Roti adalah antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Selain beli dikedai, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Menarik perkongsian puan Lina Thomas. Apa kata cuba buat di rumah.
IKUTI PERKONGSIAN
Late midnight baking
Kali ni kak lina guna resepi bun @matgebu, thanks dear!
Gula Melaka Coconut Buns
Bahan Doh :
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
Cara membuatnya :
UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 – 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan “on”. Tunggu hingga siap.
UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 – 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 24 biji buns. (saya sapu telur dan tabur kelapa kering)
Selamat mencuba!
Kredit: Lina Thomas