Resipi Ikan Talang Masin Masak Asam, Menu Pembuka Selera Bila Buntu Nak Masak

Share

Resipi Ikan Talang Masin Masak Asam, Menu Pembuka Selera Bila Buntu Nak Masak

Ikan talang masin masak asam antara menu yang mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman.

Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.

RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:

Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula

CARA MEMBUAT:

1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.

– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.

2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.

3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.

4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.

5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.

6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.

7.  Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.

8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.

9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.

10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.

Sumber kredit: Mohd Rozmie

 

 

 

 

IKLAN