Kek chiffon pandan adalah sejenis kek yang amat popular di kalangan masyarakat kita. Dikenali kerana rasa pandannya yang wangi dan tekstur yang lembut, kek chiffon pandan pasti akan memenuhi selera. Warna hijau pada kek ini diperolehi daripada daun pandan, yang kerap digunakan dalam masakan sebagai pewarna semula jadi.

Resipi kek chiffon pandan dari Ummu Ashraf ini patut anda cuba. Istimewa resipi ini ialah ia adalah resipi orang lama yang tidak menggunakan ovalette. Hanya tambah pati dari daun pandan segar dan juga pati santan. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!

Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama

RESIPI KEK CHIFFON PANDAN

Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama, Tak Perlu Guna Ovalette

Bahan A:
6 biji kuning telur
100 gm gula kastor
140ml santan
115ml minyak jagung
2 sudu makan pati daun pandan (kisar 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air – perah)
2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen pandan
1/2 sudu teh garam

Bahan ayak:
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
2 sudu teh baking powder

Bahan B:
9 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
100gm gula kastor

Tak Perlu Guna Ovalette

Cara memasak:

  1. Untuk bahan A, pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang.

2. Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung, pati daun pandan, esen vanilla, esen pandan dan garam.

3. Kacau rata semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Pukul rata.

IKLAN

4. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil.

5. Untuk bahan B, putih telur hingga berbuih.

6. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang.

7. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk.

Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama, Tak Perlu Guna Ovalette

8. Kaup balikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati.

IKLAN

9. Masukkan 1/3 lagi adunan putih telur, kaup balik hingga sebati. Ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur.

10. Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan.

Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama, Tak Perlu Guna Ovalette

11. Bakar 55 minit pada suhu 170C. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah ketuhar.

Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama, Tak Perlu Guna Ovalette

IKLAN

12. Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas ketuhar.

13. Selepas 55 minit, keluarkan kek dari ketuhar dan terbalikkan loyang supaya kek tergantung dan tidak kempis.

14. Biarkan kek betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang.

Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama, Tak Perlu Guna Ovalette

15. Kek Chiffon sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ummu Ashraf

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI