Resipi Laksa Utara Sedap & Kuah Pekat. Nak Kuah Wangi Ikut Tip Ini. Mudah Sangat!

Share

Kalau ke utara, menu paling popular pastinya laksa kan. Itulah yang menjadi kegemaran ramai.  Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.

Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Resipi ini dikongsikan oleh 

Siti Nadwa Rozali menerusi page  Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Kes upload pic laksa petang tadi, tudiaa ternyata qamai sunggoh nohh #teamLaksa 😀🙋

Sini maknad sertakan resepi kuah laksa cara maknad

Bahan-bahan laksa:

Kuah laksa cara maknad::

Rebus ikan kembung 1kilo

Dah rebus asingkan isi dan tulang

Air rebusan tadi tu jgn buang, tapis dan guna air rebusan tu utk blend.

Blend banyak kali biar betul2 halus dan tapis

(ulang tapis banyak kali ok jgn malas utk dptkan kuah yg tnpa tulang)

Kuah tu biar sedang2(kira tak cair sgt tak pekat sgtlah baru layann)

 

Ok kemudian blend 3biji bawang besar, belacan saiz ibu jari sudahlaa stgi byk2 resdung pulak

Ok cabai kering rebus diblender halus maknad guna 5camca. Kalau nak pedas lagi tambah laa, maknad buat takpedas sgt sbb anak2 blh makan sekali,jgn lupa blend cabai melaka dlm 2biji(yg ni mama n makmntua kata nak bagi kuah wangi cabai) 😝depa laa kata

Ok jgn lupa letak asamkeping, daun buat laksa tu apa nama ntah (tiba2lupa rasanya cenehom @kesum @daun asam pedas kot 😂), bunga kantan

Ok pastu letakla garam, cukop rasa dan sikit je gula

Ok pastu biarkan ia mendidih dan siap.

Kan mudahh jaa 😋

IKLAN