Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.
Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa
Assalamualaikum. Minum petang hari ni dengan karipap daging. Karipap yang sedap sudah semestinya dengan inti yang marveles serta kulit yang rangup. Kalau ada tempahan tak menang tangan nak membuatnya. Tapi nak menyiapkan karipap nih jenuh jugak. Apa kata kita tengok resipi step by step. Hakak Ros buat berjualan dengan menggunakan resipi ni & dapat permintaan yang banyak. Selamat mencuba.
Bahan²nya. Boleh juga buat setengah adunan. Pandai² lar nak bahagikannya
1kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar air kapur jernih
1 sudu teh garam
400ml air sejuk dari peti ais
Cara membuat:
Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
Di dalam bekas besar tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas.
Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ni lar rahsia nak merangupkan kulit karipap.
Sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
Ads
Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga tak lekat di tangan.
Jadi doh macam ni.
Simpan doh ke dalam plastik dalam 30 minit.
Kemudian bulat²kan kecil. Tak kisah lar nak buat besar² pon boleh. Masukkan dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.
Sementara itu kita buat intinya.
Bahan-bahan
Ads
2kg kentang didadu
300gm daging dicincang
2 biji bawang didadu
2 ulas bawang putih diracik
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
Sedikit daun sup
Cara membuat:
Panaskan minyak tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
Masukkan rempah kari & cili kisar. Tumis lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
Perasakan dengan garam, gula & maggie cukup rasa. Masa ni agak² yer bubuh perasa.
Kemudian masukkan kentang.
Ads
Kacau².
Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu isi air jika guna kentang cepat lembut sebab kentang akan mengeluarkan air. Dah masak tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan daun sup & gaul rata.
Alihkan ke dalam bekas.
Ambil sebiji doh dan canaikan.
Letak inti.
Tutup doh.
Kelim cantik².
Karipap yang telah siap dikelim.
Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
Angkat dan toskan.
Karipap untuk minum petang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menggosok baju lelaki part yang paling sukar adalah pada bahagian lengannya. Betultak?
Kalau tak betul tekniknya, bukan satu garisan yang nampak malah dua tiga garisan boleh terhasil di bahagian lengan tu. Ini sekali gus menjadikan baju yang digosok tidak kemas dan senanang cakap nampak tidak ‘tajam’! Bila begitu hasilnya selepas digosok, mesti En suami nampak tidak segak.
Walhal jika lelaki pakai baju Melayu dihari raya ini umpamanya, semestinya kita sebagai isteri ingin melihat suami berimej segak, smart dan bergaya.
Jadi nak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kesan iron yang sempurna?
Di sini dikongsikan langkah demi langkah menggosok lengan baju yang dikongsi oleh Wan Mohd Azhar Wm. Semoga memberi manfaat.
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merancangan perbelanjaan dengan betul adalah suatu keperluan yang semua orang kena tahu. Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, duit banyak pun boleh habis dengan cepat.
Bagi dengan wanita ini, pada usia muda lagi telah mengamalkan displin untuk menyimpan dengan penuh komited.
Malah dengan gaji permulaan setelah tamat belajar tetap mampu hantar ke kampung sebanyak RM400. Malah untuk memastikan dapat konsisten menyimpan, dia sanggup mengikat perut berjimat cermat.
Hasilnya, kini pada usia sebelum 40 tahun beliau telah bebas hutang serta mempunyai pelaburan dan aset untuk persiapan bersara dengan selesa.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian puan Marlia Ramli
Bajet cara akak
Lepas baca post ni, akak bersedia dipandang rendah oleh anda. Nak kutuk? Nak kecam? Nak persoalkan? Silakan saja. No hal sebab ini adalah pilihan kisah hidup akak. Kita semua berhak melukiskan kehidupan bagaimana yang kita mahu, bukan?
Buat resume sebelum tamat belajar
Meh akak story hakikat permulaan ketika akak membina tapak di KL pada tahun 2004 di usia 22 tahun. Semoga bermanfaat buat adik-adik yang bakal tamat pengajian.
Akak mula apply keja kat Kuala Lumpur, berbulan sebelum habis belajar. Buat resume dan survey kerja tiga hingga enam bulan lebih awal.
Tak tunggu habis study baru mohon kerja. Benda boleh buat awal kenapa nak bertangguh pula?
Akak tak letak expected salary dalam resume sebab tak reti pun nak demand time tu. Akak pikir hentam je la gaji berapa pun, janji ada pekerjaan halal… Mana akak tau nak letak gaji berapa sebab itu kali pertama buat resume kan?
Minggu kedua lepas konvo dah kerja
Minggu kedua lepas grad akak dah mula kerja kat Kuala Lumpur. Mak abah hantar temuduga, akak bawak beg siap-siap. Punya la yakin pasti dapat kerja. Self confidence tinggi namatey.
Mana taknya, berbulan-bulan sebelum habis belajar dah ke hulu hilir kat cafe email resume dan baca pelbagai tips hadir temuduga. Waktu tu capaian internet tak semudah hari ini.
Memang lepas terima ijazah akak tak de acah-acah lepak kat umah buang masa konon release stress bagai. Akak tak de buat plan nak pegi Krabi dengan kawan berselfie segala. Buang masa!
Cari kerja seawal sebelum tamat pengajian. Habis belajar? Pegi temuduga dan mula kerja. Alhamdullilah…
Sejak dulu akak kolot dan benci pada trend. Bagi akak trend ni semua mengarut dan membuang masa. apeni?
Ya, hidup akak tak fun sebab masa akak dianggap amat bernilai. Akak dah ada boyfriend waktu muda dan akak cuma fokus nak hidup bersama beliau sehingga bersara. Itu saja.
Target simpanan lima angka sebelum 24 tahun
Bagi akak masa itu emas. Akak kan penyimpan dan pendidik emas 999. Akak sangat mementingkan masa. Ianya sangat berharga! Masa adalah alat pelaburan yang amat berkuasa.
Akak teringin sangat nak pegang dan urus duit sendiri secepat mungkin. Waktu tu akak dah ada simpanan rahsia empat angka hasil mengikat perut berjimat duit PTPTN masa di university. Akak target nak ada simpanan lima angka sebelum 24 tahun.
Umur – 22 tahun Jawatan – Sales Support Coordinator Level Pekerjaan – Atas sikit dari kerani am PENDAPATAN – RM1,500
EPF + SOCSO – RM180 Zakat – RM30 Hantar kampung – RM400 Parking – RM80 Bilik sewa – RM130 Petrol – RM200 Top up – RM30
JUMLAH PERBELANJAAN – RM1,050 Simpanan tetap – RM250 sebulan bersamaan 16.66%
Baki untuk belanja sebulan – RM200
Akak pinjam kereta Hyundai Getz abah sebab tu akak bagi RM400 untuk menampung sebahagian daripada pembayaran bulanan..
Abah tanya “hang bagi abah RM400, cukup ka duit belanja hang?”
Akak dengan bangga cakap “cukup abah!”. Kembang kempis hidung walaupun hati menangis.
Ikat perut dengan belanja RM200 sebulan
Memanglah seksa, tapi saving akak tak penah miss 16.66% kadang hingga 20% dari pendapatan setiap bulan hingga akak selalu terpaksa berlapar. Sejak kecik, akak adalah manusia yang sanggup berlapar asalkan simpanan wajib ada setiap bulan.
Memang sejak gaji pertama akak akan pastikan saving melebihi 15% dari pendapatan walau seazab mana pun hidup. 10% saving adalah terlalu sedikit di mata akak.
So untuk bajet keperluan diri dan makan sepanjang bulan adalah RM200. Anda boleh bayang la purata bajet belanja sehari RM6.60 kat KL camne azabnya.
Isnin dan Khamis puasa sunat dan berbuka dengan roti gardenia disapu kaya.
Hari lain bekfes minum milo dan biskut free kat opis. Lunch beli beras, telur dan sardin. Bawa bekal ke office setiap hari.
Dinner? Tak penah dinner. Solid cam kerengga body akak time tu…
Biar tak makan, janji ada simpanan!
Masa tu tak de fesbok. So tak de la akak meratap komplen nasib hidup. Bila call mak abah akan tanya dah makan? Akak jawab dah makan nasi lauk ayam beli kedai tepi jalan.
Sumpah tak sampai hati nak bagitau mak time tu bajet makan dan belanja lain-lain tak sampai RM7 hengget sehari semalam. Muka anak mak dah cam sardin sebenarnya.. Ehh! Haha…
Kalau ada jamuan di pejabat, akak paling gembira. Sebab dapat makan sedap.
Kahwin beli nak ada rumah sendiri
Setahun lepas tu dah dilamar arjuna beta lalu menjadi isteri. Al maklumlah time tu akak ini muda jelita dan pujaan ramai arjuna. Hari-hari boypren ajak kawen sebab beliau cemburu teruks. Boypren gigih bertahun-tahun ikat perut dan berusaha nak halalkan akak.
Bila dah kahwin kami sambung lagi dua tahun ikat perut semata-semata nak beli rumah pertama sebelum usia 25 tahun. Kami tak nak anak tinggal di rumah sewa. Tak de la akak merungut sebab dah biasa masa bujang. Minda dah kental…
Dan rumah kedua sebelum usia 26 tahun, terus sapu rumah bertanah double story corner lot hasil mengikat perut sejak usia 22 tahun. Deposit hampir RM30,000. Berbaloi bukan?
Umur 28 tahun gaji dah berganda-ganda sebab gila kerja. Bonus lima angka tak pernah sentuh. ASB dua-dua akaun pun dah capai maksimum hasil berpendapatan purata lima angka sebelum usia 30 tahun. Kami suami isteri sentiasa ada dua tiga pekerjaan sejak muda.
Usia 30 tahun bergelar Head of Department. Tak mudah nak capai perjalanan kerjaya seperti ni tapi sesiapa yang mengopi akak boleh la share beberapa tips.
Utamakan cash berbanding hadiah
Cuma kekalkan saja sikap, minimum 15% simpanan daripada gaji dan bonus tak pernah guna. Wang pendapatan kedua juga tak pernah guna. Asalkan suami tanya nak hadiah apa, akak akan minta duit cash deposit rumah seterusnya atau emas dinar atau goldbar.
Akak tak de acah romantik minta percutian bagai. Bila suami tanya, minta lah sesuatu yang memberi manfaat di masa depan. Ulangtahun ke-10 suami bawa honeymoon di Korea sebab kesian bini asyik kerja dan kerja.
Sehingga hari ni kami sentiasa konsisten bersama-sama mengejar matlamat. Selepas tiga tahun hidup di KL akak mula capai matlamat kewangan satu persatu.
Usia 32 tahun bebas hutang
Di usia 32 tahun akak mampu tersenyum sebab bebas semua hutang jahat dan berjaya mencapai semua matlamat yang akak fokus sejak umur 22 tahun. Akak belajar bahawa hidup ini keras. Kita perlu buat keputusan bagaimana mahu mematahkan cabaran kehidupan.
Akak bukan berasal daripada keluarga miskin. Kami keluarga peniaga yang sederhana. Mak abah sentiasa mewahkan keperluan semua anak-anak dari kecik.
Kiranya selama hidup dengan mak abah, akak tak pernah hidup susah. Tapi kesedaran kewangan datang dengan sendiri. Adik beradik, mak abah dan keluarga faham sangat sikap gila kerja dan kedekut piang akak ni.
Bermula gaji pertama usia 22 tahun start kerja akak dah tak pernah minta duit mak abah. Akak fikir dah la gaji kecik tak mampu nak berbelanja untuk mak abah dan adik-adik, tak kan nak susahkan meminta-minta pada mereka. Akak ingatkan diri bahawa di dunia ni tiada benda percuma.
Akak bersyukur Allah bagi kesedaran kewangan dan keinginan untuk akak menabung sejak muda. Dijodohkan pula dengan arjuna beta yang banyak persamaan. Alhamdulillah dari situ kami mula membina sedikit harta.
Kekadang orang cakap elok cari pasangan berbeza supaya saling melengkapi cam puzzles. Tapi bagi akak jika dijodohkan dengan pasangan yang banyak persamaan adalah lebih mudah.
Sebab langkah akan seiring, pemikiran akan selari, matlamat mudah dicari. Tak perlu cakap, tengok arjuna beta jeling pun akak dah faham apa yang dia nak sampaikan.
Akak harap Double A (sepasang anak akak) belajar mengikat perut suatu hari nanti. Semoga anak-anak sanggup mengadap susah, jimat, makan sardin tapi tetap memilih untuk bertahan dan berdikari.
Bukankah sesuatu yang memuaskan hati jika kita memiliki segala benda hasil sentuhan air tangan sendiri? Tak kisah anak orang kaya ataupun miskin, yang penting kesedaran adalah datang dari dalam diri sendiri.
Secara ringkasnya di permulaan hidup ini BAJET CARA AKAK :
✅ Tidak memilih jenis pekerjaan. Janji halal, keja je lah! ✅ Usah membuang masa lepak rumah sementara tunggu convo. ✅ Paksa mengikat perut demi saving melebihi 15% sebulan. ✅ Menjauhi sikap meratap bahawa nasib akak yang paling malang ✅ Tidak sesekali lari balik kampung sebab give up ✅ Memilih pasangan hidup yang punya ciri-ciri bijak wang ✅ Berpegang kepercayaan bahawa setiap matlamat perlukan pengorbanan ✅ Usah mengajar diri terbiasa sikap meminta-minta
Begitulah kisah benar di awal kehidupan akak. Hari ini selepas 17 tahun, cara akak masih lagi lebih kurang sama.
Hidup 30% hingga 40% di bawah kemampuan agar nilai simpanan bulanan tinggi. Alhamdulillah… akak sekarang sentiasa paksakan minimum saving 50% hingga 100% daripada gaji di pejabat setiap bulan.
Dan ya, anggaplah akak apa saja. Lepas anda baca post ni akak rela dipandang rendah oleh anda semua. Boleh juga jika nak gelar akak kedekut piang.
Bagi akak, seawal usia tak perlulah mempersoalkan, kewangan tanggungjawab siapa? Buat je… Insya’allah bila tiba masa, kita akan menikmati hasilnya…
Hari ni 39 tahun akak sedar akak bukanlah banyak ilmu. Tak selesa sebenarnya dengan gelaran sifu sifir sifar bagai. Akak menulis sebab minat semata-mata.
Anda suka, anda follow. Tak suka tak payah follow. No hal. Itu saja. Simple bukan?
Dan ya… Akak masih hidup dengan boyfriend yang sama sejak hampir 20 tahun lepas. Semoga till Jannah.
Hari ini akak dan boyfriend memiliki :
✅ beberapa rumah pelaburan, ada yang dah habis bayar. ✅ beberapa cabang pelaburan termasuk emas 999 ✅ kemampuan untuk mengelilingi dunia ✅ rumah kediaman yang lengkap segala, ✅ memiliki rumah rehat di tepi pantai ✅ kenderaan yang luas buat keluarga ✅ sedikit aset mencukupi untuk bersara selesa ✅ perniagaan dan pendapatan pasif yang auto run ✅ kerjaya yang lebih daripada cukup untuk keperluan kami ✅ dan cinta yang mudah mudahan berpanjangan.
Sapa baca habis? Say “Saya baca!”
Sumber: Marlia Ramli
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Projek mencantikkan rumah, selain sekadar dibersihkan daripada habuk dan disusun atur semula kedudukan perabot agar selesa meraikan tetamu. Ada satu perkara yang dari dulu hingga kini, memang kita biasa akan buat bila tibanya musim perayaan. Lain tidak bukan, mestilah mengecat rumah. Maklumlah bila rumah dicat semula, barulah nampak lebih berseri-seri rumah yang dihuni.
Contohnya seperti rumah ini, tuan rumah memilih cat warna merah jambu yang digabungkan dengan warna putih sebagai tema raya kali ini. Terbukti, hasilnya memang luar biasa!
Bercerita lanjut tentang rumah kayu berwarna merah jambu yang viral di media sosial, ini perkongsian lanjut daripada anaknya.
Okey tak warna cat macamni? Code colour : Taupe pink 10YR 50/101 NIPPON, White on white 30GY 88/014 NIPPON.
Mak saya suka sangat bunga-bunga..Rumah kampung je. Tapi nyaman sangat. Kg halaman tercinta saya ni di Bukit Pulau Melaka.
Ni lah tuan rumah (emak). Lagi sorang tuan rumah(ayah saya) tak suka bergambar. Jadi tak ada gambarnya.. Doakan ye sahabat semua moga mak ayah saya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur mereka.
Rumah ini sudah berusia 45 tahun, ikutkan mak ayah nak warna lain, tapi saya bagi cadangan untuk warna ni. Mak ayah mula-mula risau juga sebab takut tak masuk dengan rumah papan kan.
Tapi saya yakin kan mereka, warna ni cukup cantik kalau dicatkan dirumah ni. Jadi mereka setuju. Ayah cuma pilih nak ada campuran putih. Jadi terjadi la rumah pink+putih.
Bercerita tentang kenangan masa cat rumah bila nak dekat raya memang tak kan saya lupakan. Indah sangat. Bergurau senda dengan adik beradik dan mak ayah. Sambil berkongsi pendapat untuk mencantikkan lagi rumah mak ayah. Masa tu lah dapat eratkan lagi silaturrahim sebab semua saling bantu membantu.
Menariknya juga tentang rumah keluarga ini, siapa sangka pernah jadi lokasi shooting.
Seingat saya sudah 3 kali dah rumah kami dijadikan lokasi shooting. Tapi kami dah lupa cerita apa. Dah bertahun lamanya. Yang paling last sekali 5 tahun yang lepas.
Sekarang tinggal mak dan ayah sahaja dirumah tu. Sebab anak-anak semua dah bekerja luar. Kalau hari cuti, kami akan berkumpul sekeluarga bersama.
Mak saya sayangkan sangat rumah ni. Memang dia sentiasa pesan pada kami adik beradik, jika ada kerosakan perbaiki lah. Jangan dirobohkan. Inilah kenangan yang tinggal nanti. Lagi satu sebab rumah peninggalan atok kami. Hasil titik peluh atok yang bina rumah tu. Jadi memang banyak kenangan di situ.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.