Kuih tako, siapa sahaja yang tidak menggemarinya bukan? Bahkan diakui jika sekali sekala terlihat sahaja kuih ini ada dijual di pasar malam, akan membuatkan kita terimbau kenangan bulan puasa ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.

Apa tidaknya, kuih tako antara juadah wajib beli ketika bulan puasa dek kerana kalau dinikmati semasa berbuka memang cukup menyelerakan. Rasa lemak manis dan teksturnya yang lembut di samping ada pula cebisan sengkuang cina membuatkan kenikmatan merasai hidangan ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Sedap sangat!

 

 

Namun andai ada disaat ini terasa teringin menikmati rasa kelembutan dan kemanisan rasanya, pasti  agak sukar untuk menemui kuih nan satu ini.

Jadi apa kata kali ini kita pelajari menyediakan kuih tako kegemaran ramai untuk dijadikan menu istimewa buat keluarga tercinta.

Siapa sangka mudah sahaja menyediakannya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Shakinah ini.


Resipi Dari Air Tangan Orang Lama, Begini Rupanya Buat Kuih Tako Yang Sedap & Menjadi!

IKLAN

Malam ni saya nak share resepi Kuih Tako yang confirm jadi sapa-sapa buat pun. Resepi asal yang saya guna ni dari ahli grop ni jugak dah lama dulu.

Resipi Dari Air Tangan Orang Lama, Begini Rupanya Buat Kuih Tako Yang Sedap & Menjadi!

 

 

Lapisan Bawah

IKLAN

1 cawan tepung Hwee kwe hijau (nak pakai tepung jagung pun boleh)
5 cawan air (boleh buat 4 cawan air tapis +1 cawan air pandan)
1 1/2 cawan gula pasir
4-5 biji sengkuang cina potong dadu
Secubit garam

Kacau/bancuh semua bahan kecuali sengkuang hingga sebati. Masak atas api sampai adunan memekat. Dah pekat masukkan sengkuang cina dan kacau sikit lagi sampai adunan berkilat. Siap. Tuangkan dalam acuan pandan. Tak de pakai je bekas kecil-kecil tu.

Resipi Dari Air Tangan Orang Lama, Begini Rupanya Buat Kuih Tako Yang Sedap & Menjadi! Resipi Dari Air Tangan Orang Lama, Begini Rupanya Buat Kuih Tako Yang Sedap & Menjadi!

Lapisan Atas

1 cawan tepung jagung
9 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Kacau/bancuh semua bahan bagi sebati. Kacau atas api sampai adunan pekat berkilat. Siap. Tuang adunan putih atas adunan hijau tadi. Sejukkan. Boleh la makan beramai-ramai hihi.

IKLAN

sumber : Nor Shakinah Md Zainal via MAHN

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Resipi Dari Air Tangan Orang Lama, Begini Rupanya Buat Kuih Tako Yang Sedap & Menjadi!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI