Buat peminat ulam-ulaman tentu teruja untuk mencuba menu  sambal bilis yang dimasak bersama jering. Maklumlah jering ini bukan sahaja sedap dimakan malah kerangupannya apabila digigit menjadikan puas untuk dijamah.

Jadi apa kata anda cuba sediakan resipi seperti mana yang dikongsikan oleh Aisyah Humairah.

Peminat Jering Boleh Buat Resipi Ni, Ringkas Namun Boleh Buat Makan Bertambah!

Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti cara #dapurpolis jom tengok resepi

Bahan kisar untuk ibu sambal:

Peminat Jering Boleh Buat Resipi Ni, Ringkas Namun Boleh Buat Makan Bertambah!

(Pastikan kisar separuh hancur je jangan sampai lumat)

20 biji bawang merah

4 biji bawang besar

IKLAN

6 ulas bawang putih

3 inci halia

3 inci lengkuas

15 biji cili padi hijau

15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan)

10 biji lada hijau besar

IKLAN

10 biji lada merah besar

Bahan berikutnya:

Minyak masak @sajimalaysiaofficial secukupnya

Bilis mengikut banyak yang nak

Petai atau jering secukupnya

Cara-cara:

IKLAN

Peminat Jering Boleh Buat Resipi Ni, Ringkas Namun Boleh Buat Makan Bertambah!

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus

Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain)

Peminat Jering Boleh Buat Resipi Ni, Ringkas Namun Boleh Buat Makan Bertambah!

Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.

Peminat Jering Boleh Buat Resipi Ni, Ringkas Namun Boleh Buat Makan Bertambah!

Sumber : Aisyah Humairah via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI