Resipi Karipap Daging Yang Kulitnya Lebih Rangup & Inti Sedap. Wanita Ni Kongsi Rahsianya, Siap Step By Step Cara Buat. Mudah Sangat!

Share

Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.

Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras,  ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.

Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh puan  Rosni Musa

Assalamualaikum.
Minum petang hari ni dengan karipap daging.


Karipap yang sedap sudah semestinya dengan inti yang marveles serta kulit yang rangup.
Kalau ada tempahan tak menang tangan nak membuatnya.
Tapi nak menyiapkan karipap nih jenuh jugak.
Apa kata kita tengok resipi step by step.
Hakak Ros buat berjualan dengan menggunakan resipi ni & dapat permintaan yang banyak.
Selamat mencuba.

Bahan²nya. Boleh juga buat setengah adunan. Pandai² lar nak bahagikannya

1kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar air kapur jernih
1 sudu teh garam
400ml air sejuk dari peti ais

Cara membuat:

Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.

Di dalam bekas besar tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas.

Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ni lar rahsia nak merangupkan kulit karipap.

Sedikit garam dan kacau hingga garam larut.

Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga tak lekat di tangan.

Jadi doh macam ni.

Simpan doh ke dalam plastik dalam 30 minit.

Kemudian bulat²kan kecil. Tak kisah lar nak buat besar² pon boleh. Masukkan dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.

 

Sementara itu kita buat intinya.

Bahan-bahan

2kg kentang didadu
300gm daging dicincang
2 biji bawang didadu
2 ulas bawang putih diracik
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
Sedikit daun sup

Cara membuat:

Panaskan minyak tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.

Masukkan rempah kari & cili kisar. Tumis lagi.

Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.

Perasakan dengan garam, gula & maggie cukup rasa. Masa ni agak² yer bubuh perasa.

Kemudian masukkan kentang.

Kacau².

Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu isi air jika guna kentang cepat lembut sebab kentang akan mengeluarkan air. Dah masak tutup api dan biarkan sejuk sedikit.

Masukkan daun sup & gaul rata.

Alihkan ke dalam bekas.

Ambil sebiji doh dan canaikan.

Letak inti.

Tutup doh.

Kelim cantik².

Karipap yang telah siap dikelim.

Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.

Angkat dan toskan.

Karipap untuk minum petang.

IKLAN