Resipi Daging Goreng Kunyit ‘Style’ Mak Mertua. Simple Je Tapi Sedap. Makan Dengan Nasi Panas, Memang Terangkat!

Share

Pasti ibu-ibu ada makanan kegemaran yang dimasak sendiri oleh ibu mentua kan. Justeru kalau pulang ke kampung tu, pasti menghadarpakn hidangan tersebut ada dihidangkan dimeja makan. Tak perlu yang susah pun, Daging Goreng yang dimakan bersama nasi pun sudah memadau. Hidangan yang nampak simple ini sememangnya sangat digemari oleh sesiapa sahaja sampailah licin pinggan setiap kali makan.

Sebenarnya mudah je nak buat, jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Simple, sedap dan mudah!

Nak share cara goreng daging stail mak mertua….
Favourite tok laki kami…
Balik jumaat satgi mau keqenyeh sampai tengah belakang laa…

RESEPI DAGING GORENG STYLE MAK MERTUA


1. Panaskan pan/belanga ikut suka ampa..Tauk ja daging hiris, basuh leklok…Biaq p dia dalam tu sampai keluaq ayaq…

2. Bila daging semua dah bertukaq kaler…Buh serbuk kunyit…

3. Kacau serata kunyit tu..Biaq dia kering sikit..Tak payah dok usik sangat.

4. Agak-agak ayaq dia dah kering sikit..Buh minyak…bagi lebih takpa..Sat nak palit minyak tu dgn nasi panaih. Uiiii…

5. Tauk p bawang besaq, cabai..Buh la selori pun kalau suka makan bawang & cabai..Buh garam, sedap rasa..(mak mertua kami suka buh aji…pon sedap takdak masalah)

6. Kami tutup pan tu dengan penutup RM 2.10 ni..Beli kat eco..Daging masak dengan wap dia sat lembut la..

7. Taraaa…siap dah..Senang yakmat takdak dah….Anak teruna pun boleh masak bagi dekat mak dia..

Sedapnya makan dengan nasi panas!

Sumber: نور وان چيق

Nak beli barang  secara online bolehlah cuci mata di sini.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN