Resipi Ikan Talang Masin Masak Asam, Menu Pembuka Selera Bila Buntu Nak Masak
Ikan talang masin masak asam antara menu yang mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman.
Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.
RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
Ads
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
Ads
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
Ads
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Kucing peliharaan kita memang jadi haiwan kesayangan di rumah. Malah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini juga sudah seperti sebahagian daripada ahli keluarga yang cukup disayangi sentiasa.
Rumah kita sememangnya sunyi jika tanpa si bulus kesayangan kita ini. Kalau bercuti dalam tempoh yang lama, bukan rumah yang kita kisahkan tetapi kucing yang ditinggalkan di rumah sentiasa menjadi sebab untuk kita mahu lekas tiba di rumah. Itulah penangan memelihara haiwan comel ini.
Bukan itu sahaja, apa sahaja kelengkapan mengenai haiwan comel ini sebolehnya kita mahu sediakan dengan sebaiknya.
Pun begitu segala yang melibatkan haiwan ini sebenarnya memerlukan kos yang agak tinggi, lebih-lebih lagi bagi kucing berbaka hebat yang dimport daripada luar negara. Kosnya menelan belanja yang bukan sedikit.
Nak lebih kreatif dan paling penting boleh jimatkan kos, ada baiknya kita mencuba sendiri buat di rumah. Buat rumah kucing sendiri?
Itu tidak mustahil kerana Siti Noor Hafiza sudahpun mencuba membuatnya sendiri di rumah. Cantik pula tu.
Dia yang berkongsi di facebook peribadi miliknya ternyata mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata memuji dan ramai pula yang cubamembuatnya.
Jom ikut langkah yang diberikan wanita ini. Cantik dan paling penting kosnya sangatlah murah!
” Diy rumah untuk anak-anak bulus tu…”
Kos: Bakul x 2 = RM 4.24 Cable tie = RM 2.12 Alas kaki = RM 2.12 Gergaji = dah ada kat rumah ? Baju tshirt tak pakai jaa- guna baju tido?
Total: RM 8.48 Jewww (Jimat banyak)
1. Tandakan bahagian yang nak dipotong iaitu bahagian atas untuk buat pintu.
2. Macam ni.
3. Ukur bahagian bawah pula.
4. Siap masukkan alas kaki.
5. Kena gunakan cable tie ikat tepi pintu tepi dan belakang?
6. Siap nak mcm ni pun boleh, nak pakaikan baju pun boleh.
7. Tadaaa siap Yeayyyy.
Selamat mencuba!
Kredit: Siti Noor Hafiza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila setiap hari kita memasak, ada masa dan ketikanya boleh jadi buntu dibuatnya. Lagi-lagi untuk menyediakan menu sarapan. Selain nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng menjadi menu biasa dimasak, apa kata kali ini anda sediakan roti naan. Menarik bunyinya bukan?
Sebenarnya tidak mustahil pun roti naan boleh kita sediakan di dapur sendiri walau tiada peralatan memasak yang lengkap seperti yang biasa di lihat di kedai-kedai mamak.
Ini sepertimana perkongsian daripada Mas Lieyana dan sekali gus menjadikan perkongsian daripadanya menarik untuk dicuba. Siapa sangka memasak di atas kuali juga dapat menghasilkan roti naan yang nampak cukup menyelerakan.
Untuk itu, jom kita cuba resipi ini dan dapatlah anak beranak makan roti naan dari air tangan yang disediakan oleh ibunya. Selamat mencuba!
Roti Nan
(Anggaran 7 keping)
Bahan-bahan Bahan A
Dalam besen masukkan
4 cawan tepung gandum
Secubit garam
Gaulkan spy garam bercampur dengan tepung
Letak tepi Bahan B
2 cawan Susu segar (Full krim) (suam) ATAU 2 cawan air suam..boleh guna salah satu
1 sudu makan gula
1 sudu makan yis kering
1/2 sudu makan minyak masak / minyak zaitun.
Penyediaan
1. Dalam mangkuk kecik/ bekas
Masukkan 2 cawan susu suam (susu tak boleh panas sangat nanti yis rosak)
Kenapa guna susu? Untuk nan yang lebih lembut. Boleh juga guna air suam.
(Boleh panaskan susu dalam microwave selama 2 minit dan biarkan suam)
2. Masukkan gula 1 sudu makan dan yis kering juga 1 sudu makan. Kacau gula dan yis yang dimasukkan ke dalam susu suam/air suam tadi.
3. Biarkan sekejap sehingga yis tadi kembang lebih kurang dalam 15-20 minit.
4. Setelah 15-20 minit tadi , masukkan bahan B ke dalam besen tepung tadi..masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Uli sampai lembut..masukkan sedikit minyak…uli lagi dalam. anggaran 5-8 minit.
