Mashed potato atau kentang putar menjadi antara menu yang digemari oleh anak-anak. Boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai menu pelengkap saat menikmati ayam panggang, chicken chop dan sebagainya.
Rasanya yang lemak dan teksturnya yang halus juga cukup memberi rasa keterujaan untuk sesiapa pun menikmati hidangan nan satu ini.
Jadi apa kata, hari ini anda sediakan mashed potato ini sebagai antara menu istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga.
Namun jika ini adalah percubaan pertama anda, ada baiknya follow saja resipi yang dikongsi oleh Muhammad Hanif Ismail Via MAHN ini.
Resipi Mashed Potato
Bahan-bahan:
Kentang
Susu tepung
Mentega
Cara buat :
1. Kulit kentang di kupas dan kemudian dipotong.
Ads
2. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan mentega ikut citarasa. Lebih banyak mentega, maka lebih lemak rasanya.
4. Lenyek kentang dan masukkan susu tepung. Gaul rata.
5. Adunan yang diadun sempurna dan bolehlah diketepikan.
Bahan untuk sos:
Ads
2 ulas bawang besar-dikisar
Sedikit majerin
Serbuk lada hitam secukup rasa
1 kiub pati ayam
Sedikit tepung gandum
Sedikit kicap untuk memberi warna sos
Garam secukup rasa
Ads
Cara penyediaan sos :
1. Kisar bawang hingga halus.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
4. Pekatkan kuah sos dengan sedikit tepung. Sedia untuk dinikmati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya kalau kita buat resipi tomyam di rumah mesti tomyam kuah merah bukan? Tapi kalau makan di kedai suka pesan Tomyam Putih memandangkan ada antara kita tidak mahir untuk sediakannya sendiri.
Diakui tomyam kuah putih ini lebih masam dan pedas rasanya, memang enak dan menyelerakan hingga kuahnya akan dihirup hingga licin. Sungguh menyelerakan!
Jadi sesiapa yang ingin mencuba untuk sediakan sendiri, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar ini. Begitu detail resipi dan langkah demi langkah dikongsikan olehnya.
bahan tumbuk:
5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
2 ulas bawang putih
4 biji tomato cherry (tomato besar lebih baik)
bahan titik:
2-3 batang serai
1 inci lengkuas
1 cm halia
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
bahan lain:
udang
sotong
1/2 biji bawang holand
oyster mushroom
cauliflower
daun limau purut
daun ketumbar (optional)
2 biji limau nipis -ambil air perahan
sos ikan
garam
gula (optional)
tomyam poktek: tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak iaitu daun ketumbar jawa. Agak keras tapi layan je makan tomyam putih kat Bangkok kunyah sekali daun tu.
Cara memasaknya :
1.Sediakan air dalam periuk. masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. biar sampai mendidih.
2.Setelah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. api slow je tak apa. nak masuk awal-awal dengan bahan tumbuk pun boleh takda siapa nak marah eh.
4.Biar kejap lepas tu masukkan sayur. Saya suka cauliflower dengan cendawan oyster. Tak lupa juga kepada cik tomato. Penting tomato ni dalam tomyam sebab dia tambah rasa masam. Elok guna tomato yang besar tu. Masak semua sampai mendidih.
5.Pastikan semua sudah mendidih baru masuk daun limau purut. Kalau masuk awal-awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang. Nak letak akhir sekali pun okay. Lepas ni letak bahan perasa jangan tunggu-tunggu or ralit main phone dah. nanti lembik sayur tu semua.
6.Bahan perasa: yang penting ada ni. Masakan Thai tak sah kalau tak ada sos ikan. Sis masak setengah periuk, letak satu senduk. Lepas tu adjust dengan garam. Sis tak pakai aji. dua ini sudah cukup.
7.Masukkan seafood. Sis tak suka campur seafood dengan ayam/daging. Rasa tak sama. Dalam ini ada udang dengan sotong sahaja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ lion king ke apa tak payah buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsia dia, rasa tomyam manis je.
8.Masukkan sotong last sekali. Yang ni dah celur air panas sekejap. Seafood semua letak last sekali sebab senang overcooked. Bila overcooked semua liat keras-ketung. kalau buat tomyam ayam pun sama letak last sekali.
9.Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup tak. Kalau tak masin tambah lagi, kemudian tutup api.
10.Tengah tunggu kuah mendidih tadi tu boleh la belah limau nipis 2 biji. Perah airnya. dah tutup api tadi terus curah air limau ni. Tutup periuk okay.
11.Tadaaa! dah siap dah.
Oh ya, sebelum hidang panas-panas boleh letak daun ketumbar. tapi jaga-jaga ye sebab daun ketumbar ni bagi rasa pahit dalam tomyam. Sis letak sikit je. tak letak pun tak apa.
Daun pandan menjadi antara tanaman yang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu dek kerana sering digunakan di dalam penyediaan menu. Paling popular untuk memberi aroma masakan nasi lemak. Begitu juga digunakan dalam memberi warna dan rasa untuk kuih kemboja bakar, kek pandan dan beberapa lagi menu lainnya.
Kenyataannya, daun pandan tak hanya berguna sebagai penambah rasa dan pewarna masakan tapi juga bermanfaat bagi kecantikan dan sebagainya. Pun begitu, jika anda tinggal di kampung-kampung tentu sahaja tiada masalah untuk mendapatkan daun pandan segar untuk digunakan dengan pelbagai tujuan pada bila-bila masa.
Tapi berbeza jika kita hidup di bandar, daun pandan perlu dibeli di pasar dan kebiasaannya di jual seikat walhal yang ingin digunakan di dalam masakan umpamanya hanyalah sehelai dua sahaja. Jadi apa cara anda, untuk pastikan stok daun pandan yang sedia ada boleh digunakan di masa akan datang dan masih di dalam keadaan segar.
Menyelesaikan masalah ini, 3 wanita ini berkongsi tip yang berbeza untuk pastikan pandan dapat disimpan elok dalam masa yang lama. Nak tahu apa caranya, ayuh semak satu persatu.
Cara 1
Nie cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa…kut-kut ada peniaga nasik lemak or suri2 rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih2..simpul and letak kat tempat sejuk beku..siap! Berbulan2 pun fresh gitu.
PERLU BUAT :
sumber : Aniza Dzahir Via MAHN
Cara 2
Bukan askem viral..bkn air tebu ya..
kwn bg daun pandan byk..kalau simpan layu ditasik madu..kecut,kering.. #jadi kita frozenkn nya..
Bila perlu nyahbekukn…
PERLU BUAT :
2. Kisar halus
3. Ambil pati dan masukkan ke dalam plastik
4. Bekukan
sumber : Norashikin Abd Malek
Cara 3
haaa ni buktinya…
hampir 2 minggu dah usia daun pandan ni dalam freezer umah…
masih elok rupanya…
bau pandannye pun semerbak…
so, tak lama lagi kena top up daun pandan lagi lah yer bila balik umah mertua…
PERLU BUAT :
sumber : Nur Asmuni Ghazaly
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kari nampak mudah hendak dimasak tetapi nak masak sedap dan meletup rasanya pun ada cara dan tekniknya. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah santan jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh ibu-ibu kita. Lima cara ini anda kena cuba!
1.Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
2. Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang
perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
3. Tumis Rempah
Ada sesetengah tukang masak handal, akan terus memasukkan serbuk rempah ke dalam bawang tumisan. Biarkan garing sekejap dan kemudian barulah dimasukkan
air. Cara ini buat rempah masak lebih cepat dan garing. Rasanya pun lebih umphh.
4. Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan
terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
5. Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
6. Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
7. Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
8. Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
9. Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada
rasa kuah kari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi Lubang Benam Masjid India terus menjadi perhatian apabila keluarga mendiang Vijaya Lakshmi menuntut pampasan RM824,000 susulan insiden tragis yang berlaku di Kuala Lumpur.