Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.
Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh Puan Eyda Fyda.
Assalammualaikum… memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post sy sblom ni,sy dgn berbesar hati nk kongsi ngan kwn2 semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa… Aamiin.
Jom sy bongkarkan secara details..😘 Cara2 ada dlm gambar ye…sy izinkan kwn2 share dan selamat mencuba…😉 Ingat… jgn share je tau,,, pastikan kwn2 cuba buat,,mana tau boleh dijadikan sbg sumber pendapatan mcm sy…😊
Bahan bahannya ialah :
kulit karipap rangup : 1kg Tepung Gandum. 1mgkuk/cwn kecil minyak masak. 2 sudu majerin. Air bancuhan garam.
Inti : Kentang didadu. Serbuk kari daging. Cili kering dikisar bersama bwg besar,bwg putih dan udang kering. Air rebusan daging bersama daging yg tlh direbus. Sedikit daun sup utk bau yg sdp. Garam. Gula. Serbuk perasa ( terpulang samada nk guna ataupun tidak )
Cara2 nya ialah….
Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
2. Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
3. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti
4. Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye)
Ads
5. Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit..
6. Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar…’
7. Doh yang telah siap diuli..
8. Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
Ads
9. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu..😉
10. Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar..
11. Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau…
Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira selamat menyambut kelahiran anak keduanya, pada 29 April lalu. Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022, pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya dikapsyen.
Semalam berlangsungnya majlis pertunangan anak Datin Seri umie Aida bernama Danial. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon ini menerusi laman instagramnya. Pertunangan danial & haniz
“MasyaAllah.. rasa tak percaya anak me sudah dewasa dan bersedia memikul tgjwp yang lebih besar dalam hidupnya.
“Alhamdulilah… ibu gembira dengan pilihan mu danial.. Semoga sentiasa dlm lindunganNYA dan diberkatiNYA .. Aamiin…
“Doakan semoga pernikahan mereka berjln lancar tahun ini yea. InsyaAllah.. #engagement
Keterujaan bakal menerima menantu tidak lama lagi turut mendapat reaksi daripada peminat serta rakan artis. Rata-rata mengucapkan tahniah atas pertunangan tersebut.
Simple je majlis pertunangan
missfazuraCongratulations kak Umie bakal dapat menantu. Happy for you 😍
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehidupan sebagai pasangan selebriti sering kali diselimuti dengan sorotan media dan tekanan industri. Namun, bagi Raja Syahiran dan Uyaina Arshad, kehadiran dua permata hati mereka iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan telah membawa sinar baru yang tidak ternilai di dalam rumah tangga mereka.
Sejak lahirnya Raja Urhan, pasangan ini merasakan cinta yang mendalam dan tanggungjawab yang semakin besar. Setiap senyuman dan tangisan si kecil itu mengingatkan mereka tentang makna keluarga yang sebenar.
Kehadiran Raja Urayyan pula menambah keceriaan, menjadikan rumah mereka penuh dengan gelak tawa dan kasih sayang. Dalam sekelip mata, kehidupan mereka berubah menjadi satu perjalanan yang penuh warna.
Keduanya tidak hanya berperanan sebagai selebriti, tetapi kini sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab. Mereka sering berkongsi momen-momen indah di media sosial, menggambarkan kehangatan dalam setiap detik bersama anak-anak. Melalui setiap pos, terserlah betapa mereka menghargai masa yang dihabiskan bersama, walaupun dalam kesibukan kerja.
Belajar Jadi Baba & Mama Terbaik
Perjalanan menjadi ibu bapa tidak semudah yang disangka. Syahiran dan Uyaina mengakui bahawa mereka masih dalam proses pembelajaran. Kedua-duanya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam didikan anak-anak mereka, membentuk generasi yang bukan sahaja cerdas tetapi juga berakhlak.
Syahiran yang dikenali sebagai seorang yang penyayang, sering kali berkongsi betapa pentingnya komunikasi dalam keluarga. Dia percaya bahawa memberi ruang untuk anak-anak bersuara dan mendengar pandangan mereka adalah kunci kepada hubungan yang sihat.
“Cabaran untuk kami untuk mendidik anak-anak ni bila Jada (nenek) mereka ni biasalanya akan manjakan cucu. Jadi, anak tahu kalau dengan Jada atau Atok mereka boleh dapat semua yang mereka nak.
Bukan salah Jada sebab kita faham kalau cucu ni menag akan ada ‘attachment’ dengan datuk atau nenek mereka, sama macam kita kecil-kecil dulu. Kami tak marah sebab kami faham. Tambah macam mereka ni ada tiga orang yang akan manjakan cucu-cucu iaitu Jada (ibu Uyaina) serta Atok dan Tok Ibu (ibu ayah Syahiran).”
Uyaina pula tidak kurang hebatnya, dia sering menekankan kepentingan kasih sayang dan perhatian dalam membentuk emosi anak-anak bahkan kini selalu berkongsi tentang tip keibubapaan melaui perkongsian di media sosial.
Kehidupan Lebih Positif
Dengan kehadiran Raja Urhan dan Raja Urayyan, setiap hari bagi pasangan ini adalah peluang untuk memperbaiki diri. Mereka sering merancang aktiviti keluarga yang menyeronokkan, seperti bermain di padang. Dalam setiap detik yang dihabiskan, mereka belajar menghargai kebersamaan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang.
“Kami suka bawa anak ke stadium. Padang bola kan luas dan besar jadi macam Urhan dia boleh explore sendiri. Kami beri bola dan dia akan main tendang-tendang bola. Dah dapat tendang bola, baru dia boleh berjalan.
Mungkin boleh jadi tip juga untuk parents di luar sana, kalau nak anak cepat berjalan boleh beri mereka main bola. Selalunya kita bagi anak bola, tapi Urhan sibuk kejar bola orang-orang yang berlatih di situ.”
Bagi Syahiran pula, dia sukakan bonding yang terbentuk antara dirinya dan anak dengan hanya tidur bersama. Sebelum tidur, dia biasanya akan bermain dengan anak-anak untuk mereka jadi letih dan tidur pun akan lebih lena.
“Best bila kita tidur dengan anak ni, bila dia cuddle kita. Mengendeng nak tidur dengan kita, tak perlu buat aktiviti di luar pun tapi saya tetap hargai momen semasa tidur bersama anak.”
Syahiran dan Uyaina juga aktif dalam menyokong satu sama lain dalam kerjaya masing-masing. Mereka memahami bahawa saling memberi sokongan adalah penting, bukan sahaja untuk kerjaya tetapi juga untuk menjaga keseimbangan dalam keluarga.
Dengan cara ini, mereka menunjukkan kepada anak-anak bahawa cinta dan kerjasama adalah asas kepada kebahagiaan.
“I just want to say thank you. Syahiran ni achor, nak besarkan anak-anak ni perlukan pasangan. Bukannya ada pasangan tapi semua buat seorang. Saya seorang yang sangat jujur, kadang-kadang tu jujur sangat. Apa yang perlu dibetulkan, saya akan beritahu tapi Syahiran seorang yang sangat tenang dan selalu ada dengan saya.”
Anak-anak Tak Boleh Pilih Ibu
Kehadiran Urhan dan Urayyan bukan sahaja menambah keindahan dalam kehidupan Syahiran dan Uyaina, tetapi juga membawa mereka ke arah yang lebih positif. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, mereka telah menemukan kekuatan dalam cinta dan keluarga.
“Anak-anak ni tak boleh pilih ibu mereka. Saya sendiri pilih Mama untuk anak-anak saya. Maksudnya saya pilih isteri saya untuk jadi Mama kepada anak-anak kami. Mungkin di mata orang lain dia tak baik tapi untuk saya dia lah yang terbaik.”
Setiap hari adalah peluang untuk belajar, berkembang, dan mencintai dengan lebih mendalam. Dalam melayari bahtera rumah tangga, mereka mengajarkan kepada kita semua bahawa kebahagiaan sejati terletak dalam hubungan yang penuh kasih sayang dan pengertian.
Kehidupan sebagai ibu bapa mungkin tidak selalu mudah, tetapi dengan kehadiran anak-anak, setiap cabaran menjadi lebih berharga. Cinta yang mereka miliki adalah bukti bahawa walau apa pun yang berlaku, keluarga adalah segalanya.
Tonton video Raja Syahiran & Uyaina di sini:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.