5. Rehatkan doh selama satu jam.
6. Bila doh dah kembang..tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin..rehatkan selama 5-10 minit. Bulatkan doh. Rehatkan selama 5 minit.
7. Panaskan kuali, kalau tak de kuali leper boleh guna kuali bulat yang ada telinga tu…terbalikkan kuali bulat tu.
8. Dah boleh mula bentukkan nan, canai bagi bulat ke , 4 segi ikut la bentuk apa nak dan masak atas kuali.
9. Bila roti nampak gelembung-gelembung, dah boleh alih. Masa nkangkat tu boleh oleskan dengan minyak sapi…Agak-agak masak tu dah boleh angkat…siap!
Ekstra tip
Kalau nak buat nan cheese…, ambil yang dah dibulatkan tu canai sikit besar tapak tangan, ambil separuh cheese slide/cheesedale letak kat tengah tepung..tutup cheese tu, bulatkan balik…masak macam nan yang lain.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Ibu mana yang tak sayang anak. Sebolehnya inginkan anak menjadi apa yang diidamkan seperti berjaya dalam pelajaran, suka membaca, pengemas dan tidak bercakap kasar.
Jadi, tidak mustahil tekanan seperti ini, mak-mak akan lebih gemar membebel anak setiap hari apabila tidak menunjukkan perwatakan yang diidamkan.
Namun, bak kata perpatah, Bapa Borek Anak Rintik bermaksud akan perilaku atau perangai seorang anak itu yang sama seperti sifat serta perangai ibu dan ayahnya.
Begitulah dengan perkongsian ini, puan Adlil Rajiah yang pernah bersikap sebegitu dalam mendidik anak. Telah berubah sikap apabila menyedari bahawa formula untuk mendapat anak idaman sebenarnya tak perlu membebel tetapi hanya perlu jadi ibu bapa idaman aje. Jadi contoh buat anak-anak.
Benda yang paaaling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak— adalah SIKAP. . Saya dulu pun perangai macam hawau. Panas baran. Tak sabar. Degil. Tak reti hormat orang. Rasa diri sendiri je betul. Tah apa-apa. . Tapi tahun demi tahun, saya mula perasan anak2 ni memang nature dia— tak makan saman. . Kita ajar lah macam mana pun, kita berbuih nasihat macam mana pun, kita bebel lah sepanjang hari pun, kita hantar kat sekolah bagus macam mana pun, anak2 still tak dengar cakap, still memberontak, still tak makan saman, still tak jadi anak yang macam kita impikan. . Tapi after soooo many years baru saya sedar, formula dia cuma satu; KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI. . Anak tak perlukan nasihat. Anak tak perlukan peraturan. Anak tak perlukan bebelan. Mereka cuma perlukan CONTOH.
FORMULA JADI IBU BAPA IDAMAN
. Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman. . One of my favourite mantra yang saya selalu share dalam seminar— BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER. . Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.
Bila keadaan sekeliling panas, suhu dia naik. Bila keadaan sekeliling sejuk, suhu dia turun. Dia duk berubah ikut suasana, ikut trend, ikut orang sekeliling. . Tapi termostat tak. Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yg dia tetapkan. Walau macam mana pun suhu orang sekeliling naik turun, termostat takkan ubah suhu dia. Dia tetap maintain, sampai lama2 semua orang sekeliling ubah ikut suhu dia. . Itu termostat. It sets the standard, and influences the surrounding. . Tipu la kalau saya kata anak saya baik macam malaikat. Ada hari, dia memang baik. Tapi ada juga hari, dia buat perangai mintak kaki 😂 . There are times Haikal liat gilaa nak solat. But before saya marah dia, I reset my solat standard first — solat awal waktu, increase khusyuk, etc. . Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat. . There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif. Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk. Before saya hempok dia dengan remote, I reset the standard of my screen time first— hadkan masa dengan TV/phone, rancang activities without screen, read books, read Quran, exercise, etc. . Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai quran, capai buku, capai lego, capai komik. . And there are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan saya. Sebelum berkasar dan melawan dia balik, I reset my standard of handling my own anger, and be more patient first. . Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, mudah senyum, mudah minta maaf, etc. . My point is— kita sebagai ibu bapa. We ARE the thermostat. We set the standard, and our children will follow accordingly. . But of course, setiap progress perlukan masa. . Buat sehari, tak jadi apa— sabar. Teruskan buat hari kedua dan seterusnya. Trust the process, and don’t lower down your standard. . Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan. Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit. Just be consistent in improving yourself. . Macam air yang menitis atas batu, lama2 akan menghakis batu. Bukan kerana tekanan air tu kuat, tapi kerana konsistensi titisannya. . Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi— jadi termostat yang lebih berkualiti. .
Sumber: Adlil Rajiah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di