sejuk boleh hiris daging ikut ketebalan citarasa masing2. Seterusnya tumbuk daging,tumbuk manja bukan lumat
Gaul Daging Tumbuk bersama 2 Sudu Makan Serbuk Kunyit dan 5 Sudu Makan Kicap Lemak Manis Jalen.Restkan sekejap dalam 15 Minit dan goreng daging ikut kegaringan kesukaan masing2.
Bahan-Bahan Yang DiGoreng dan Kisar bersama 1/2 Cawan Minyak Masak:
6 Biji Bawang Merah,
15 Ulas Bawang Putih,
2@ Halia,
1” Lengkuas,7 Batang Serai(simpan bahagian yg hampir2 hijau tu dan dititik/ketuk untuk kegunaan nanti)
25 Biji Cili Kering Kerinting dan
5 Biji Cili Kering Gemuk,digunting buang biji dan rebus.Tos kering.
Kisar semua bahan dengan minyak sehingga halus.
Bahan-Bahan Lain:
1/2 Cawan Kicap Lemak Manis Jalen
3 Sudu Makan Kicap Pekat Jalen
Asam Jawa – bancuh dengan Air Rebusan untuk dapat jus pekat anggaran 1/2 Cawan
Serbuk Ketumbar – 2 Sudu Teh,
Serbuk Jintan Manis – 1 Sudu Teh,
Serbuk Jintan Putih – 1 Sudu Teh
Daun Limau Purut – anggaran 7 Helai dicarik-carik
Gula Pasir – 2 Sudu Makan
Bawang Goreng – segenggam
Garam jika perlu
Cara-Cara Memasak:
1.Panaskan 2 Sudu Makan Minyak Masak dan masukkan 7 Batang Serai yg dititik,goreng hinggan keperangan.Terus masukkan Bahan Kisar dan tumis sehingga pecah minyak.Kena kerap kacau.
2.Seterusnya masukkan Daun Limau Purut dan Serbuk Ketumbar,Jintan Manis dan Jintan Putih,gaul rata.Boleh tambah air rebusan sedikit2 jika terlalu kering.Masukkan Air Asam Jawa.Teruskan kacau2 biar sebati.
3.Masukkan Gula diikuti Kicap Lemak Manis Jalen.Gaul biar sebati,tambah sedikit air rebusan jika perlu.
4.Masukkan Daging Goreng,gaul dan pastikan setiap kepingan disaluti rencah/kuah.
5.Tambah Kicap pekat dan gaul rata semua bahan.Akhir sekali masukkan Bawang Goreng dan gaul rata semua bahan.Rasa sekali lagi masin masam masakan dan buat pembetulan jika perlu.Daging Dendeng siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja ayam Gochujang mesti teringat menu yang selalu ada dalam drama Korea. Ayam yang disalut dengan sos Gochujang pedas dan manis semestinya membangkitkan selera makan seisi keluarga.
Tapi resipi yang dikongsikan kali ini sedikit berbeza dengan menggunakan kubis bunga dan kertas beras sahaja bagi menggantikan ayam. Sesuai sangat untuk yang vegetarian.
Menurut perkongsian daripada pemilik profil Facebook, Zam Akmal Masak Dengan Perangai Korang, resipi ini sangat sedap kerana kulit kertas beras yang rangup dan tekstur kubis bunga yang sama seperti ayam.
“Cuba korang buat resipi ni pastu bagi anak-anak atau suami korang makan. Diorang mesti tak perasan pun yang tu kubis bunga”.
Ayam Gochujang Vegetarian
Cara Penyediaan:
– Celur bunga kobis yang telah dipotong kecil selama 1 minit di dalam air mendidih yang dicampur dengan bahan perasa seperti garam, rempah sup, pepper.
– Letakkan sedikit garam kat kubis bunga yang telah dicelur tadi.
– Celup kertas beras dalam air sekejap dan balutkan bersama kubis bunga tadi.
– Air fryer 12-15 minit (setiap 4min tu pusing-pusingkan). Sapu sedikit Minyak pada lapik air fryer supaya tak melekat.
Di dalam sebuah grup masakan, wanita ini berkongsi cerita si suami pandai menggoreng telur mata. Bakat yang ada pada suaminya itu membuatkan Dila Noordin mahu berkongsi dengan orang lain akan kaedah tersebut.
Dalam masa yang sama, dia berhasrat memiliki kaca mata baru. Melalui perkongsian tersebut, dia berharap mendapat like yang banyak bagi membolehkan keinginanya dipenuhi oleh suami.
Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam fb. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nk spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong sy dapatkan spek mata baru.
note: just for funnnn. ???
Update:
Tips telur gedik by hubby.
– Pilih telur yg kecik supaya bila masak putih tak melebar. – Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru boh dalam kuali. – Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali. – Minyak betul² panas sampai berasap²..dah berasap kecikkan api baru masuk telur. – Sira minyak atas kuning telur. – Masak sekejap sahaja xsmpai 1 min. – Selamat mencuba.
Hahahaha.. Tq likers. Just made my day. 3hari demam tak kebah. Pagi ni ada food delivery. Hubby buat semua. Sebab tu sy puji dia. Alhamdulillah. Senyum saya baca komen semua. ?
Siapa sangka, perkongsian gambar telur goreng atau digelar Telur ‘gedik’ oleh Dilla mendapat lebih dari 105k likes di facebook berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pecal Jawa, Rahsia Enaknya Terletak Pada Kuahnya. Ni Resipi Tak Menyesal Cuba!
Sekiranya anda sedang tercari-cari menu yang menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan antara seleksi hidangan dalam merai tetamu ketika majlis open house, hidangan pecal adalah antara yang boleh disenaraikan.
Ini antara menu tradisi ini pastinya membuatkan tetamu akan makan bertambah.
Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada kuah kacang, jika power kuahnya maka sedap lah pecal yang disediakan.
Nak cuba sediakannya?
Jadi apa kata anda ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang):
150 gm kacang tanah- sangai, buang kulit dan kisar separa halus (kasar dan halus)
10 tangkai cili kering- kerat, basuh dan toskan.
5 tangkai cili padi akar (resepi mat dan Abbot 10-15 tangkai… K.An tak tahan pedas melampau, 5 tangkai pun dah berasap…)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan -dibakar
2 inci isi cekur- (k,An tak letak sebab tak ada stok)
1 1/2 sudu besar udang kering- rendam 10 minit, toskan dan sangai
1/2 sudu teh pati asam jawa Adabi + dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula
1/2 cawan air
Bahan lain:
1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
1 ikat kangkung – celur
1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
timun -hiris panjang-panjang
jantung pisang, celur
pucuk ubi- celur
Ekstra tips: celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak. Sayur nampak cantik dan jantung pisang tak lebam
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.