Resipi Kerapu Garlic Pedas, Makan Dengan Nasi Atau Bubur Memang Sedap. Lelaki Ni Kongsikan Caranya!

Share

Biasa kita dengar resipi Kerapu Tiga Rasa, Masam Masam manis dan sebagainya, apa kata cuba pula resipi yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad . Kerabu Garlic Pedas, nampak menyelerakan, sesuai bagi anda yang suka kan menu pedas.

Itu hari buat kerapu garlic pedas, adalah seorang dua tanya resipi. Sedap jugalah makan dengan nasi, bubur atau makan gitu sahaja suka hati hang. Terus cakap Utara kenapa entah. Haha.

Ok jom.

Kerapu Garlic Pedas.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerapu saiz sederhana, nak tukar ikan lain suka hati okey. Nak ganti seaafood lain pun lantak.

1 senduk cili kering kisar + 10-15 biji cili padi kisar, kisar ja sama-sama.

10 ulas bawang putih.

5 ulas bawang merah India.

3 biji cili merah.

2 batang serai muda,

1/2 inci halia,

1 sudu kecil perahan asam jawa,

1 sudu besar tepung gandum + sedikit air.

Garam dan gula.

Cara-caranya mari kita lihat gambar hokey!

Bersihkan ikan, buang perut dan hati, gitu macam orang kecewa. Lumur ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng dalam kuali yang dah ada minyak panas
Di dalam periuk tembaga pula, panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk kasar. Tumis sehingg kau berbau bawang.
Kemudian masukkan cili kering kisar yang dah dikisar bersama cili padi tadi. Siap sedia hidung ya kawan-kawan, menusuk hingga jadi mata putih.
Sudah pecah minyak, masukkan serai yang dipotong begitu.
Masukkan air asam jawa. Kacau lagi sampai ia mendidih
Masukkan cili merah pula. Kacau lagi sampai penat.
Bancuh tepung gandum dengan sedikit air, tuang dalam kuali kemudian masukkan garam gula, siap!
Tuang atas ikan.

#ResipiKHM

IKLAN